Pages

Wednesday, May 12, 2010

Uwan sayang~


Kelmarin hari lahir uwan. Ulang tahun uwan yang ke-68. Setiap tahun pun saya hanya mampu beri ucapan jauh dari corong telefon…-_-
16tahun yang lalu, sewaktu teman yang lain sibuk dihantar ibu bapa ke tadika, uwan memboceng saya dengan basikal tuanya menuju kebun getah. Sewaktu teman yang lain bersungguh menghafal abjad A untuk ayam, B untuk bola..bla.bla.. saya pula bersungguh-sungguh melawan serangan nyamuk di sebalik semak samun kebun getah. Ketika teman saya yang lain sedang bergelak tawa bermain kejar-kejar di halaman tadika, saya seorang kegeraman mengejar anak-anak ayam di halaman kampung uwan.
~~~alahai, indahnya memori lalu~~~
Ini uwan. Kalau ambil gambar susah benar dia nak senyum. Suatu hari saya tanya uwan. “wan, kenapa wan selalu tak senyum kalau yan ambil gambar uwan??” Uwan balas “Eh, wan memang camni aa..susah nak sonyum kalo dalam gamba, tapi kek luar uwan sonyum cantik yo…tengok la ni aa ha, wan sonyum haa, cantik tak??” Saya mengekek ketawa. Uwan haku ni reti juga nak perasan.hehe~ Tapi hakikatnya memang pun. Uwan memang manis bila tersenyum. Senyuman uwan bisa buat hati ini juga tersenyum.
Dalam ramai-ramai nenek, uwan la nenek yang paling ‘gambel’ saya pernah jumpa. Kadang-kadang, saya borak dengan uwan macam borak dengan kawan. Cerita itu ini, pasal kawan-kawan la, pasal sekolah, pasal orang yang saya admire pun saya cerita kat uwan*wink2* hikhik~ Memang tak kering gusi la kalau duduk dengan uwan. Ada je benda yang dia cakap buat kami adik beradik tergelak besar. Tak perlu melawak, kalau kamu dengar loghat negeri sebilan uwan yang pekat semacam tu pun dah boleh buat kamu ketawa mengekeh.
Paling best duduk dengan uwan, kalau kitorang ada nak buat plan atau projek-projek rahsia, uwan orang yang paling selamat untuk dijadikan kompromi. Dah la pandai simpan rahsia pastu sangat membantu menjayakan projek pula tu. Terutamanya bab-bab fulus mulus…hoho. Uwan yang tak pernah lokek bab duit muit ini selalu buat saya rasa segan nak meminta belikan sesuatu dari dia…
Uwan kan, pantang sangat kalau terdengar cucu dia mengidam makanan itu ini. Petang itu juga dia akan suruh atok pergi kedai belikan bahan untuk memasak. Sudah lah cucu dia yang kuat makan serta gemuk dan sihat ini suka nak mengidam macam-macam. Nak makan mee sup la, laksa la, nasi lemak la, gulai nangka muda la, gulai jantung pisang la, nak makan roti jala la, kuih gelang la, kuih badak berendam la…lalala~ Padehal, boleh je nak beli kat luar. Saja betul nak mengada-ngada. Kalau tak dapat nak buat, uwan akan usaha cari seluruh pasar tani kat Pilah sampai dapat.
Pernah suatu hari, saya tanya kat uwan “Wan2, ada kawan yan tu dia kata kat asrama dia dulu selalu masak sayur maman. Dia kata sedap. Pastu dia kata sayur femes kat negeri sembilan eh? Tapi kenapa yan tak pernah tengok pun sayur maman tu?? Camne eh rupa sayur maman tu wan?” Uwan jawab “Ha ah, tapi wan tak masak na sayur tu. Pahit la. Maleh uwan nak masak. Ekau tak ponah tengok ko?? Takpo, nanti kang kalo wan poie pilah, kot jumpo la wan boli la tunjuk kek kau…ni aa haa ghoman ae sayur maman” Memandangkan sayur kampung sekarang susah nak cari, dekat 2 minggu juga uwan cari sayur maman kat pasar tani pilah tu. Sampai la dia jumpa akhirnya. Waktu itu, beriya benar dia tunjukkan saya inilah ‘ghoman ae’ sayur maman walaupun saya bukan makan pun sayur tu. Serius terharu sangat dengan uwan~
~~~alahai, rindunya memori lalu~~~
Hari ini…kalau saya duduk-duduk picitkan badan uwan…Saya selalu membebel padanya “Wan ni kenapa makin kurus ni yan tengok?? Ni tengok ni, kulit wan ni dah boleh tarik-tarik dah. Uwan makan tak?? Wan makan banyak-banyak tau…tak yah diet-diet sangat, tergugat yan nanti.hehe” . Melihat rambutnya yang putih dek uban…urat-urat tangannya yang menimbul, kulitnya yang semakin mengendur…kedut lagi tak usah cerita. Buat hati saya selalu rasa sedih. Kadang, bila uwan cerita selera makannya semakin kurang saya rasa macam nak masak banyak-banyak makanan untuk uwan. Tapi bila fikirkan balik, baik uwan masak sendiri je. Saya lagi risau kalau uwan diarrhea sebab termakan air tangan saya. heeee~
~~~~wan…yan rindu sangat kat uwan….rindu sangat-sangat….T_T~~~~
Selain dari mama, inilah wanita yang paling berjasa dalam hidup saya sejak saya lahir hingga kini. Seorang wanita yang selalu membantu mama menjaga kami, membesarkan kami, mendidik kami. Selain mama, air tangan wanita ini juga yang saya rindukan setiap tahun. Selain dari mama, pelukan dan ciuman wanita ini yang saya dambakan saban waktu. . Selain dari mama, wanita ini lah yang wajib saya telefon, minta doa itu ini hampir setiap minggu. Selain dari mama, wanita ini lah tempat kami adik beradik bermanja mesra.
Sampai sekarang pun, masih berebut nak tidur sebelah uwan, berebut nak duduk sebelah uwan waktu makan. Berebut nak baring-baring tepi uwan setiap kali tengok tv. Kadang-kadang sampai ada yang menangis merajuk..hehe. Tapi yang yan peliknya, kenapa waktu wan lipat kain tak ada pula orang nak berebut-rebut eh??? korang jawab la sendiri. hahaha~
Buat uwan tersayang…terima kasih kerana jaga yan selama ni. Terima kasih kerana setia bersama kami ketawa dan menangis bersama…Moga Uwan sentiasa dalam Rahmat dan Redha Ilahi. Moga Allah menyayangi uwan seperti mana uwan menyayangi kami semua…Sayang uwan sangat…sangat-sangat.