Pages

Wednesday, May 4, 2011

blur

DOP SERO??
KETGI??

Apakah maksud perkataan-perkataan dia atas??

haaiishhh~ awok ni bukannye paham bebeno benda2 yang kome cakap ni.
Sape paham, sila angkat tangan macam saya~~~~ =P

Minta maaf la..saya ni, loghat  nogoghi sombilan pun tak lopeh2 laie...
Apatah lagi bahasa negeri yang lain. 
Bahasa Arab lebih-lebih lagi.
*sadis2*
T.T


Tapi sebenarnya,
Penting juga untuk kita belajar bahasa selain dari bahasa lidah kita.
Bila fasih banyak bahasa,
Lebih mudah untuk kita masuk dalam sesuatu kelompok.
Lebih mudah untuk kita dapatkan tarbiyah.
Lebih mudah untuk kita sampaikan tarbiyah.

Dakwah kita bukan khusus untuk orang senegeri je kan? ;)


Mungkin inilah sebahagian tanda kekuasaan Allah, seperti mana dalam firmannya;






  • Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui. (QS. 30:22)

  • Fatrah Alam Baru




    Memandangkan cuti sekolah bakal menjelma tidak lama lagi,
    bermakna pesta kenduri kahwin juga akan bermula.
    Nasi minyak! Nasi minyak! Nasi minyak~
    Hoooreeey!!!!
    http://www.emocutez.com
    Ramai yang dah mula post undangan perkahwinan kat blog, FB dan lain-lain.
    Tahniah wa mubarak 3alaikum.
    Saya doakan sahabat-sahabat yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi,
    semoga rumah tangga kalian sentiasa dalam Rahmah Ilahi.
    Jadikan perkahwinan ini wasilah kita menuju Syurga ukhrawi. 




    Yam : Laa...nape pengantin perempuan tu muka sedih?
    Yan : eerrkkk~

    Monday, May 2, 2011

    Mohon doa~

    JADUAL PEPERIKSAAN TAHUN 4 KONVENSIONAL 10/11

    FORENSIC AND TOXICOLOGY
    1
    END ROUND EXAM (mcq)
    19/5/2011
    KHAMIS

    2
    PRAKTICAL EXAM
    27/5/2011
    JUMAAT


    PUBLIC HEALTH AND COMMUNITY MEDICINE 
    1
    ESSAY PAPER 1
    15/6/2011
    RABU
    10 PAGI
    2
    ESSAY PAPER 2
    18/6/2011
    SABTU
    10 PAGI
    3
    MCQ
    19/6/2011
    AHAD
    2 PTG
    4
    ORAL
    23/6/2011
    KHAMIS
    8 PAGI

    ENT 
    1
    ESSAY
    29/6/2011
    RABU
    10 PAGI
    2
    ORAL AND CLINICAL
    2/7/2011
    SABTU
    8 PAGI

    OPHTALMOLOGY
    1
    ESSAY
    12/7/2011
    SELASA
    10 PAGI
    2
    ORAL AND CLINICAL
    14/7/2011
    KHAMIS
    8 PAGI

    FORENSIC AND TOXICOLOGY
    1
    ESSAY PAPER 1
    21/7/2011
    KHAMIS
    10 PAGI
    2
    ESSAY PAPER 2
    26/7/2011
    SELASA
    10 PAGI
    3
    ORAL
    27/7/2011
    RABU
    8 PAGI




    Harap-harap jadual ni fix..tak tukar-rukar sampai 5-6 kali macam tahun lepas. 
    Saya harap tahun ni Universiti Mansurah lebih sistematik. 
    Saya harap doktor baik hati bagi soalan mudah2 yang kitorang semua boleh jawab.

    Tolong doakan saya..
    Bila tengok jadual final je mula la rasa nak gi usha tiket flight. T-T . 
    Hey! Budak2 montel, here mamayan come! 
    [sabau la kak. bawa2 bersabau!]

    Sunday, May 1, 2011

    Moral of the story...

    Kita sedarkan...
    Dalam hidup ni, tak semua benda yang kita buat tu betul seperti apa yang kita sangkakan.
    Kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik untuk orang lain, tapi hakikatnya kita malah menyusahkan mereka.

    Analoginya begini.

    Kita berjanji untuk bertemu dengan bestfriend pukul 2 petang.. Sebab excited sangat, kita pun duk make up lawa-lawa dan of course la mengambil masa yang lama untuk bersiap kan~. Maklumlah, nak jumpa orang yang kita sayang ni beb! Sekali, tengok jam lagi 15 minit nak pukul 2. Tapi dalam hati kita yakin, takpe, sempat je ni..sempat.

    On the way nak ke restoran tu, kita teringat yang bestfriend kita tu suka sangat kat bunga ros dan coklat.
    Sebab kita kononnya nak ambil hati dia, kita pun singgah sekejap kat pasaraya belikan dia coklat. Tapi terpaksa beratur panjang nak bayar kat kaunter. Kat kedai bunga pula kita terpaksa tunggu lama sebab akak tu nak balut bunga tu dulu kasi cantik.

    Sampai2 je kat meja makan, dah pukul 3.00pm. Bestfriend kita muncung je.

    "Minta maaf, lambat. Jalan jem. Tapi saya ada belikan awak ceklat dan bunga fevret awak tadi."

    Kawan kita senyum sikit je. Dan terus panggil pelayan order tomyam~

    Dalam hati kita mesti terfikir...
    Eh, dia ni tak reti bersyukur ke? Haku dah la susah2 nak datang sini dengan jem bagai, pastu siap belikan dia ceklat dengan bunga. Sikit pun tak cakap terima kasih. Aku buat semua ni pun untuk dia juga. Cubalah belajar menghargailah pengorbanan orang lain sikit weyh!



    Padehal kita tak tahu pun, entah-entah kawan kita tu dah tunggu kita sejak pukul 1.30petang lagi. 
    Kalau kita berada kat tempat dia tak ke rasa macam nak gigit je meja makan tu. 
    Kalau awak tu lambat sebab sakit perut, boleh terima lagi beb!


    Saya tak tahu kalau korang faham atau tak analogi ini. haha.
    Tapi apa yang saya nak cakap sebenarnya, jangan sebab kepuasan diri kita sendiri, kita sampai menyusahkan orang lain...tu je.
      http://www.emocutez.com



    p/s: Moral of the story , buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

    Awak..saya sayang awak.



    Awak~ Saya sayang awak...

    Bila saya buat something wrong somewhere..
    Awak tak berlengah untuk tegur saya
    sebelum saya ulangi kesilapan yang sama.
    dan waktunya saya menegur kesalahan awak,
    awak terima dan bersedia untuk berubah.

    Saya sayang awak,
    Bila kita berdua, tanpa rasa janggal.
    Saling mengingatkan yang dunia ini bukanlah segalanya.
    Bila kita bebas berbual cerita ukhrawi bila-bila masa sahaja.
    dan akhirnya masing-masing terdiam sendiri,
    muhasabah barangkali~

    Saya sayang awak,
    Saat kita merenung nasib masa depan kita bersama.
    Kita berkongsi rasa penat dan lelah.
    Betapa sukarnya memahami dan memahamkan orang di sekeliling kita.
    Susah payah memikirkan cara-cara bagaimana ingin merialisasikan impian kita.
    Walaupun impian kita itu mudah dasarnya.
    Hanya ingin mewujudkan tarbiyah di dalam rumah.

    Awak,
    Perasan tak?
    Walaupun kita tak sefikrah,
    Tapi kita terlalu susah untuk berpisah.
    Saya sendiri tak pernah sangka jodoh kita sekuat ini.

    Walaupun kita sukar untuk memahami antara satu sama lain,
    tapi kita sentiasa cuba untuk menerima.
    Walaupun adakalanya kita payah untuk menerima,
    tapi kita tetap berusaha untuk berlapang dada.

    Saya harap kalaupun jalan kita ini cabangnya berbeza.
    Tapi saya harap sangat...suatu hari nanti kita berdiri sebaris di atas satu saf yang sama.
    Walaupun kita tak pernah jalan berpimpinan tangan waktu ini,
    Tapi doa saya semoga tangan awaklah yang saya genggam sewaktu menuju Syurga nanti.















    I love you..and I hope you can feel the same way too.
    [awak! jom kita gi honeymoon lagi~~]




    Kenapa rasa macam jiwang lebih-lebih ni.??ayyo~~
    p/s: Yes! I'm in love with budak tudung pink tu. awak ingat sayang siapa haa?? =P