Pages

Monday, July 30, 2012

Ulang Tahun Pertama.



30 Julai 2011

Segala puji bagi Allah atas segala percaturan yang telah Dia tetapkan.
Setelah sekian lama tertanya-tanya siapa gerangannya,
Alhamdulillah...
Tanggal 30 Julai 2011, merungkai segala persoalan.

Maha suci Allah,
Membolak balikkan hati manusia, sebuah perancangan yang tiada tandingan.

Buat seorang lelaki yang tidak pernah terlintas di hati ini untuk dijadikan suami,
Rupanya kini, dialah lelaki yang menggenggam erat tanganku, mengatur langkah bersama menuju jalan ke Syurga.

Terima kasih Ya Allah meminjamkanku seorang lelaki biasa namun seorang suami yang luar biasa demi melengkapi hidup sebagai seorang isteri.

Terima kasih mama & abah kerana memberi kepercayaan untuk melepaskan anak manja ini melayar bahtera, mencorak warna pelangi, merencah rasa keluarga kecil sendiri.

Terima kasih umi (ibu mertua) kerana sudi berkongsikan kasih dan sayang dari seorang lelaki yang sama. Walau kadang hati kita berbelah bahagi, mencuri-curi masa si dia untuk diluangkan bersama kita.

Terima kasih adik beradik kami dan keluarga terdekat yang telah banyak mencurah tenaga, memberi sokongan luaran dan dalaman, ikhlas menghulur bantuan sejak ikatan ini masih di dalam perancangan hinggalah ke hari ini.

Terima kasih para sahabat yang tidak putus-putus menghadiahkan doa juga berkongsi rasa gembira bersama.

Alhamdulillah... Setahun telah berlalu. Moga langkah kaki ini lebih baik dari dulu.

Hari ini bukan sekadar bukti termetrainya dua hati, namun suka untuk saya ingatkan diri sendiri, bahawa hari ini adalah hari untuk saya bersyukur atas segala nikmat berkeluarga yang telah saya kecapi hari ini.

Hari ini adalah hari untuk saya berterima kasih kepada semua yang terlibat di dalam setiap episod cerita kami. 

Hari ini adalah hari untuk saya mengingati..bahawa, walau siapa pun saya hari ini, saya tetap hanyalah seorang suri di sisi Encik Suami.


Sungguh, setahun adalah usia yang terlalu mentah bagi kami menyusuri perjalanan hidup berumahtangga. Moga bahtera kami terus utuh sepanjang pelayaran. Biarpun adakalanya taufan melanda, sesekali bergoyang dihempas ombak kencang. Moga berkat doa-doa kalian menjadi pelindung sepanjang permusafiran kami membawa keluarga berlayar ke Syurga.

Moga Allah merahmati hubungan ini. Moga Allah mengekalkan rasa cinta dalam hati-hati kami keranaNya.
Moga Allah mencurahkan cahaya hidayah, sakinah, mawaddah dan Rahmah ke atas Keluarga Kecil Kita. ^^


Tuesday, July 10, 2012

Ibrah Seorang Hajar

You'll Never Walk Alone.


Rindu cik abe dop?

Soalan ini sudah terlalu biasa menjadi usikan teman hingga saya lali untuk menjawab.

Sampai satu tahap saya hanya tersengih sebagai jawapan.

Haruslah rindu kan~ ^_^v


Demi fitrah seorang isteri, bukan sekadar rindu yang menjadi isu. Bahkan setiap isteri memerlukan suaminya sentiasa di sisi.

Ada masa yang suram mendesak perasaan mahukan dia meneman.
Ada keadaan mendatang menjadikan diri mengharap tangannya dapat menolong.
Ada ketikanya sekadar mahu menjadi makmum di belakang solatnya lagi.

Kadang emosi kuat berdepan dengan jarak yang memisahkan.
Kadang emosi mampu bersabar dengan perbezaan masa di antara kami.

Namun adakalanya lemah juga dan kecewa. Lantas cepat sahaja mengeluh dan mengadu kepada Encik Suami. *nak mengada sebenarnya~*

Orang lain semua ada suami di sini. Sakit deman, makan minum ada la juga orang nak melayan. Puan Isteri ni sorang-sorang je. Tak nak lah menyusahkan kawan-kawan. Kite ni, suami jauh nak tolong jaga. *sengaja je buat ayat syahdu kan~*

Eh, mana ada Puan Isteri sorang-sorang. Allah kan ada. Allah ada jagakan Puan Isteri. Tengokkan Puan Isteri. Memanglah Encik Suami jauh...tapi Allah dekat.

....T___T....
*haa...kan dah syahdu betul-betul*

Allah...Allah..Allah...
Pujukannya yang bersahaja benar-benar menusuk hati ini.
Mengingatkan diri yang selalu terlupa.
Mungkin juga ini teguran Allah melalui mulut insan teristimewa.
Bergantung bukan pada manusia..
Tetapi hanyalah pada DIA!

Puan Isteri...
Encik Suami doakan Puan Isteri tabah.
Tabah ni datang dari raja' Allah yang kuat.
Kemudian menghasilkan tawakkal...
Semakin kuat raja' kita, semakin kukuh tawakkal...
Tawakkal kalau berlazim dengannya selalu,
Akan menghasilkan taqwa.
Tu semua marhalah nak ke taqwa.

Puan Isteri...
Encik Suami doakan sekuat dan setinggi raja' dan tawakkalnya Hajar yang ditinggalkan Nabi Ibrahim.

Petikan dari tulisan di dalam blognya suatu masa dulu.

Kata Nabi Ibrahim a.s;
"Aku tinggalkan kamu Hajar dan Ismail di sini... bukan untuk dibiarkan tetapi untuk dipelihara Allah s.w.t. yang maha kuasa" .


Suamiku, terima kasih atas nasihat dan doanya, *dah insaf dah..tak nak mengada-ngada lagi...T_T*
Puan Isteri sentiasa meng'aminkan doanya, walaupun dalam hati terasa segan dibanding sebegitu rupa.
Sedangkan terlalu jauh darjat Hajar dengan diriku ini yang entah siapa-siapa.

Pengajarannya...
Di dunia ini...kita tidak pernah walau sesaat pun berjalan sendiri.
Kerna hakikatnya Allah ada, sentiasa mengawasi setiap detik nafas kita.
Andai terasa sedikit lelah...bersabarlah.
Bukankah Allah bersama-sama dengan orang yang sabar??

Mungkin...rasa sendiri saat berdepan ujian kecil dunia itu adalah peluang
yang Allah beri khusus kepada hamba-hambaNYA...
Peluang untuk kita semakin dekat dengan DIA. 
Semakin kuat doa dan amal...merayu..merintih...mengharap hanya bantuan Allah.
Kerna kita...adalah hamba yang terpilih untuk dekat denganNYA.



A005

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.





Nota kaki : Contoh di dalam entri ini mungkin dari konteks suami-isteri. Sekadar petikan dari secebis pengalaman yang penulis alami sendiri. Namun, saya berharap moga ada hikmah tersembunyi yang boleh juga diaplikasikan di dalam hidup seharian kalian yang membaca. *terutamanya anda yang masih single-mingle itu~ ^^*

Saturday, June 30, 2012

Hari Lahir Encik Suami.

27 Jun 2012

My Mr. Perfect.

Segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang diberi.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Thumma Alhamdulillah.

Suamiku,
Pada hari ini angka umurmu sudah bertambah satu,
Namun kuingatkan bahawa sebenarnya usiamu turut berkurang sama.

Sepanjang 24 tahun ini, terlalu banyak nikmat Allah yang telah dikau rasai,
Maka bersyukurlah dengan meningkatkan ibadahmu seperti mana sunnah seorang Nabi.

Di hari istimewa ini...
Jasadku terlalu jauh untuk menemanimu di sisi.
Namun...yakinlah, doaku sentiasa mengiringi.

Suamiku,
Moga terus kuat jasad sasamu,
Moga terus berpanjangan kesihatanmu,
Moga terus meningkat iman & taqwamu,
Moga terus bertambah amal ibadahmu,
Moga Allah, menguatkanmu demi menghadap ujian di dalam setiap perjuangan.
Moga Allah, menambahkan ilmu di dadamu, untuk dikau pimpin keluarga kita menuju Syurga,
Moga Allah, merahmati dan meredhai sepanjang jalan hidupmu.

Selamat hari lahir suamiku.

Love,
K.K.K.  ^___^

Nota kaki : Terlambat post sebab internet buat hal~ >,<

Friday, June 22, 2012

Seiring Sehaluan.



Allah, 
hilangkan rasa kecewa yang pernah menduga, 
rasa luka yang pernah mencalar, 
rasa pahit yang memeritkan.

Allah, 
lupakan air mata yang pernah mengalir kerana tulisan, lidah dan perbuatan mereka.

“Ya Allah, 
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihaniMu. 
Bertemu untuk mematuhi perintahMu.
Bersatu memikul beban dakwahMu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.
Maka, eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan akan hati-hati ini atas jalanNya yang sebenar.
Penuhkan hati ini dengan cahaya RabaniMu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati ini dengan limpahan iman/keyakinan.
dan keindahan tawakal kepadaMu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'arifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu.
Jika Engkau mentaqdirkan mati, 
maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para Syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Enkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah,
perkenankanlah permintaan ini."
Kerna kita...
Seiiring sehaluan.

Pakai tudung bukannya wajib pun~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sewaktu masih berkira-kira mahu menerima Encik Suami sebagai suami atau tidak, jujurnya persoalan yang saya kira agak keanak-anakan ini akhirnya berpusing-pusing juga dalam kepala.

Alaa...dia tu ustaz..habislah, nanti mesti suruh pakai tudung labuh dengan jubah je. +_+

Pengaruh tipikal drama Melayu la ni, ustaz-ustaz suka budak tudung labuh & jubah je~.

Bukan saya menolak tudung labuh dan jubah. Cuma untuk dipaksa-paksa itu sangat bertentangan dari jiwa saya ketika itu. Iaitu jiwa yang masih memberontak, degil dan keras pendirian. Kebeasan adalah hak mutlak setiap insan la konon~

Saya ingat pemikiran sebegitu kekal sehingga lepas berkahwin. Namun, Mahasuci Allah yang membolak balikkan hati. Entah kenapa jiwa yang dulu keras dan memberontak itu berubah serta merta. Tiada lagi rasa  lantaklah, suka hati aku! Malah, setiap kali ingin melakukan sesuatu, perkara pertama yang difikirkan adalah apa sahaja yang menyenangkan hati suami.

Kadang saya pula yang obses bertanya kepada Encik Suami.
Boleh tak Puan Isteri nak pakai fesyen yang begini atau begitu? 
Boleh tak nak pakai tudung hana tajima? belit? pusing-pusing? 
Mahu saya kekal sebegini atau lebih suka saya bertudung labuh & berjubah?

Apa sahaja asal redha di mata si dia.

Namun, Encik Suami ternyata bersahaja menerima saya seadanya. Tiada perubahan yang diminta-minta, tiada itu dan ini.

Puan Isteri...pakai lah nak pakai macam mana pun, tudung bukan nya wajib... Yang wajib tutup aurat. hehe. Aurat tu apa? Alhamdulillah, tiada yang cacat dari segi syara' tudung dan pakaian Puan Isteri sekarang. ^^

Setelah saya mendengar gurauan Encik Suami, saya kira dia tidak berapa kisah akan penampilan diri saya. Rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Encik Suami sebenarnya sangat mengambil kira setiap inci penjagaan aurat saya.

Ada juga luahan kesalnya melihat saya memakai tudung lebih pendek & kecil dari kebiasan.

Setiap kali melihat saya sudah bersiap untuk keluar rumah, Encik Suami akan menegur bertanya, jika ternampak tiada handsock tersarung di lengan. Begitu juga dengan sarung kaki.

Memanglah segan woo,
Tapi kalau bukan Suami kita yang tegur siapa lagi?? :)

Alhamdulillah, Allah menganugerakan seorang suami yang setia menjaga aurat & kehormatan diri ini.
Kalau kawan baik kita sekalipun, belum tentu dia berani buka mulut untuk menegur khilaf kita walaupun sekecil-kecil perkara.

Memelihara aurat adalah wajib bagi setiap muslim. Apatah lagi muslimah yang lebih banyak terdedah dan kuat pula mengundang fitnah di zaman ini. *mata siapa yang tak rambang tengok fesyen cumel-cumel kan?~*
Moga mujahadah kecil ini tetap dikira sebagai pahala dan istiqamah (berterusan) sampai bila-bila.


Pesan pada akhwat bujang... *ehem.ehem*
Carilah bakal suami yang bukan sekadar menginginkan si isteri yang bertudung labuh, berniqab dan berjubah semata-mata. Tetapi carilah seorang suami yang memahami dan bisa memahamkan kita tentang hakiki aurat seorang muslimah. 
InsyaAllah, kehormatan kita di dunia akan terus terjaga. Keselamatan di akhirat kelak kan terpelihara. Amin~

N.B :
Gurauannya membuat saya bertanya & mengingatkan kepada diri sendiri. Nah, aurat itu apa? 

Aurat itu adalah bahagian anggota tubuh badan seorang muslim (baik lelaki atau perempuan) yang haram dilihat oleh orang yang tidak halal melihatnya. Maka huku menutup aurat adalah wajib.

Aurat bagi seorang wanita dengan ajnabi pula adalah seluruh tubuh badan kecuali tapak tangan dan muka (mengikut pendapat jumhur ulama'). Tidak jarang, tidak ketat. Tidak menampakkan warna kulit dan tidak pula mengikut bentuk tubuh badan melainkan perhiasan yang biasa dilihat.

Pesan Syeikh Atiyyah Saqr seorang Ulama' Al-Azhar. :
Menutup lebih baik daripada membuka. Istimewa pada akhir zaman ini.



Friday, May 25, 2012

Sihat akal & jiwa.


Dah lama rasanya tak melukis potret sewaktu sesi kuliah dijalankan.*dah masuk klinikal year ni, haruslah fokus!~hihi*
Biasanya tangan ringan melakar potret bila jiwa tak keruan,
Wajah terlukis kadang menzahirkan kondisi hati di dalam.
Boleh jadi juga sebab terlalu mengantuk mendengar doktor bersyarah di depan. *uhuk2! Sila jangan tiru~*

Lukisan ini antara kenangan ketika kelas praktikal Psychiatry...
Yang bosan & sangat mengantuk di hari pertama kelas bermula,
Namun semakin membuat diri teruja sampai ke hari terakhirnya.
Di hospital ini, saya belajar untuk terus bersyukur.
Bersyukur di atas nikmat kesihatan.
Sihat yang Allah kurniakan itu,
Bukan sekadar sihat tubuh badan,
Tapi ada yang lebih penting dari itu,
Nikmat kesihatan jiwa dan akal.
Alhamdulillah.

Akal yang sihat membantu manusia berfikir waras dan memahami ilmu.
Dengan ilmu, kita membina iman & taqwa,
Dengan iman kita akhirnya membentuk amal.

Wednesday, May 23, 2012

Hati Pejuang Kebenaran.

Sesuatu perkara yang benar sunnatullah nya tetapkan berjalan di atas jalan yang benar.
Walaupun melalui jalan yang panjang dan sukar...
Mana mungkin kebenaran yang haq itu Allah murnikan dengan jalan yang dimurkaiNya?

Anehnya, kini... kita mendakwa menegakkan kebenaran..
...tapi dengan bait kalam, tulisan dan sikap-sikap tercela??


Ya,
Kebenaran itu memang pahit ditelan.
Tetapi kepahitan itu tidak perlu kau reka cipta.
Demi mengubat hati teman seperjuangan kononnya.
Hakikatnya kau peyebab hati teman semakin jauh kecewa.

Renungkan,
Pahitnya kebenaran, andai lahir dari hati pejuang yang beriman...
Yang Ikhlas, menyedarkan insan yang masih terleka dalam bayangan,
Pahitnya tidak lama terkesan. Manis pasti kan mengundang.
Natijahnya, hati-hati mereka mudah saja bisa ditawan.

Hati orang yang beriman itu sentiasa bersih & tenang...
Luluh lentur dalam sujudnya ketika berkhalwat dengan Tuhan,
Namun, berubah gagah mencatas musuh di medan perjuangan.


Thursday, May 17, 2012

Usrah Untuk Budak Tudung Labuh.


Ada orang cakap...

Alaa....Usrah tu untuk budak tudung labuh je.

Wahai kakak-kakak ku, adik-adik ku, ibu-ibu ku, makcik-makcik ku yang dirahmati Allah sekalian...
Sesungguhnya... *ececeh~*

Usrah asalanya bukan untuk mereka bertudung labuh je...tapi rupanya usrah telah berjaya melabuhkan tudung mereka.

Serius!

Pengalaman  melihat para akhawat yang berusrah sama...
Dahulu tudung mereka sekadar bersempang sini dan sana.
Kini alhamdulillah, ada yang sudah berlitup semua.
Walaupun tudung labuh bukanlah syarat yang utama,
Rupanya mereka berusaha untuk menutup aurat lebih sempurna.


Nota kaki : Usrah for all. ^__^v *peace yo*

Wednesday, May 9, 2012

BBQ


Harga yang perlu dibayar bagi seorang perantau.
Maaf, kad ini bukan jemputan untuk semua. 
Sekadar menempel buat kenangan orang yang jauh. 
Kad jemputan berkumpul-bermakan-berkeluarga Encik Abah & Puan Mama.
*tsk.tsk.tsk*


*Wahai Cik Perut...saya harap Cik Perut tergolong dalam golongan perut yang beriman. Bukankah sabar itu separuh dari iman?~ wink2* ^_^

Sunday, May 6, 2012

Cinta


Kekuatan seorang muslim itu dapat dilihat pada kuatnya kebergantungan dia pada Allah.
Namun sebagai insan yang lemah, Allah lahirkan kita dengan fitrah-fitrah selayaknya seorang manusia.

Ada perasaan untuk diluah,
Ada air mata jatuh mencurah,
Ada amarah menggambar marah,
Ada nafsu mencetus resah,
Ada gembira mahu dikongsi sama,
Ada rahsia yang perlu dicerita,
Dari hati ke hati seorang manusia.

Atas dasar hamba, Allah masih yang pertama.
Atas jiwa seorang manusia, mereka tetap diutama.

Terima kasih suamiku.
Terima kasih mama & abah.
Terima kasih ibu mertua.
Terima kasih ahli keluarga.
Terima kasih teman sekalian.

Terima kasih Ya Allah,
Mewujudkan mereka di sekeliling diri ini,
Hanya demi Kau penuhi fitrah hambaMu..
kerdilnya seorang manusia.

11.59pm
5/5/2012

Sunday, April 29, 2012

Cantik


{Prolog}

Cik-yang-Cantik : Yang soleh memang cari yang solehah. Tapi solehah ada ramai kak…yang cantik...kurang cantik. Mestilah nak anak-anak cantik kan? Kite tak cantik macam orang lain kak..:) akak cantik...huhu

Puan Isteri :  *err…akak cantik eh?? Ahaaaa~ Astaghfirullah3x*

Puan Isteri : Tak semua. Alaa..cantik tak cantik tu nombor dua. Yang penting niat. Lepas dah nikah nanti semua pun cantik-cantik belaka.

Puan Isteri :  *cop-cop..sejak bila plak akak cantik ni. ‘Cik Jers’ yang merata ni tak nampak?. Benci acne vulgaris!! T_T *

Keluh seorang akhwat kepada saya. Mungkin runsing kalau lambat bergelar isteri dek kerana wajahnya tidak menjadi tarikan kepada lelaki.

Hey Cik-yang-Cantik, awak cantik la sebenarnya. Serius…

Secara peribadinya, pada pendapat saya sungguh beruntung seorang wanita itu apabila dirinya aman dari pandangan mata-mata insan yang berpenyakit hati. Haiilaa~ Bertuah sungguh wanita itu bila dirinya cukup terpelihara dari meniti di bibir-bibir lelaki yang tak sedar diri.
Alhamdulillah, tahniah kerana telah berjaya memelihara kehormatan dan maruah diri anda.

Cantik itu subjektif.

Seperti semua sedia maklum, cantik itu subjektif.
Ramai orang kata Erra Fazira tu cantik… tapi saya melihat dia biasa-biasa sahaja.
Saya agak teruja mengatakan seorang sahabat saya Cik X ni cantik gile! Tapi sahabat yang lain serius menafikan. Siap bidas lagi kenyataan saya . Apakah awak kata dia cantik? Dia tu muka pucat je kot~

Jadi korang fahamkan yang cantik itu subjektif. Mungkin di antara 10 pasang mata yang memandang anda biasa-biasa sahaja tetapi bayangkan rupanya ada sepasang mata yang melihat diri kitalah yang paling cantik bak bidadari. Bukankah itu lebih special? *Oh waaaaahhh~* Tapi, haruslah yang halal je okeh!

Dari segi memilih jodoh wanita cantik atau tidak, berbalik kepada individu yang memilih itu sendiri. Sekali lagi, secara peribadinya saya merasakan cukuplah bakal pasangan kita itu sempurna sifatnya, berfungsi dengan baik dan wajahnya bisa membuat kita merasa aman & tenang taktala memandangnya di saat hati senang mahupun ketika gelisah.
Wallahu3alam.

Realiti.

Namun realiti pada hari ini, cantik yang subjektif itu sedikit demi sedikit telah berubah menjadi objektif. Wanita pada hari ini dimomokkan dengan pelbagai ideologi, fesyen, makeup dan gaya-gaya yang menjadikan seolah-olah kecantikan luaran seorang wanita itu adalah wajib. Dan akhirnya lelaki-lelaki yang masih bermasalah hati terheret sama dengan ideologi merepek ini.

Solehah tu haruslah kak. Tapi kalau dapat yang cantik..BONUS. hehe… *tersengeh-senget gedik sambil 
usap-usap janggut* >,<

Maka, bermulahlah kisah kaum hawa yang berlumba-lumba mempamerkan kecantikan diri dengan lebih berani. Bermula dengan pelbagai fesyen busana, tudung dan tatahias wajah menjadi ukuran kecantikan seorang wanita. Tidak cukup dengan itu, oh! haruslah setiap keindahan tuhan ini di’kongsi’kan bersama  di dalam facebook, blog, twitter, dan lain-lain. Jika telah sangat yakin yang diri ini telah chantek, maka jangan lupa untuk masuk pertandingan ‘kechantekkan’ yang terdapat di dalam web-web wanita chantek.
Lebih meriah kalau ramai betul orang like dan comment..
Subhanallah..canitknya awak. 
Kongsilah tips macam mana nak jadi cantik seperti awak.
Saya suka tengok awak pakai tudung macam ni.
Ayu dan sopan je.
Muslimah solehah. Nak buat menantu bulih?? 
Aauuww~ *mata bersinar-sinar*
Muslimah.

Mungkin ramai yang tidak sedar, diri kita sebenarnya cantik. Sangat cantik sampai Allah dah warning awal-awal kecantikan wanita ini bisa mengundang fitnah. Siap perintahkan agar kecantikan itu dipelihara sebaiknya. Dalam Surah An-Nur Allah ada sebut juga. Cari sendiri. Sila buat kerja rumah sikit~ kueng3.

Tidak pula perintah Allah itu hanya untuk wanita yang hidung mancung, pipi gebu, putih melepak, tinggi macam model stewardess AirAsia..bla..bla.. Tapi Allah perintahkan kepada umum. Semua wanita ye. Jangan terkezut mak kau pula, kalau muka penuh jerawat itu juga boleh sahaja menjadi modal fitnah kepada lelaki berpenyakit hati. Ah, asal sahaja namanya wanita. Hati-hati ye~

Kakak-kakak, adek-adek, makcik-makcik, puan-puan, cik-cik, datin-datin sekalian… 
Peliharalah nikmat kecantikan ini sebaiknya. Macam benda yang kita sayang dan suka. Kita tak akan bagi kat sebarang orang sesuka hati je kan. Kita akan share dengan orang-orang tertentu yang kita rapat dan sayang je kan?? Kan? Maka, kecantikan wanita itu adalah nikmat yang harus kita pelihara. InsyaAllah, bahkan kecantikan kita itu akan lebih dihargai oleh mereka-mereka yang halal menikmatinya.^,^

Tak percaya. Pernah tengok orang yang pergh! Hensem, macho, kacak bergaya ala-ala Channing Tatum dalam filem Dear John dan berdiri disebelahnya seorang isteri yang hitam manis, hidung pesek dan berjerawat penuh di pipi&dahi? 

Tentu rasa macam takjub sebentar… Eh? macam mana lelaki tu boleh suka kat perempuan macam tu kan?
Haip! Haip!~ tak baik tau korang~ =P

Jodoh Allah. Sekali lagi cantik itu subjektif. Kita mungkin hanya memandang kulitnya yang hitam manis itu sahaja tapi terlupa melihat betapa cantiknya si dia mengenakan busana lengkap melindungi seluruh auratnya. Kita mungkin hanya nampak jerawat tapi tak perasan betapa indahnya tudung disarung menutup dada mengikut syara’. Kita tengok hidung pesek si dia tapi tak tertengok pula betapa sempurnya dia menjaga ibadahnya kepada Allah. Kesopanan dan santunnya akhlaq si dia dengan manusia. MasyaAllah.

Ada orang melihat cantik itu pada wajah, ada yang melihat dari akhlaq, ada yang melihat dengan lisan, ada yang nampak melalui penulisan.

Siapakah si dia yang cantik itu?

Si dia yang gigih mengabdikan diri kepada Allah.
Si dia yang berterusan dengan akhlaq Islami.
Si dia yang melindungi aurat diri.
Si dia yang taat pada ibu bapa dan suami.
Si dia yang sopan dan santun budi bicara.
Si dia yang menjaga diri dari fitnah lelaki & seisi dunia.
Si dia yang mejauhkan diri dari maksiat dan dosa-dosa.
Si dia adalah wanita yang tekun berusaha meraih ganjaran Syurga.
Kalau cantik hatinya maka akan terselahlah cantik luaran.
Kalau cantik ruuhi insyaAllah akan terzahir pada fizikal sekali.


[Epilog]

Adalah suatu petang itu, Puan Isteri saja main-main kasi ayat provok kepada Encik Suami pasal cantik tak cantik ni. Sekali Encik Suami jawab…

Encik Suami : Alhamdulillah, Allah rezekikan Encik Suami dengan isteri yang ikut ciri kesukaan Encik Suami. Walaupun Encik Suami tak pernah lihat.

^__________________^ v wooweeeii~ No komen. *Senyum lebar sepanjang hari.Wink2*

Nota kaki :
-Pilihlah pasangan yang menerima kita seadanya. Pasangan yang mengukur kecantikan diri dengan ketaatan kepada Allah sebagai syarat utama. InsyaAllah anda bakal menjadi pasangan tercantik di mata si dia sentiasa.

-Bukanlah saya nak kata muslimah kena pale, lame, dull je supaya tak menarik perhatian dan fitnah. Malah harus bagi muslimah untuk sentiasa dilihat fresh, kemas, cantik dan teratur. Cuma biarlah berpada mengikut syara' dan terhindar dari hadirnya fitnah. Kalau nak cantik-cantik terlebih tu buat depan insan yang halal sahaja sudeh~

Saturday, April 21, 2012

Kenapa



Dear Mr Past,
Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?


Kisah silam..
Selalunya bisa saja menggamit senyuman.
Cuma... ada masanya ia terlalu pahit untuk dikenang...lagi...
Dek teringatkan jahiliyah dan bodohnya diri suatu masa dahulu.
Malangnya, sudah terlalu lambat untuk aku bertanyakan 'kenapa'?

...dan bukankah kita tidak layak untuk bertanya 'kenapa'??

*Astaghfirullahal3azeem...*

Nota kaki :
Saya selalu nak delete folder 'masa lalu' dalam otak saya ni...tapi asyik tersalah delete folder medic je. Patutla banyak-banyak baca pun tetiba je dah lupa. *=_=' aiseh..aiseh...aiseh*

Thursday, April 19, 2012

Firework~




“...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka...” 
QS 13:11


You're a firework
Come on show them what you're worth
Make them go!!
As you shoot across the sky!

You're a firework
Come on let your colors burst!!

Wednesday, April 18, 2012

Repekan bukan meraban.

Muka gedik minta nak geget pipi dia?? err~


Walaupun muka ala-ala skema tapi sebenarnya otak saya ni tak adalah skema mana. Ada masa dia weng-weng juga. Almaklum, saya hanya seorang manusia normal. Kadang betul kadang suis bermasalah juga. Sekali sekala seronok juga tengok respon orang yang pelbagai dek jawapan merepek-repek yang kita bagi. 

Alkisahnya, pada suatu petang yang aman... telah berlaku sebuah sembang rakyat di antara saya dengan si A.

A : Eh, awat hang gatai bebeno nak kahwin awal ni. Hang tu belajar lagi. Awat gatai-gatai nak berlaki dah.

 *tarik nafas dalam-dalam, tangan di dada, mata tak perlu pandang ke atas, dengan nada yang tenang sambil tersengih-sengih..*

I : Aih...tak gatai mana lah. ok lah ni. Kalau ceq gatai, ceq tak minta kahwin kot.

A : Awat plak?

: Buat apa nak kahwin. Kahwin ni tanggungjawab wooo. Bukannya boleh nak gatal-gatal setiap masa pun. Buat penat lagi adalah. *cebik muka*

A : Tapi hang nak kahwin tak habis belajar lagi tu gatal la tu.

I : Macam ni macam ni...kalau satu hari hang tengok...ceq ni asyik gayut ngan laki tah mana-mana 24/7 terkekeh sana sini, ceq tak duk ghumah hujung minggu macam ni, tapi ceq duk kluaq ngan lelaki entah mana-mana  pi tengok wayang ka, dating kat taman ka apa ka. Kalau hang nampak ceq naek motoq ngan lelaki entah mana-mana, peluk-peluk, pegang-pegang tangan ka kaki ka..haaa.. kalau macam tu ceq memang tengah menggatal la... ha ha ha...*gelak orang menggatal*

A : oo.. macam tu ka. *tetibe muka serius*

I : ha macam tu la. *buat muka serius juga sambil angguk-anggukkan kepala*

Sampai sekarang saya tak tahu kalau si A tu ambil serius dengan apa yang saya kata atau angap saya main-main je. Sebab dia tetiba macam serius. haha. 

Nota kaki
Ini hanyalah sebuah rerepekan tapi bukan meraban!

Alhamdulillah, saya dah kahwin sekarang...dan saya rasa...err...saya gatal...T_T. *Oh.kesat peluh di dahi* Sebab saya gayut dengan Encik Suami 24/7, kami keluar dating gi tengok wayang & jalan-jalan kat taman, kami naik motor sama-sama, jalan pegang-pegang tangan... tapi...tak pe ek~ Dah halal~ Alhamdulillah. ^_^v  peace yooo~

Monday, April 16, 2012

Batas

Rindu nak main buli-buli dengan Yusuf. Yusuf rindu nak kena buli dengan mamayan tak?? =_='


Hampir semua perkara di dalam dunia ini ada limit batas yang tertentu.

Seperti nafas, akhirnya akan berhenti bila ajal telah tiba.

Seperti mentari hanya diizinkan Allah  untuk memancar di siang hari. Tidak akan mungkin melampaui malam.

Seperti dedaun tidaklah selamanya hijau. Sampai suatu kadar masa tertentu akan berguguran kering kekuningan akhirnya.

Hatta seremeh perkara, gurau senda kita juga tetap ada limit yang perlu dipelihara.

Awasi diri, agar kelak tidak terlebih melangkah batas.

Nota kaki :

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak bahasa, tulisan, bicara...hati orang kan terasa. 

Wednesday, April 11, 2012

Salam

Kenapa lah budak-budak ni sangat cumel dan geram dan beraksi macam-macam dan rasa macam nak geget -geget je pipi diorang yang gebu itu? haish!

p/s : Rindu si cumel dua orang ni sangat.

MUCH


Alhamdulillah, esok hari terakhir round pediatric. Hampir 2 bulan juga kami menghabiskan masa ulang-alik dari rumah-kuliah-hospital. Tinggal dua minggu untuk study leaves kemudian exam end-round yang sungguh cuak. Cuak okeh! 100 markah untuk round pediatric sahaja. Multiple Choice Question (MCQ) pula tu. *fiuh~ kesat peluh di dahi*

Mohon doa dari semua. ^_^

Sunday, April 8, 2012

Way


Dah lama saya tak guna photoshop. Ingatkan tangan dah berkarat. Alhamdulillah, masih mampu menghasilkan sesuatu lagi rupanya. *rindu zaman photoshop*

Friday, March 30, 2012

Hormat

Bismillahirahmanirrahim.

Sebuah cerita lama.

Suatu masa dahulu, sewaktu saya darjah 2, saya pernah diherdik seorang guru, hanya kerana tersalah menulis angka lapan (8). Cikgu X memanggil saya ke depan untuk menulis angka lapan di hadapan semua pelajar. Lalu saya menulisnya.

Nombor lapan yang salah di atas adalah sama seperti nombor lapan yang saya tulis di atas papan hitam kelas 2 Umar, pada tahun 1996 dulu.

Bukan!! Tulis yang macam ni Izyan! 

Cikgu X megherdik saya di hadapan semua rakan kelas sambil jari telunjukkan menunjukkan kesilapan tulisan tangan saya di dalam buku tulis tersebut.

Saya menulis angka lapan silap itu perlahan-lahan di atas papan hitam.

Besar sikit. Tak nampak. Bagi semua orang tengok apa yang enti tulis~

Jelas dan tinggi suaranya. Seisi kelas terdiam melihat saya disindir Cikgu X.

Ni apa ni? Kon aiskrim?

Saya tidak mampu meneruskan. Saya hanya tunduk di hadapannya. Lalu guru tersebut menyerahkan buku tulis saya lantas mengarahkan saya untuk duduk semula.

Saya bungkam menahan perasaan.

Waktu rehat itu saya tidak ke kantin seperti rakan yang lain, tetapi hanya duduk di sebalik dinding kelas lalu menangis. Mujur, kakak kedua saya datang memujuk. Sambil menghulurkan roti sandwich, dia mengajar saya menulis angka lapan perlahan-lahan.

Saya tak menangis sebab dimarahi oleh Cikgu X atas kesilapan saya. Saya akui salah saya, tidak belajar menulis angka lapan betul-betul. *ha kau! siapa suruh ponteng tadika dulu. Kan dah!* Tapi saya menangis sebab malu. Malu diherdik guru tersebut dihadapan semua rakan-rakan saya. Padehal, saya tersalah tulis je pun. Susah sangat ke nak ajar budak 7 tahun tu menulis betul-betul. Kalau nak rotan sekalipun tak mengapalah. Asal jangan sampai nak malukan saya depan orang kawan-kawan. Nombor lapan je kot~ *eh!eh! ter'emo' sebentar~*

Kesan dari peristiwa itu, saya sangat benci subjek Matematik. BENCI! Malah saya pernah gagal dalam matematik tambahan sewaktu peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4. *ha.ha.ha. Gelak jahat* Alhamdulillah, Allah beri sedikit kesedaran, akhirnya saya hanya betul-betul menguasai Matematik Tambahan hanya 5 bulan sebelum menjelang peperiksaaan SPM. Kerja gila bukan! Fiuh~ *kesat peluh di dahi*

Kadang saya terfikir, kan lebih elok kalau cikgu tersebut ajar saya menulis angka lapan betul-betul tanpa perlu dimalukan sedemikian rupa. Mungkin saya sekarang, antara salah seorang rakyat genius matematik di Malaysia. *errr! melampau la plak budak ni~*

Bukan saya nak kata anak murid itu perlu dimanjakan, malah saya sangat setuju dengan guru yang tegas dalam menjalani tugasnya. Tetapi tegas seorang guru membetulkan kesilapan anak kecil itu biarlah kena caranya. Seperti mana seorang guru meminta diri dihormati anak muridnya, begitu juga sebaliknya. Anak-anak murid juga ada perasaan untuk dihormati. Walaupun hanyalah seorang anak hingusan. Kerana kesannya sungguh besar terhadapat diri anak tersebut. Kesan dalam perkembangan sosial, psychology dan keyakinan dalam diri anak-anak untuk membentuk masa depan dirinya. *Jangan main-main beb~*

Nota tambahan : Pengalaman dimalukan oleh cikgu X ini bukan saya seorang je yang pernah kena. Ada juga beberapa rakan lain senasib dengan saya. Di malukan hanya kerana kesilapan kecil. T-T *tsk.tsk.tsk*
Namun, walau apa pun, saya tetap berterima kasih kepada Cikgu X kerana akhirnya sehingga sekarang saya bisa menulis angka lapan bulat-bulat. Tiada lagi kon aiskrim dalam buku-buku tulisan Matematik saya. hehe.

Motif

Kalau kita seorang anak, maka hormatilah kedua ibu bapa kita.
Walaupun kita seorang ibu@bapa, maka hormatilah anak-anak kita.
Kalau kita seorang bijak sana maka maka hormatilah si bodoh yang datang kepada kita.
Kalau kita seorang yang kaya, maka hormatilah si miskin yang meminta pada kita.
Kalau kita seorang murid, maka hormati guru-guru kita.
Walaupun kita seorang guru, maka hormatilah anak murid kita.
Kalau kita seorang pesakit, maka hormatilah doktor yang merawat kita.
Walaupun kita seorang doktor, maka hormatilah pesakit-pesakit kita.
Kalau kita seorang pekerja, maka hormati bos yang mengetuai kerja kita.
Walaupun kita seorang bos, maka hormatilah pekerja yang berkhidmat bersama kita.
Kalau kita seorang isteri, maka hormatilah suami kita sebaiknya.
Walaupun kita seorang suami, maka hormatilah isteri kita.
Kalau kita seorang rakyat, maka hormatilah pemimpin kita.
Walaupun kita seorang pemimpin, maka hormatilah juga rakyat kita.

Walau siapa pun diri kita di dunia ini...
Ingatlah bahawa setiap makluk Allah di sekeliling kita ada hak untuk dihormati.

Monday, March 26, 2012

Asing.


Menjadi asing di kalangan kebiasaan mengajar kita untuk cuba membutakan mata, memekakkan telinga, membatukan hati dari pandangan, kalam dan anggapan-anggapan mereka.

Ah!! Biar asing di pandangan manusia, asal Redha dalam pandangan Allah. kan?

Thursday, March 22, 2012

Until Jannah

Encik Suami : Oklah ye, nak solat ni. 
Puan Isteri : Ooo..ok..
Encik Suami : Nanti kita sambung borak lagi k.
Puan Isteri : Encik Suami! Encik Suami!
Encik Suami : Ya?
Puan Isteri : Nanti jangan lupa, doakan Puan Isteri tau.
Encik Suami : Puan Isteri nak doa apa?
Puan Isteri : Doakan Puan Isteri...ermm...doakan Puan Isteri jadi ketua bidadari Encik Suami kat Syurga nanti. ^__^
Encik Suami : ^_^, InsyaAllah...
Puan Isteri : Allahumma amin.
Encik Suami : Aaa....doakan dapat payung emas tak nak ke? =P
Puan Isteri : *grrrrr~*
Encik Suami : haha
Puan Isteri : Takpe, Puan Isteri tak demand. Dapat dinar emas pun dah cukup. Takyah la payung2 ni. >,<
Encik Suami : hahahaha.
Puan Isteri : grrrrr..*suka lah tu~*



Nota kaki : My dearie husband, few months ago, you made a promise in front of my wali to take me as your wife for the rest of you life, so do I.. promise you in front of Allah, to be your wife until Jannah. Uhibbuka fillah. ^___^

Wednesday, March 21, 2012

Seronok kak?

Kawan-kawan yang bujang selalu tanya... (meminta tips barangkali. kui3)

Seronok tak dah kahwin??

Saya tersengeh...

Eleehh.. Mesti lah seronok kan? Sebab awak dah kahwin.

Senyum lagi.

Seronok! Tapi waktu jadi bujang dulu pun seronok juga~ 

Eh? Maksud awak?

Waktu bujang tu seronok dia lain, lepas dah kahwin ni lain pula seronoknya. Pendek kata, apa pun status kita...kita ENJOY!!~ ^_^

Kena la enjoy & happy macam Encik Yusuf ni!!~ 


Siapa kata kahwin tu seronok?? Ni dah kena duk jauh-jauh ni..tak seronok pun~~~ *sob.sob.sob* T.T

Pada saya, bukanlah di atas status seseorang, keseronokan hidup itu diukur, tapi atas diri kita mencorakkannya. 

Bujang ke, dah kahwin ke, janda, duda, terlajak trang tang tang, andartu...walau siapa pun anda...kalau hidup untuk mencari Redha Allah, mestilah SERONOK!!!

Nota kaki
: Alhamdulillah, walaupun terpisah jauh...tetap merasai keseronokan itu dengan cara kami tersendiri. ^^

Wednesday, March 14, 2012

Time to Forget


Di pantai ini, 
Aku buangkan masa lalu,
Biar ia hilang dihempas ombak,
Biar berlalu ditiup angin bayu,
Biar berterbangan mengikut camar liar.
Pantai Dumyat ,
11.02.2010.

p/s : I am exhausted from effort to forget..so please, do not remind me any...



Monday, February 27, 2012

Lampu usang


Lampu usang ini perlu dinyalakan kembali.
Agar cahayanya bisa membantu, 
menyuluh insan di kala malam gelita.
Tapi..di mana suisnya harus aku petik?

Nota kaki : Bumi Syria yang kian meruncing. Mari doakan saudara kita yang diseksa oleh manusia syiah berhati kejam itu. *qunut nazilah*

Dari Kekasih Kepada Kekasih


Bismillahirrahmanirrahim,

Allah ta’ala berfirman,
إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang suka membersihkan diri.” (QS. Al Baqarah: 222)
Wahai jiwa-jiwa yang merindui Tuhanmu...Ayuh, kembalikan jiwa itu kepadaNya.
Bersihkan, sucikan, serahkan...
Saya tahu, awak rasa sesak dengan noda-noda dosa yang membelenggu...
Dan sekarang sudah terasa ada satu getaran menyeru-nyeru namamu?
Pergilah menyahut seruan itu...
Kerna Allah sedang membuka peluang lagi buatmu.
Ayuh...mulakan langkah...langkah menuju Syurga.
Pesan seorang ukhti...jika pernah terdetik sekali dalam hati untuk bertaubat atau melakukan sesuatu kebaikan kerana Allah, terus bertindak. Jangan tangguh-tangguh, mungkin itu petanda dari Allah agar kita semakin dekat denganNya. Sebab kita tak tahu bila lagi Allah akan beri peluang istimewa sebegitu.



Sebuah lagu nostalgia yang saya kira tiada lagi anak remaja sudi menadah telinga mendengarnya. Mungkin insan yang membesar di era 90-an seperti saya ini masih saja setia melayan irama lama.

Saya bukanlah peminat rock kapak, tangkap leleh dan seangkatan dengannya, namun saya merasakan bait-bait lagu zaman dulu-dulu penuh dengan ungkapan tersirat. Cantik sungguh susun, kias, bahasanya.

Lagu ini antara lagu yang saya rasakan bersifat 'kenasyidan' lebih dari sebuah nasyid. Lagu cinta yang lebih terasa getaran CINTA padaNYA berbanding lagu cinta cintun di zaman ini. Sekadar cinta si dunia. *alahai~*

Dari Kekasih Kepada Kekasih -Hattan

Entah berapa kali
Kucuba membohong hati ku ini
Hebat dilanda
Rindu padaMu
Namun semua alasan
Rapuh bagaikan awan berarak
Yang memang tidak pernah abadi
Dan terlalu cepatnya berlalu
Pabila di giring angin
Dan mudah pula layu
Selepas ia melimpahkan
Titis-titis ehsan

Kini hatiku sangat terdesak
Untuk memilikiMu
Agar bisa aku meneruskan
Sisa-sisa hidupku ini
Seperti manusia yang punya kekasih
Yang punya kekasih



Nota kaki : Di sini saya sertakan satu link berkaitan TAUBAT (sila klik) yang sangat best bagi sesiapa yang masih tercari-cari erti taubat seorang hamba. *TT.TT*

End call

Gambar ihsan En.Google.

Lumrah alam...
Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan.
Setiap butang 'call', pasti ada butang 'end call'.


Tapi..tapi...kenapa mesti ada si merah 'end call' itu???

Nota kaki : Rupanya menamatkan talian tidaklah semudah sekadar menekan satu butang merah. *bertabah~*

Eh..eh.bagaimana pula talian kita dengan Allah. Sila jaga kelancaran hubungan ini baik-baik sementara talian antara kita dengan Allah masih bersambungan. Jangan biar sampai terputus atau lagi parah kita yang memutuskan. *nauzubillah* Saya tak nak menyesal kat akhirat. Awak pun mesti tak nak kan?? kan?*muhasah mood*

Sunday, February 26, 2012

Kelantan.

Bismillahirrahmanirrahim.



Suatu masa dulu...di dalam sebuah kereta, ada sepasang suami isteri sedang bersembang-sembang...

Isteri : Eh, best juga kan kalau bi dapat posting Kelantan.
Suami : Hmmm...Kenapa?
Isteri : Nanti boleh shopping baju, tudung, skirt, makanan...kawan Izz cakap kat Kelantan semua murah-muraaaaah.. Boleh la shopping tiap-tiap minggu. waaaahhh *mata bersinar-sinar sambil berangan*
Suami : Err...ingatkan Izz nak cakap sebab ada banyak kuliah agama ke, ceramah-ceramah ke, tok guru ke apa tadi.
Isteri : heeeee~ (^^)v *senyum malu-malu kambing.*


Nota kaki : Sembang petang suami isteri buat secangkir memori.

Kosong


Sudah lama ruang itu terbiar kosong.
Fikirku, setelah kaki melangkah ke alam baru nanti akan terisilah jua.

Sehari, dua hari,...
Seminggu, dua minggu...
Sebulan, dua bulan...
Setahun, dua tahun...

Tik..tok..tik..tok..
Detik demi detik,
Musim bergantian...
Sejuk, bunga, panas, luruh...

Namun,
Ruang itu masih kosong.
Warna warni bunga cinta hanya terhias indah di ruang halaman sahaja.
Cahaya pelangi sang bahagia tidak cukup untuk sampai menyinari ruang kelam itu.
Suram...

Ruang kosong ini harus diisi.
Tapi harus bagaimana??


Nota kaki : Cinta manusia hanya sekadar merawat luka luaran sahaja. Tidak langsung bisa menyembuhkan barah yang dalam.

Friday, February 24, 2012

Cikgu riang gumbira.

Bila orang bertanya,
Orang : Suami awak kerja apa?
Saya teruja menjawab. 
Izyan : Dia seorang cikgu. 
Orang : Mengajar sekolah menengah?
Izyan : Eh tidak. Sekolah rendah. 
Orang : Mengajar subjek apa? 
Izyan : Pendidikan Islam. ^^
Orang : Waah, ustaz lah.
Izyan : Alhamdulillah.
Orang : Mengajar di mana?
Izyan : Sek.Pendidikan Khas Kampung Baru.
Orang : Eh?
Izyan : Ya, suami saya mengajar anak-anak yang ada masalah pendengaran. ^_^
Orang : Senang lah awak..dapat suami cikgu. Ada banyak masa. Cikgu sekolah rendah pula tu. Mengajar Pendidikan Islam tak se'stress' mengajar subjek kritikal. 

Alhamdulillah.
Saya senyum je la.
Dalam hati saya menambah. *sekarang kata hati saya dah terkantoi dalam blog. kui3* 
Kalau awak nak tahu cikgu ni senang dan banyak masa atau tidak. Silalah berkahwin dengan cikgu kelak ye! 

Peace yoo~
(^___^ )v


Kalaulah benar kata-kata anda bahwa kerja cikgu ini mudah, ada banyak masa dan tidak stress...jadi tidak perlulah Encik Suami dengan rasa bersalahnya meminta maaf kepada saya kerana tidak dapat meluangkan masa berkualiti bersama pada hari ini. (sejak kebelakangan ini sebenarnya.)


Kasihan Encik Suami. Sudahlah saya jauh untuk merawat penat lelahnya. Dia pula yang rasa bersalah meminta maaf. TT_TT. tsk.tsk.tsk

Semoga Allah membalas semua kesenangan, kelapangan masa dan riang gumbira seorang pendidik manusia itu dengan pahala yang berpanjangan sampai ke Syurga. Amin. ^___^ 

Nota kaki : Tapi kalau kata-kata anda termaqbul pun best juga. Waaaahhhh~ *mata bersinar berkaca-kaca*

Change.

For things to change, I must change myself first!

Thursday, February 23, 2012

Syukur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Entah kenapa malam ini terdetik hati untuk membuka lembaran diari lama. Terjumpa pula surat-surat cinta yang pernah saya karangkan kepada diri sendiri. 

[gambar ihsan pakcik google.]

Luahan perasaan, suka duka tangis dan tawa, kata-kata semangat menguat hati, kata-kata pujukan dan belaian saat hati dihadap ujian, semuanya tercatat satu-persatu di setiap lembaran helaian surat-surat lama itu. Ada yang saya tulis sejak dua tiga tahun lalu dan paling akhir saya tahun lepas. Selepas itu saya mula berjinak-jinak menulis di dalam blog peribadi. 

Surat-surat itu kini sudah menjadi satu kenangan. Ada yang antara isi kandungan membuatkan saya tersenyum kecil, ada juga yang membuatkan air mata bergenang sesekali. Memori lama kembali bermain berputar-putar di dalam kepala. Ah! Memori lama memang sentimental tahu~

Rasa macam tak percaya, saya pernah melalui saat-saat diduga dengan ujian yang sedemikian-sedemikian. Melihat saya yang hari ini, bagai tak terjangkau yang dulu saya pernah berada di bawah. Saya pernah menjadi seorang yang sangat lemah jiwanya. Terduduk kaku lemah tak bermaya.

Alhamdulillah, atas segala nikmat yang Allah telah berikan, yang telah meniupkan kekuatan sehingga menjadilah saya seorang Izyan Izzati di hari ini. 

Namun, sesekali saya rindu saat-saat dulu. Saat-saat saya selalu merintih, mengadu, merayu pada Yang Esa. Saat yang mana saya merasakan hanya Allah yang bisa mendengar, memujuk dan tempat saya mengadu segalanya.

Benar kata kebanyakan, kita mendekati Tuhan hanya bila dirundum musibah, dan bila diberi nikmat kita mudah melupakan. T___T. Kita banyak-banyakkan solat hajat & berdoa bila kita terlalu ingin memohon sesuatu. Sampai basah-basah pipi, moga Allah perkenankan. Tup.tup, bila Allah maqbulkan doa-doa kita, kita terbang bagai di awang-awangan. Terus berseronok dengan nikmat. Kalau dulu solat tepat waktu, sekarang sebab bahagia sangat sampai solat entah ke mana. Doa pun sekarang dah pendek laju-laju je. Tak macam dulu, doa sesungguh hati. Ibadah-ibadah semakin berkurangan. Nak tambah apatah lagi. *zaaaassss*

Kadang, kita sekadar mengucap Alhamdulillah sebagai tanda bersyukur atas segala nikmat yang Allah telah berikan pada kita. 

Tetapi, cukupkah sekadar kalam lisan itu sebenarnya? 

Mari kita kembali merujuk kembali kepada cara idola kita bersyukur. Ya, Rasulullah. (Salawat dan salam ke atas baginda, para sahabat dan ahli keluarga baginda.)


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُومُ مِنْ اللَّيْلِ حَتَّى تَتَفَطَّرَ قَدَمَاهُ فَقَالَتْ عَائِشَةُ لِمَ تَصْنَعُ هَذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَقَدْ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ قَالَ أَفَلاَ أُحِبُّ أَنْ أَكُونَ عَبْدًا شَكُورًا ... 
متفق عليه

Dari Aisyah ra bahwasanya Rasulullah SAW melakukan qiyamul lail hingga kedua telapak kaki beliau bengkak. Aisyah ra berkata kepada belaiu, 'Mengapa engkau melakukannya hingga seperti ini? Padahal, Allah telah mengampuni dosa engkau yang telah lalu dan yang akan datang?” Rasulullah SAW menjawab, 'Apakah aku tidak pantas menjadi hamba yang bersyukur?” 
(Muttafaqun Alaih)


Ibarat bila ayah kita beri kita iphone 4S untuk ganti handphone Nokia 3310, mesti la kita sangat teruja nak ucap terima kasih kan. Masa tu mesti 'tacing' habis. Terus berkirar nak jadi anak yang baik dan solehah. *kui3. Baru la teringat segala jasa pengorbanan, susah payah ayah untuk kita. Waktu tu tetiba je terus nak pergi dapur masak sedap-sedap untuk ayah kita, buatkan air teh & kuih untuk minum petang, tetiba je urut-urutkan badan ayah kita. iphone 4S punya fasal la katakan. *Eh?!*

Kalaulah dengan ayah kita yang hadiahkan iphone 4S tu je kita dah terus berubah serta merta dan berusaha nak buat semua yang ayah kita suka, apatah lagi dengan Sang Pemberi segara nikmat dalam hidup kita ini bukan? 

Syukur kita boleh dizahir melalui pelbagai cara. 

  • Kita perlu bersyukur dengan hati, iaitu 'meyakini' bahawa segala kenikmatan merupakan anugerah dari Allah SWT. 
  • Kita juga haruslah bersyukur dengan lisan, mengungkapkan kalimah-kalimah memuji Allah SWT. Seperti Alhamdulillah.
  • Kita turut dituntut untuk bersyukur melalui seluruh anggota badan, dengan mengerahkan seluruh anggota badan kita untuk mentaati Allah SWT (dengan memperbanyakkan ibadah kepada-Nya).

Akhir tulisan, moga kita semua menjadi orang mukmin yang hebat. Seperti sabda Rasulullah s.a.w :


عَنْ أَبِيْ يَحْيىَ صُهَيْبٍ بْنِ سِنَانٍ الْخُدْرِيِّ رضي الله عنهما قَالَ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ 
متفق عليه

Dari Abi Yahya, Shuhaib bin Sinan ra, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, 
“Sungguh mempesona urusan orang yang beriman. Karena semua urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu hanya dimiliki oleh orang-orang yang beriman. Jika dia mendapatkan kebaikan, dia akan bersyukur, (karena) hal itu adalah yang terbaik baginya. Jika ia mendapatkan kesulitan, maka dia bersabar, (karena) dia tahu bahwa hal itu adalah yang terbaik baginya.” (HR. Muslim)