Pages

Saturday, December 31, 2011

Cardiology

Saya rasa nak balik Malaysia...*serius stress dengan Cardio.Oh Allah~*

Di saat-saat stress begini mulalah terbayang-bayang akan wajah insan-insan tercinta di Malaysia.

Bila boleh balik Malaysia ni??

TT_____TT

Ok. Saya tahu bahawasanya saya tidak cukup positif untuk menghadapi exam round cardio kali ini. *Sila jangan tiru*

Mohon doa kalian agar semangat kembali pulih. Tinggal masa sehari je lagi. Errk..Sempat kot~

Tarik nafas...Hembus...Tarik nafas..Hembus.

Fuh..Fuh..Fuh.

"Sahaja aku belajar Cardio kerana Allah. Permudahkanlah kami-kami yang sedang struggle menghadam kisah-kisah unik disebalik organ jantung ciptaanMU ini."

Monday, December 19, 2011

5 Sebab Kenapa Saya Rahsiakan...

Semoga apa yang saya tulis pada hari ini sampai manfaatnya kepada pembaca. ^_^

Sebulan sebelum tarikh pernikahan, Saya telah bercadang untuk buat jamuan makan kecil-kecilan dengan semua ahli rumah. Adalah masak special sikit dan ajak mereka untuk makan bersama. Memandangkan kami semakin jarang berkumpul, dan alasan saya teringin nak berkumpul sama-sama maka waktu itu tiada siapa pun mengesyaki sesuatu. *Jeng-jeng* Rindu la kononnya. *Eh! Memang pun.*

Seusai makan dan bergelak tawa, saya tiba-tiba bernada serius...

"Korang..kita nak buat pengumuman sikit..." *muka dah start blushing dah time ni*

Mereka memandang pelik. Lantas ada yang mengusik. "Pengumuman nak kahwin ke yan?"

*Ok, pipi dah merah...*

"Haah..InsyaAllah kita akan nikah 30Julai ni.."

"HAaaaaa???!!! APAAA??!!" Ok, Mereka semua terperanjat, terdiam, dan terkedu. Lantas saya terus dihujani pelbagai soalan-soalan cepu emas ibarat peluru mengejar mangsa.

Begitu juga saat saya mengumumkan tarikh pernikahan saya secara umum, majoritinya terkejut besar. Tak ada angin tak ada ribut tak ada gosip..tiba-tiba je nak kahwin?? AIKS?? Biar benar.

Mungkin ramai yang terkejut, mungkin ada juga yang merajuk berkecil hati. Kenapa saya rahsiakan gosip-gosip terhanget begini dengan mereka. Padehal dah tunang hampir setahun kot. Tup tap tup tap nak kahwin baru nak cerita. *Sampai hati u tau!*

Saya minta maaf kalau ada yang berkecil hati kerana rahsia ini. *Eh, ada ke?*



Di sini saya sertakan 5 sebab kenapa saya merahsiakan pertunangan saya dengan En Suami dahulu.

1- Pertunangan kan tak elok diheboh-hebohkan. kui3.

Antara hikmahnya, bagi mengelakkan hasad dan dengki orang-orang disekeliling yang melihat mahupun mendengar. 

Mungkin ada yang menafikan. Eh, apa fasal plak nak dengki-dengki. Orang nak doakan lah supaya korang bahagia. 

Ya, Alhamdulillah ramai yang seperti anda. Tapi siapa tahu mungkin di antara 10 orang yang tahu terdapat seorang yang punya masalah hati.

Ini adalah antara hikmah yang saya tahu & faham, kenapa perlu dirahsiakan pertunangan itu. *kalau ada tersalah atau tambahan sila-sila la komen nanti ye. ^_^*

Seperti mana saranan Nabi S.a.w:  Iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.” (Hadith riwayat Ahmad ). Kita lebih diseru untuk menghebahkan tentang perkahwinan.

Namun, Tiada sebarang nas mahupun dalil yang mengharamkan.penghebahan pertunangan. Tiada salahnya untuk diberitahu akan berita gembira ini kepada orang lain kerana hukumnya adalah harus. 

Perkara ini adalah pilihan buat kita. Bergantung kepada diri individu dan keadaan. Kalau rasa nak bagi tahu sila lah. Tapi saya kan low profile gitu. Kita diam-diamkan dulu sudeh~ ;) 

2-  Saya bukan manusia popular. *huahua.*

Pernah En Tunang (sekarang En Suami) bertanya, "Nanti tak jadi fitnah ke kalau tiba-tiba ada orang lain datang meminang awak sedangkan dia tak tahu pun yang awak ni dah jadi tunangan orang?" 

Disebabkan saya ini bukan lah sepopular ustazah-ustazah pilihan, maka perkara itu tidaklah menjadi isu buat saya. Unless la kalau tiap-tiap minggu ada orang datang masuk meminang. Itu lain cerita la kot kan~ *ehem3*

3- Walaupun saya tahu saya tidak popular, tapi saya tak nak masuk MELODI  untuk mempopularkan diri.

Saya tahu orang di sekililing saya tersangat concern dan pandai bergurau. Seperti kebiasaanya perkara usik mengusik, cucuk mencucuk pasti akan berlaku bila anda mengetahui seseorang itu sedang di dalam perhubungan. In a relationship *orang putih kata~* Apatah gosip-gosip MELODI sudah pasti menjadikan ini sebagi topik terhangit di abad itu. Saya tahu benda ni berlaku sebab saya pun kadang-kadang tak terlepas dari melakukan perkara ini. Muehehe *eleleh, buat-buat tak mengaku pula u olls ni kan~*

Saya yakin, apabila rakan-rakan mencucuk, apabila cerita ini menjadi gosip Top10 MELODI Mansurah nanti pastilah kembang kempis hidung saya dibuatnya. Pasti berbunga-bungalah taman di hati ini. Tapi...Cop! Cop! Cop! Apa cer...tunang je baru kak, rilek-rilek sudah~ Nak gumbira-gumbira sangat pun, tapi kita belum halal lagi. kui3.

 Maka, disebabkan saya ingin mengelakkan hidung terkembang kempis itu, maka saya rahsiakanlah. Demi menjaga saiz hidung agar sentiasa sama dan sekata. *eerrr..boleh terima kan? huhu~*

4- Saya tak reti jawab soalan orang. 

Saya amat yakin kalau saya khabarkan pertunangan saya awal-awal, confirm orang akan berpusu-pusu tanya bila nak kahwin?? Bila nak langsung?? ngeh3

Malangnya waktu itu tidaklah dapat saya maklumkan bila tarikhnya. Sedangkan nak dapat tarikh nikah&walimah pun kira-kira sebulan lebih sebelum bernikah. huhu~ Disebabkan tidak mahu mengecewakan persoalan orang ramai nanti dengan muka blur, mata bulat terkedip-kedip, maka saya rahsiakannya buat seketika.

5- Pertunangan adalah fatrah yang menyeksakan.

Ya benar. Seksa kot. Bila ada tersalah langkah sikit, baru tersalah cakap sikit, tersalah membuat percaturan confirm terus lari-lari hempap badan atas katil, sembunyi dalam lihaf (selimut tebal) menangis sorang-sorang sambil tekup muka dengan bantal. TT_TT *Ok, dramatik sangat la plak.*

Waktu ni Syaitan kuat mengipas woo.. Macam-macam usaha syaitan buat nak rosakkan hubungan. Yelah, tak senang duduk la syaitan bila tahu ada anak adam merancang nak bina masjid. Haha.

Cara syaitan ni mudah. Bukan setakat perang dunia kedua boleh berlaku sampai rasa nak putus-putus tunang bagai, bahkan kadang-kadang dia juga membisikkan ayat-ayat Chenta bertiup masuk ke dalam taman hati kita. Jadi kadang-kadang hati boleh terlalai dengan mudah. Terhanyut dengan lambaian-lambaian dan angan-angan indah syaitan. *pergh* Ada juga sekali dua syaitan menggoda-goda sampai hati rasa berbelah bahagi. Eh, betul ke apa yang aku buat ni. Eh, mcaam mana boleh terbuat keputusan nak kahwin dengan dia plak ni. Eh, dia tu boleh ke jadi bakal suami yang baik nanti. Eh, rasa macam tak nak kahwin la plak...

Waktu-waktu sebegini la yang sangat-sangat menguji iman kita. Maka, banyakkan beristighfar, kembalikan niat, bulatkan matlamat. Moga kembali berdiri di atas jalan yang benar. 

Disebabkan kadang-kadang saya terpaksa berlawan dengan perasaan yang menyeksakan ini, maka saya rahsiakannya. *boleh plak. haha*

Apa-apa pun saya bersyukur kerana Allah telah membekalkan kesabaran yang cukup buat En Suami dan kedua-dua belah keluarga kami serta sahabat-sahabat saya di saat-saat berdepan dengan masalah-masalah yang berlaku sepanjang tempoh pertunangan kami.

Alhamdulillah juga kerana Allah menetapkan hati saya sampai ke hari ini, walaupun ada masanya berbolak balik, namun akhirnya Dia tunjukkan kami jalan-jalan menuju ke arah cahayaNYA kembali. *kueng3*

Setakat ini sebab-sebab kenapa saya merahsiakannnya. Diharap kepada anda yang masih merajuk dengan kerahsiaan ini, moga terpujuk hati itu. =)

Saya juga menulis sebab-sebab ini mungkin boleh dijadikan panduan bagi anda yang baru ingin melangkah naik ke tangga seterusnya. InsyaAllah, andai dilakukan dengan niat kerana Allah, usaha mengikut syariat Allah, Allah permudahkan. =) 

Pertunangan bukanlah tiket untuk kita terlepas dari hukum syariat. Ingat, tunang ini hanyalah satu isyarat atau tanda untuk melaksanakan pernikahan. Tiada satu pun yang halal lagi diantara kita dan si dia. Hukum hubungan kita dengan tunang masih sama seperti lelaki biasa yang bukan mahram. Haram! 

Berusahalah untuk menjaga dan tidak merosakkan iman & hati kita sebelum waktunya. ^_^
Moga selamat menuju Syurga! 

Nota kaki : Memanglah orang kata dah jadi tunang orang tu sweet...tapi saya rasa dah jadi isteri orang ni lagi sweeeeeeeett kot~ *peace2* (^,~)v

Friday, December 16, 2011

Wanita Kasihan a.k.a Sabariyah.

Wanita Kasihan : Dr, suis elektrik kat rumah kami rosak lah. Asyik tendang je. 
Tuan Rumah : Oh ye ke?
Wanita Kasihan : Ya. Kami rasa sebab kami guna heater (pemanas bilik) kot. Sebab tu dia tendang. Lagipun suis tu dah lama.
Tuan Rumah : Jadi, jangan lah guna heater. *tersenyum-senyum, muka tak ada perasaan*
Wanita Kasihan (*dalam hati) : APAKAH???!! (Syaitan tengah kipas-kipas bara kat dada ni. Saya tahu itu!)
Wanita Kasihan (sebenar) : Tapi Dr, tak logik la kalau tak pasang heater musim sejuk ni. Kami kesejukan yang amat. *Mata bulat berkaca-kaca, buat muka kasihan*
Tuan Rumah : Hrmm... *blur...so what?*
Wanita Kasihan : Mungkin Dr. boleh panggil orang untuk betulkan? *cuba membantu dengan memberi cadangan yang bernas*
Tuan Rumah : Baiklah. Nanti saya panggilkan.
Wanita Kasihan : Terima kasih Dr.

Episod ini sudah berlaku kira-kira seminggu yang lalu dari tarikh entri ini disiarkan. Wanita Kasihan menunggu orang datang untuk membaiki suis elektrik dirumahnya. Namun sehingga ke saat ini masih belum muncul mana-mana ammu (pakcik) hadir untuk membaiki. Maka Wanita Kasihan terasa sangat ingin bertukar menjadi Wanita Hulk. *green mode*

Fuuhh..Fuhhh..Kita serang dia..Fuuhh..Fuhhh *Syaitan tengah hembus-hembus la tuh*

Seperti yang kebanyakan pelajar Mesir sedia maklum. Bernjanji dengan sesetengah orang arab ibarat melakar nama di atas pasir. Janji hanya tinggal janji berlalu dengan masa. Sebagaimana nama di atas pasir itu akan hilang berlalu mengikut ombak.

5 minit itu maksudnya 5 jam lagi. Esok maksudnya minggu depan. Jadi kalau 'nanti' tu bermaksud 'NEVER'. Jadi, tak perlulah buat-buat tak faham pula ye. haha.

Kadang..nak sabar pun macam tak boleh nak sabar dah ni.

S.A.B.A.R..

*Argghhhhh....*

BERSABAR la..

*Grrrr...*

FASOBRUN JAMEEL. (Maka bersabar itu indah. ^_^)

*waaa...tarik nafas dalam-dalam*

Hrmm..baiklah..

"...........................Dan Allah menyukai orang2 yang sabar"
(Ali Imran : 146)

Saya yang baru sedikit teruji dengan sikap orang arab yang semacam ini saja sudah acap kali mengeluh. Kadang mengamuk, merungut, mencemuh, me..me..me..banyak lagi me... Sungguh! Siapa je yang boleh tahan dengan perangai arab ni kan? *grrr* 

Tapi hari ini terdetik di hati. Bagaimana agaknya tahap kesabaran Rasulullah berdepan dengan sikap arab jahiliyyah dahulu? Setakat apa yang saya depani sekarang hanyalah secebis sikap kurang baik dari seorang muslim. Sedangkan Rasulullah berdepan dengan sikap jahat orang arab jahiliyyah. Lagi la pulak. Aduih. Mesti lah lagi hebat dan susah kan? Dengan helah mereka lagi, dengan fitnah, caci, maki, marah, mungkir janji tu apatah lagi. 

Tapi unik lah, Rasulullah tetap menjadi model seorang yang PENYABAR untuk kita sehingga kini. Sampai kan tidak ada sesiapa pun dalam dunia ini yang boleh dibandingkan sabarnya dengan sabar Rasulullah. Sedangkan Rasulullah bukannya malaikat, yang dilahirkan tanpa perasaan dan emosi. Kalau nak diikutkan sama je macam kita. Seorang manusia normal dan sempurna. Tapi Rasulullah masih sabar..bersabar dan terus bersabar. 

Bahkan dalam peristiwa dakwah Rasulullah dengan penduduk Taif, Rasulullah masih mendoakan kebaikan lagi untuk kaumnya yang jahil (buat jahat kat Rasululah pula tu -_-') : "Ya Allah, ampunilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui."

Waaahhh~ MasyaAllah. Kagum nya. *Mata bulat bersinar-sinar*

Waduh-waduh...Baiklah, saya mendoakan agar tuan rumah saya yang saya kasihi ini terus diberi hidayah oleh Allah dan dilembutkan hatinya untuk tolong panggilkan seorang tukang baiki elektrik datang ke rumah kami. Sungguh! Saya sudah tidak tahan untuk study dan tidur dalam kesejukan sepanjang musim sejuk ini. *sob.sob.sob* T_T

Nota kaki : Saya rindu dengan Dalyla (anak along saya). Dulu waktu dia baby, kami panggil dia Sabariyah dengan harapan supaya dia menjadi seorang yang penyabar. Yelah, dia tu kalau menangis nak susu memang tahap tak boleh sabar punya! 

Wednesday, December 14, 2011

Emosi Seorang Wanita



عن ابن عباسبقال: قال رسول الله ع :
 الشيطان جاثم على قلب ابن آدم فإذا ذكر "
". الله تعالى خنس، وإذا غفل وسوس

(أخرجه البخاري معلقاً)

Dari Ibn 'Abbas RA katanya sabda Rasulullah SAW:
"Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut
Allah ia akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai ia akan membisikkan kejahatan."

Seorang wanita biasanya dikaitkan dengan emosi. Begitu juga saya tidak terkecuali sama sekali. Atau mungkin lebih emosi dari kebanyakannya. hehe~. Kadang, kita (wanita) muncul rasa sayu tiada berpunca. Atau tiba-tiba diam bermuran durja. Sesekali air mata membanjiri hanya kerana ada rasa sedikit terluka. Biasanya, kita akan salahkan perubahan hormon melanda. "Alah, biasalah tu, orang perempuankan ada masa-masanya hormon tak stabil'.

Waktu-waktu rapuh begini, syaitan pun apa lagi. Cepat je mengipas-ngipas hati. Cepat saja rasa nak marah. Cepat saja nak berburuk sangka. Cepat je rasa nak merajuk dan sebagainya. Sebab kecil pun kita boleh mengamuk dengan rakan serumah. Hanya sebab kurang perhatian kita mula berburuk sangka dengan suami sendiri. Kasihankan insan-insan disekeliling? Terpaksa bersabar untuk berdepan dengan emosi yang bercelaru itu.

Pernah suatu hari, saya mengadu kepada En.Suami tentang emosi yang tidak stabi ini. Lantas dia bertanya bersahaja "Jadi, kenapa awak tak cuba lawan je perasaan emosi tu?" Saya pun tak tahu nak jawab apa, maka saya pun turut bersahaja menjawab "Errrmmm.....Macam mana nak lawan? Ini sebab perubahan hormon dalam badan. Bukannya kita yang nak saja-saja~" *peace yoo~*  (^,~)v

Sewaktu membaca Tafsir surah An-Nas di dalam Tafsir Fi Zilal karangan Sayyid Qutb, saya terjumpa hadith di atas. Ringkas tapi padat maknanya pada saya.  

Bukan kita tidak tahu, syaitan itu tugasnya menghasut jiwa-jiwa manusia.  Tapi kenapalah selalu saja tewas dengan hasutan-hasutan halus yang mengundang dosa kepada diri sendiri. *tsk.tsk.tsk*

"Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut Allah ia akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai ia akan membisikkan kejahatan."

Sekarang saya rasa, saya sudah bertemu formulanya.  

Ya benar, hormon antara faktor utama yang mempengaruhi perubahan emosi seorang wanita. Kita mungkin tidak mampu mengawal perubahan hormon dalam sistem badan ini. Malah seharusnya kita bersyukur di atas anugerah Allah yang istimewa ini. Dengan hormon-hormon yang unik maka terbentuklah seorang wanita, isteri & ibu yang halus, sensitif dan penuh kelembutan di dalam jiwanya berbanding seorang lelaki.. 

Tapi kita harus ingat, disebalik ketidakstabilan hormon ini ada bisikan-bisikan halus dari syaitan yang menghasut kita untuk terus melayan perasaan-perasaan pelik yang mungkin akhirnya akan menyebabkan kita melakukan tindakan yang kurang wajar.

Jadi saya rasa, saya dah faham apa maksud persoalan En.Suami dahulu : "Jadi, kenapa awak tak cuba lawan je perasaan emosi tu?"

Melawan perasaan bukan dengan melawan pengeluaran hormon yang unik ini tetapi melawan perasaan adalah dengan melawan bisikan-bisikan syaitan yang membawa kepada kejahatan!




Muhasabah :

Peringatan pada diri...bila terbit perasaan yang pelik-pelik itu, lebih banyakkan berzikir menyebut nama Allah. Banyakkan beristighfar mengisi kekosongan hati yang terlalai. Moga terpadam api yang menyala. Moga terpendam amarah yang membara. Moga terkubur rasa dendam dalam jiwa. Biar hati menjadi kebal agar tidak tertembus bisikan jahat yang membinasakan itu.

Semoga hati-hati kita sentiasa di dalam peliharaan Allah. Moga hati-hati kita terus dihiasi bunga-bunga mahmudah berbajakan iman & taqwa.

Nota kaki : Saya memohon maaf kepada kalian yang pernah berkecil hati disebabkan ketidakstabilan emosi wanita ini. T_T.


Sunday, December 11, 2011

Makin jauh...makin rindu, semakin lama...semakin sayang.






Siaran ulangan. *homesick*
Entri ini telah ditulis pada 12/11/2009. 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang...





Sekadar nostalgia lama...

" Ekau ni kan..asyik botokak yo... nanti la. nanti uwan masak sup bontot lombu bagi ekau makan. Biar baik sikit. Ontok yo bopoluk-poluk lopeh nih"

Ayat ini sedikit kotor tetapi inilah satu-satunya ayat keramat uwan untuk meleraikan pergaduhan kami adik-beradik dek berebutkan mainan atau entah apa-apa sebab suatu ketika dulu.
...
Saya ada 7 orang adik beradik. Jarak kami adik beradik pun agak rapat...umur kami cuma berbeza setahun atau dua antara satu sama lain. Kata orang, memang dah cukup syarat sangat lah untuk buat 1 geng. [Maka terhasilah gengster 516. huhu~]

Dia lah kakak, dialah adik, dialah kawan baik, dan dia juga lah musuh ketat. Boleh kata hari-hari mesti bergaduh. Mama selalu pesan..jangan ketawa banyak-banyak nanti menangis. Jangan bergurau lebih-lebih nanti bergaduh. Tapi dek seronok main tak hengat dunia punya pasal, pesan mama tidak langsung dihiraukan dan akhirnya menjadi seperti yang mama katakan.

Mula-mula memanglah main kejar-kejar sambil ketawa tapi tak sampai sepuluh minit pun suasana dah bertukar main kejar-kejar sambil menangis pula. [Kes orang kalah tapi tak nak mengaku kalah la tuh~] Itu belum kira kes buli membuli, usik mengusik, sakat menyakat.

Puas mama, abah, uwan dan atok mencari formula untuk kami adik beradik supaya tidak bergaduh selalu. Dah bergalen air penawar jampian atok kami minum, tapi hari-hari pun masih tetap terdengar suara budak menangis melalak dalam rumah 516 tu. Dah berapa kali kepala ni kena usap cium mama tapi makin galak pula adik-adik dibuli. Sudah berjela-jela tazkirah+'hadiah' abah beri pada kami tapi semacam tanduk+ekor 'setan' makin kuat melekat kat badan masing-masing. [weee~ =p]

...

Setelah bertahun-tahun mama+abah pasrah dengan perangai anaknya yang 7 orang ni...akhirnya ketemu jua formula yang sekian lama dicari itu.
Rupa-rupanya cuma ada satu ubat paling mujarab untuk merawat penyakit 'gaduh,buli,menyakat' kami...


...
Perpisahan mengajar kami erti rindu.
Perpisahan mengajar kami erti sayang.
Perpisahan mengajar kami untuk lebih menghargai masa bersama.
...

Terkadang, saya benci PERPISAHAN ini...tapi akhirnya saya bersyukur...
Pengalaman sendiri terpisah jauh dengan mereka...
Benar-benar mengajar saya untuk mengalirkan air mata hanya kerana sebuah rasa RINDU.
Pengalaman sendiri berbulan-bulan tidak bersua muka, telah membuatkan saya menyesal atas segala perbuatan buli membuli kat adik-adik dan terus berikrar untuk menjadi kakak yang baik buat mereka. [lalalala~]
Pengalam ini telah menyeksa saya seseksa-seksanya hinggakan saya merasi nikmat senikmat-nikmatnya setiap kali saya masih berpeluang untuk bertemu,berpelukan dan bergurau senda dengan mereka lagi...walau kenikmatan itu hanya mampu dirasai sebulan dua sahaja...T_T
....




Perasan atau tidak...
Hakikatnya...
Kita bergaduh bukan kerana benci tapi sebab sayang.
Kita membuli bukan kerana dendam tapi sebab kasih.
Kita menyakat bukan kerana menyampah tapi sebab cinta.
Serius, sekarang kita mesti rindu zaman kecil-kecil kita kan?
Rindu berebut remote TV, berebut channel TV, rindu nak main mak-mak, panjat-panjat pokok jambu uwan, rindu nak main api+parang kat kampung, main berangan kawan-kawan, main cop-cop baju dalam majalah Wanita mama, rindu nak main badminton sampai nangis-nangis, rindu berebut kepak ayam goreng ngan korang...rindu nak buat projek gila-gila ngan korang lagi....T_T
Yan tak dapat nak bayangkan kalau perangai kita semua waktu kecil baik2 je. Mesti takde cerita selebet zaman kecik2 nak ungkit time kat meja makan nanti kan? hohoho~

Sekarang...
Mitos 'makan bontot lembu' untuk eratkan hubungan adik-beradik terus terkubur menjadi sejarah. [Siapa pulak nak masakan sup bontot lembu tuh? Aish, banyak lagi benda lain nak makan~]

Kalau dulu, kat meja makan selalu bergaduh sebab berebut lauk... sekarang pun berebut juga, berebut tapi mesra~ [lalala~]
Korang...yan rindu sangat nak gosip2 kat meja makan ramai-ramai...T_T


Betullah kata pepatah, air dicincang tak akan putus.
Nota kaki: Normal la kan budak nakal zaman kecik2??? =p 

Saturday, December 10, 2011

Cerita Antara Benua



Biasanya waktu tidur En.Suami adalah waktu belajar saya. Kiranya Malaysia sudah pukul 12 malam, Mesir baru masuk 6 petang. Kadang bila saya kebosanan belajar seorang diri, mesti terasa macam nak call je En.Suami waktu tu juga. Tapi akhirnya niat saya terbantut dek rasa kesian untuk menggangu En.Suami yang sedang lena. 

Maka, setiap malam saya akan ada satu perasaan tidak sabar menanti jam 11 malam (Mesir). Sebab apa? Sebab itu adalah waktu keramat saya mengejutkan En.Suami bangun sebelum Subuh. Iaitu pukul 5am waktu Malaysia. 

Tapi, apa yang saya perasan, semenjak kami mula mengamalkan budaya kejut mengejut Subuh ni, sedikit sebanyak ia menjadi pembakar semangat untuk saya terus bertahan dan tekun di atas meja study. Walaupun kadang kala terpaksa bertarung dengan rasa bosan dan mengantuk yang amat. Tapi sebab nak kejutkan En.Suami punya fasal, saya terpaksa la bertahan. *semangat u~* 

Atas segalanya, Alhamdulillah, saya bersyukur  Allah ciptakan jurang jarak & masa yang berbeza antara kami. Mungkin inilah hikmahnya. Saya telah berjaya memaksa diri untuk tekun belajar berbanding sebelumnya (Ya, sebelum ni, saya seorang yang serius sangat malas nak study..Terutamanya waktu malam...+_=') dan En.Suami dapat bangun lebih awal sebelum masuk waktu Subuh. Dua-dua dapat manfaatnya bukan? ^__^ 

Sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan adalah, kita harus sentiasa yakin bahawa setiap yang berlaku ke atas diri kita ini ada hikmahnya. Walaupun pelik dipandang mata, berat hati  terasa, sakit mencalar jiwa tapi kalau kita sentiasa bersangka baik dengan Allah, bersyukur dan berfikiran & berusaha ke arah yang positif, insyaAllah hikmahnya turut bisa menghasilkan sesuatu yang positif dalam hidup kita. 


Tacing sangat kot video ni. Kalau lah dapat bantal ni..mesti best kan En.Suami kan? kan? heeeee~ (^,~)v

Nota kaki : Nak bawa balik Mesir la bantal ni. Mana nak cari?? huhu~

Tarbiyah pakcik Parkinson.

Saya rasa semua orang biasa je kan dengar penyakit Parkinson. Kat Malaysia pun penyakit ni bukanlah suatu penyakit yang aneh. Biasanya berlaku dikalangan orang-orang yang telah lanjut tua usianya. Macam kat atok-atok dan nenek-nenek kita.

Parkinson adalah keadaan di mana anggota badan pesakit akan mengeletar (tremors) atau menggigil dengan kadar yang sekata, hypertonia dan kelambatan dalam melakukan gerakan anggota tubuh badan. Seperti kesukaran untuk berjalan, bergerak, mengambil barang di atas meja, menulis dan lain-lain.

Punca

1.Idiopathic : 
  • Idiopathic bermakna sesuatu penyakit yang berlaku tanpa diketahui puncanya. Tetapi hasil kajian makmal mendapati tahap dopamin di dalam otak berkurangan.  
  • Kebiasaannya menyerang pesakit yang berusia 50 tahun dan ke atas. 
2. Symptomatic : 
  • Tumor of basal ganglia 
  • cerebral artherosclerosis
  • Co poisoning
  • Mn poosoning
  • Tarumatic : repeated trauma to the head as in boxer.
Tetapi kebanyakan punca pesakit Parkinson adalah idiopathic. Berlaku secara perlahan-lahan mengikut pertambahan usia.
  
Gambaran klinikal pesakit Parkinson




Static Tremor
  • StaticTremors adalah getaran/mengigil yang terjadi ketika anggota badan dalam keadaan rehat. 
  • Tremors berlaku secara berirama dan sekata sekitar 4-8/saat.
  • Bermula di di salah satu bahagian anggota tubuh badan di atas, kemudian merebak ke anggota lain. Contohnya seperti menggigil tangan kanan, kemudian merebak ke tangan kiri dan akhirnya kedua belah kaki. Cara paling mudah untuk saya ingat adalah dengan membayangkan diri sendiri setiap kali nak buat presentation kat depan kelas --> tangan menggigil & ketaq lutut. (^_^)v
  • Tremors akan semakin bertambah teruk bila pesakit mengalami emotional distress atau terlalu penat. 
  • Berkurang bila pesakit melakukan sebarang pergerakan seperti mengangkat tangan, berjalan, dan lain-lain. 
  • Simptom ini akan hilang ketika pesakit sedang tidur.
  • Pesakit menunjukkan pill rolling posture.
Rigidity (hypertonia)
Gorila like attitude - Keadaan tubuh pesakit yang sentiasa membongkok, tangan dan kakinya turut membengkok. Pesakit akan rasa susah nak memulakan langkah untuk berjalan. Jadi pesakit akan bermula dengan langkah yang kecil tapi macam nak cepat. Ini dinamakan short steppage, shuffling & festination gait. Jadi pesakit akan berjalan secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Sebab tu panggil keadaan tubuh dia macam gorilla kot. =P


Emotionless face - Bukan pesakit ni tak ada perasaan. Tapi wajah dia je yang nampak macam tak de perasaan la. Masam je, macam nak marah, tapi pesakit tak marah pun. Pastu kalau kita buat lawak pun dia tak senyum, muka dia statik je macam tu. Macam lawak kita tu tak kelakar pun. Tapi tak tahu la, mungkin pesakit tu duk gelak dalam hati je kot. Hehe.

Monotonous speech - Nada suara pesakit sama je. Kalau dia cerita dari A-Z, tak ada naik turun. Sama je. (Cuba bayangkan macam mana tone suara lecturer yang mengajar paling mengantuk dalam kelas. Huhu~)

Terdapat beberapa lagi clinical manifestation bagi penyakit ini. Tapi cukup lah sebut yang general je dulu. Nanti korang pening pula.

Rawatan

Medication 
1. Anticholinergic drug (banyak side effects)
2. Leva-Dopa (banyak side effects)
3. Leva-Dopa + Carbi Dopa (Buat masa sekarang ini yang terbaik dan kurang side effects)
4. Dopamin agonist.
5. Amantadine hydrochloride.

Pemedahan
1.Pallidectomy
2.Thalamotomy.

---------------------------------------------------------------------------

Tarbiyah dari pakcik Parkinson.

Dalam wad no 1, Department Neurology ada seorang pakcik Parkinson. Keadaan dia sebiji macam apa yang saya cerita kat atas. Kesian je tengok dia. Tangan menggigil-gigil, terbongkok-bongok, muka emotionless. Bila nak bergerak pun perlahan-lahan je. Tapi dia baik. Tak pernah marah-marah dan senang je nak bagi kerjasama dengan student yang datang nak belajar. Alfu salam buat pakcik tersebut.

Ada suatu hari saya masuk ke dalam wad 1. Ingat nak buat test kat pakcik tu, tapi tengok dia tengah siap-siap nak solat. Dia bentang sejadah kat tengah-tengah wad, mengadap kiblat, angkat takbir dan solat. Oh, baru perasan waktu tu, baru je lepas azan Zuhur.

Dengan rasa susah payah pakcik tu angkat takbir, rukuk, sujud, duduk diantara dua sujud dan seterusnya. Walaupun tidaklah sempurna mana keadaan solatnya tapi terselit rasa kagum dalam hati. Subhanallah, pakcik ni, walaupun rasa susah nak bergerak, sakit, dengan tremors yang mengganggu pergerakan solatnya dia tetap istiqamah dan berusaha untuk tunaikan solat. Walaupun tak dapat nak berjemaah di masjid  tapi paling tidak dia cuba untuk solat diawal waktu.

Bayangkanlah nak pergi ambil wudhu' kat toilet yang berada di hujung wad dalam keadaan jalan yang tersangatlah perlahan. Mesti mengambil masa yang agak lama kan. Tapi memang respect kot dengan pakcik ni.

Tetiba insaf sendiri...Kalau pakcik yang sakit tu boleh menjaga solat dia dengan baik, solat di awal waktu tanpa banyak songeh dan hal. Kenapa tidak kita?? Mari kita baiki lagi solat dan amalan-amalan yang lain untuk jadi lebih baik. Pakcik ni dah membuktikan bahawa kekurangan atau kelemahan diri bukanlah satu alasan untuk kita meninggalkan kewajipan. Apatah lagi kita yang sihat dan tegap ini.