Pages

Wednesday, September 21, 2011

Semua Tentang Kita




Esok bakal berangkat pulang ke Seremban. Meninggalkan Terengganu dan seisinya. Meninggalkan segala kenangan hampir dua bulan yang kami pahat bersama. Segalanya yang pertama buat kami di sini. Kali pertama makan berdua, kali pertama jalan berdua, puasa bersama, kali pertama menjalani hidup bersama. ^_^

Di sini juga saya belajar bagaimana menjadi seorang isteri. Belajar mengenali seorang lelaki yang asing dalam hidup saya sebelum ini. Di sini juga saya belajar menjadi seorang perajuk tegar. Belajar bersabar dan disabarkan. Belajar memasak (errrr. Kasihan En.Suami, selalu jadi mangsa eksperimen masakan saya. ngeh3.) dan segala yang tertulis di dalam buku memori kami. InsyaAllah akan terus kekal tulisannya sampai bila-bila.

Ermmm...
Oklah. Nak mengemas beg dan memunggah segala barang yang ada. Huaaaggghhhh!!! Malasnyaaaaaa~~~~

Nota kaki : Moga bertemu anda lagi lain kali. Jangan sedih-sedih tau! =P

Tuesday, September 20, 2011

Yang Pertama


Menjadi seorang isteri beerti anda sudah bersedia menjadi yang ke-2, ke-3, ke-4, ke-5 dan sekiannya.
Yang pasti anda bukanlah yang pertama di dalam hidup seorang suami.
Walau nombor berapa sekalipun tempatmu di dalam rutinnya,
 sayangilah suamimu, curahkan kasih seikhlas hati.
Kerna dia tetap yang pertama dalam hidupmu.

-nukilan suri seorang Ariff-

p/s : sekurang-kurangnya saya tahu, saya meraih tempat yang kedua selepas umie~ =P

2bulan21hari


Sudah dua bulan saya biarkan blog ini diam menyepi.
Mohon maaf kepada anda yang rajin menjenguk ternanti-nantikan entri baru. Bukan tiada masa cuma hilang semua idea. Aish, sejak dah kahwin ni macam dah tak reti pula nak tulis jiwang-jiwang dalam blog lagi. haha~

Alhamdulillah, masuk hari ini sudah sebulan 21 hari saya bergelar suri di hati seorang Ariff.
Sejak 30 Julai lalu kehidupan saya berubah. Segalanya asing & baru.
Suasana yang baru, teman baru, ahli keluarga baru, tanggungjawab baru, pengalaman baru...
Jujur, walaupun saya masih kekok sehingga hari ini namum pengalaman yang saya temui hari demi hari semakin membuat diri saya rasa teruja untuk meneroka alam rumahtangga kami. Nak tahu rasa dia macam mana, cuba lah sendiri~ hehe. =)

Apa-apa pun, jutaan terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu saya menjayakan majlis kami, menyokong dan tidak putus-putus memberi kata-kata semangat untuk terus menjadi kuat. Kepada kalian yang adir ke majlis kami & juga yang mendoakan kami, terima kasih banyak-banyak. Moga Allah membalas segala amal kebaikan yang kalian lakukan. Amin. ^_____^