Pages

Wednesday, December 14, 2011

Emosi Seorang Wanita



عن ابن عباسبقال: قال رسول الله ع :
 الشيطان جاثم على قلب ابن آدم فإذا ذكر "
". الله تعالى خنس، وإذا غفل وسوس

(أخرجه البخاري معلقاً)

Dari Ibn 'Abbas RA katanya sabda Rasulullah SAW:
"Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut
Allah ia akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai ia akan membisikkan kejahatan."

Seorang wanita biasanya dikaitkan dengan emosi. Begitu juga saya tidak terkecuali sama sekali. Atau mungkin lebih emosi dari kebanyakannya. hehe~. Kadang, kita (wanita) muncul rasa sayu tiada berpunca. Atau tiba-tiba diam bermuran durja. Sesekali air mata membanjiri hanya kerana ada rasa sedikit terluka. Biasanya, kita akan salahkan perubahan hormon melanda. "Alah, biasalah tu, orang perempuankan ada masa-masanya hormon tak stabil'.

Waktu-waktu rapuh begini, syaitan pun apa lagi. Cepat je mengipas-ngipas hati. Cepat saja rasa nak marah. Cepat saja nak berburuk sangka. Cepat je rasa nak merajuk dan sebagainya. Sebab kecil pun kita boleh mengamuk dengan rakan serumah. Hanya sebab kurang perhatian kita mula berburuk sangka dengan suami sendiri. Kasihankan insan-insan disekeliling? Terpaksa bersabar untuk berdepan dengan emosi yang bercelaru itu.

Pernah suatu hari, saya mengadu kepada En.Suami tentang emosi yang tidak stabi ini. Lantas dia bertanya bersahaja "Jadi, kenapa awak tak cuba lawan je perasaan emosi tu?" Saya pun tak tahu nak jawab apa, maka saya pun turut bersahaja menjawab "Errrmmm.....Macam mana nak lawan? Ini sebab perubahan hormon dalam badan. Bukannya kita yang nak saja-saja~" *peace yoo~*  (^,~)v

Sewaktu membaca Tafsir surah An-Nas di dalam Tafsir Fi Zilal karangan Sayyid Qutb, saya terjumpa hadith di atas. Ringkas tapi padat maknanya pada saya.  

Bukan kita tidak tahu, syaitan itu tugasnya menghasut jiwa-jiwa manusia.  Tapi kenapalah selalu saja tewas dengan hasutan-hasutan halus yang mengundang dosa kepada diri sendiri. *tsk.tsk.tsk*

"Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut Allah ia akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai ia akan membisikkan kejahatan."

Sekarang saya rasa, saya sudah bertemu formulanya.  

Ya benar, hormon antara faktor utama yang mempengaruhi perubahan emosi seorang wanita. Kita mungkin tidak mampu mengawal perubahan hormon dalam sistem badan ini. Malah seharusnya kita bersyukur di atas anugerah Allah yang istimewa ini. Dengan hormon-hormon yang unik maka terbentuklah seorang wanita, isteri & ibu yang halus, sensitif dan penuh kelembutan di dalam jiwanya berbanding seorang lelaki.. 

Tapi kita harus ingat, disebalik ketidakstabilan hormon ini ada bisikan-bisikan halus dari syaitan yang menghasut kita untuk terus melayan perasaan-perasaan pelik yang mungkin akhirnya akan menyebabkan kita melakukan tindakan yang kurang wajar.

Jadi saya rasa, saya dah faham apa maksud persoalan En.Suami dahulu : "Jadi, kenapa awak tak cuba lawan je perasaan emosi tu?"

Melawan perasaan bukan dengan melawan pengeluaran hormon yang unik ini tetapi melawan perasaan adalah dengan melawan bisikan-bisikan syaitan yang membawa kepada kejahatan!




Muhasabah :

Peringatan pada diri...bila terbit perasaan yang pelik-pelik itu, lebih banyakkan berzikir menyebut nama Allah. Banyakkan beristighfar mengisi kekosongan hati yang terlalai. Moga terpadam api yang menyala. Moga terpendam amarah yang membara. Moga terkubur rasa dendam dalam jiwa. Biar hati menjadi kebal agar tidak tertembus bisikan jahat yang membinasakan itu.

Semoga hati-hati kita sentiasa di dalam peliharaan Allah. Moga hati-hati kita terus dihiasi bunga-bunga mahmudah berbajakan iman & taqwa.

Nota kaki : Saya memohon maaf kepada kalian yang pernah berkecil hati disebabkan ketidakstabilan emosi wanita ini. T_T.


Sunday, December 11, 2011

Makin jauh...makin rindu, semakin lama...semakin sayang.






Siaran ulangan. *homesick*
Entri ini telah ditulis pada 12/11/2009. 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang...





Sekadar nostalgia lama...

" Ekau ni kan..asyik botokak yo... nanti la. nanti uwan masak sup bontot lombu bagi ekau makan. Biar baik sikit. Ontok yo bopoluk-poluk lopeh nih"

Ayat ini sedikit kotor tetapi inilah satu-satunya ayat keramat uwan untuk meleraikan pergaduhan kami adik-beradik dek berebutkan mainan atau entah apa-apa sebab suatu ketika dulu.
...
Saya ada 7 orang adik beradik. Jarak kami adik beradik pun agak rapat...umur kami cuma berbeza setahun atau dua antara satu sama lain. Kata orang, memang dah cukup syarat sangat lah untuk buat 1 geng. [Maka terhasilah gengster 516. huhu~]

Dia lah kakak, dialah adik, dialah kawan baik, dan dia juga lah musuh ketat. Boleh kata hari-hari mesti bergaduh. Mama selalu pesan..jangan ketawa banyak-banyak nanti menangis. Jangan bergurau lebih-lebih nanti bergaduh. Tapi dek seronok main tak hengat dunia punya pasal, pesan mama tidak langsung dihiraukan dan akhirnya menjadi seperti yang mama katakan.

Mula-mula memanglah main kejar-kejar sambil ketawa tapi tak sampai sepuluh minit pun suasana dah bertukar main kejar-kejar sambil menangis pula. [Kes orang kalah tapi tak nak mengaku kalah la tuh~] Itu belum kira kes buli membuli, usik mengusik, sakat menyakat.

Puas mama, abah, uwan dan atok mencari formula untuk kami adik beradik supaya tidak bergaduh selalu. Dah bergalen air penawar jampian atok kami minum, tapi hari-hari pun masih tetap terdengar suara budak menangis melalak dalam rumah 516 tu. Dah berapa kali kepala ni kena usap cium mama tapi makin galak pula adik-adik dibuli. Sudah berjela-jela tazkirah+'hadiah' abah beri pada kami tapi semacam tanduk+ekor 'setan' makin kuat melekat kat badan masing-masing. [weee~ =p]

...

Setelah bertahun-tahun mama+abah pasrah dengan perangai anaknya yang 7 orang ni...akhirnya ketemu jua formula yang sekian lama dicari itu.
Rupa-rupanya cuma ada satu ubat paling mujarab untuk merawat penyakit 'gaduh,buli,menyakat' kami...


...
Perpisahan mengajar kami erti rindu.
Perpisahan mengajar kami erti sayang.
Perpisahan mengajar kami untuk lebih menghargai masa bersama.
...

Terkadang, saya benci PERPISAHAN ini...tapi akhirnya saya bersyukur...
Pengalaman sendiri terpisah jauh dengan mereka...
Benar-benar mengajar saya untuk mengalirkan air mata hanya kerana sebuah rasa RINDU.
Pengalaman sendiri berbulan-bulan tidak bersua muka, telah membuatkan saya menyesal atas segala perbuatan buli membuli kat adik-adik dan terus berikrar untuk menjadi kakak yang baik buat mereka. [lalalala~]
Pengalam ini telah menyeksa saya seseksa-seksanya hinggakan saya merasi nikmat senikmat-nikmatnya setiap kali saya masih berpeluang untuk bertemu,berpelukan dan bergurau senda dengan mereka lagi...walau kenikmatan itu hanya mampu dirasai sebulan dua sahaja...T_T
....




Perasan atau tidak...
Hakikatnya...
Kita bergaduh bukan kerana benci tapi sebab sayang.
Kita membuli bukan kerana dendam tapi sebab kasih.
Kita menyakat bukan kerana menyampah tapi sebab cinta.
Serius, sekarang kita mesti rindu zaman kecil-kecil kita kan?
Rindu berebut remote TV, berebut channel TV, rindu nak main mak-mak, panjat-panjat pokok jambu uwan, rindu nak main api+parang kat kampung, main berangan kawan-kawan, main cop-cop baju dalam majalah Wanita mama, rindu nak main badminton sampai nangis-nangis, rindu berebut kepak ayam goreng ngan korang...rindu nak buat projek gila-gila ngan korang lagi....T_T
Yan tak dapat nak bayangkan kalau perangai kita semua waktu kecil baik2 je. Mesti takde cerita selebet zaman kecik2 nak ungkit time kat meja makan nanti kan? hohoho~

Sekarang...
Mitos 'makan bontot lembu' untuk eratkan hubungan adik-beradik terus terkubur menjadi sejarah. [Siapa pulak nak masakan sup bontot lembu tuh? Aish, banyak lagi benda lain nak makan~]

Kalau dulu, kat meja makan selalu bergaduh sebab berebut lauk... sekarang pun berebut juga, berebut tapi mesra~ [lalala~]
Korang...yan rindu sangat nak gosip2 kat meja makan ramai-ramai...T_T


Betullah kata pepatah, air dicincang tak akan putus.
Nota kaki: Normal la kan budak nakal zaman kecik2??? =p 

Saturday, December 10, 2011

Cerita Antara Benua



Biasanya waktu tidur En.Suami adalah waktu belajar saya. Kiranya Malaysia sudah pukul 12 malam, Mesir baru masuk 6 petang. Kadang bila saya kebosanan belajar seorang diri, mesti terasa macam nak call je En.Suami waktu tu juga. Tapi akhirnya niat saya terbantut dek rasa kesian untuk menggangu En.Suami yang sedang lena. 

Maka, setiap malam saya akan ada satu perasaan tidak sabar menanti jam 11 malam (Mesir). Sebab apa? Sebab itu adalah waktu keramat saya mengejutkan En.Suami bangun sebelum Subuh. Iaitu pukul 5am waktu Malaysia. 

Tapi, apa yang saya perasan, semenjak kami mula mengamalkan budaya kejut mengejut Subuh ni, sedikit sebanyak ia menjadi pembakar semangat untuk saya terus bertahan dan tekun di atas meja study. Walaupun kadang kala terpaksa bertarung dengan rasa bosan dan mengantuk yang amat. Tapi sebab nak kejutkan En.Suami punya fasal, saya terpaksa la bertahan. *semangat u~* 

Atas segalanya, Alhamdulillah, saya bersyukur  Allah ciptakan jurang jarak & masa yang berbeza antara kami. Mungkin inilah hikmahnya. Saya telah berjaya memaksa diri untuk tekun belajar berbanding sebelumnya (Ya, sebelum ni, saya seorang yang serius sangat malas nak study..Terutamanya waktu malam...+_=') dan En.Suami dapat bangun lebih awal sebelum masuk waktu Subuh. Dua-dua dapat manfaatnya bukan? ^__^ 

Sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan adalah, kita harus sentiasa yakin bahawa setiap yang berlaku ke atas diri kita ini ada hikmahnya. Walaupun pelik dipandang mata, berat hati  terasa, sakit mencalar jiwa tapi kalau kita sentiasa bersangka baik dengan Allah, bersyukur dan berfikiran & berusaha ke arah yang positif, insyaAllah hikmahnya turut bisa menghasilkan sesuatu yang positif dalam hidup kita. 


Tacing sangat kot video ni. Kalau lah dapat bantal ni..mesti best kan En.Suami kan? kan? heeeee~ (^,~)v

Nota kaki : Nak bawa balik Mesir la bantal ni. Mana nak cari?? huhu~

Tarbiyah pakcik Parkinson.

Saya rasa semua orang biasa je kan dengar penyakit Parkinson. Kat Malaysia pun penyakit ni bukanlah suatu penyakit yang aneh. Biasanya berlaku dikalangan orang-orang yang telah lanjut tua usianya. Macam kat atok-atok dan nenek-nenek kita.

Parkinson adalah keadaan di mana anggota badan pesakit akan mengeletar (tremors) atau menggigil dengan kadar yang sekata, hypertonia dan kelambatan dalam melakukan gerakan anggota tubuh badan. Seperti kesukaran untuk berjalan, bergerak, mengambil barang di atas meja, menulis dan lain-lain.

Punca

1.Idiopathic : 
  • Idiopathic bermakna sesuatu penyakit yang berlaku tanpa diketahui puncanya. Tetapi hasil kajian makmal mendapati tahap dopamin di dalam otak berkurangan.  
  • Kebiasaannya menyerang pesakit yang berusia 50 tahun dan ke atas. 
2. Symptomatic : 
  • Tumor of basal ganglia 
  • cerebral artherosclerosis
  • Co poisoning
  • Mn poosoning
  • Tarumatic : repeated trauma to the head as in boxer.
Tetapi kebanyakan punca pesakit Parkinson adalah idiopathic. Berlaku secara perlahan-lahan mengikut pertambahan usia.
  
Gambaran klinikal pesakit Parkinson




Static Tremor
  • StaticTremors adalah getaran/mengigil yang terjadi ketika anggota badan dalam keadaan rehat. 
  • Tremors berlaku secara berirama dan sekata sekitar 4-8/saat.
  • Bermula di di salah satu bahagian anggota tubuh badan di atas, kemudian merebak ke anggota lain. Contohnya seperti menggigil tangan kanan, kemudian merebak ke tangan kiri dan akhirnya kedua belah kaki. Cara paling mudah untuk saya ingat adalah dengan membayangkan diri sendiri setiap kali nak buat presentation kat depan kelas --> tangan menggigil & ketaq lutut. (^_^)v
  • Tremors akan semakin bertambah teruk bila pesakit mengalami emotional distress atau terlalu penat. 
  • Berkurang bila pesakit melakukan sebarang pergerakan seperti mengangkat tangan, berjalan, dan lain-lain. 
  • Simptom ini akan hilang ketika pesakit sedang tidur.
  • Pesakit menunjukkan pill rolling posture.
Rigidity (hypertonia)
Gorila like attitude - Keadaan tubuh pesakit yang sentiasa membongkok, tangan dan kakinya turut membengkok. Pesakit akan rasa susah nak memulakan langkah untuk berjalan. Jadi pesakit akan bermula dengan langkah yang kecil tapi macam nak cepat. Ini dinamakan short steppage, shuffling & festination gait. Jadi pesakit akan berjalan secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Sebab tu panggil keadaan tubuh dia macam gorilla kot. =P


Emotionless face - Bukan pesakit ni tak ada perasaan. Tapi wajah dia je yang nampak macam tak de perasaan la. Masam je, macam nak marah, tapi pesakit tak marah pun. Pastu kalau kita buat lawak pun dia tak senyum, muka dia statik je macam tu. Macam lawak kita tu tak kelakar pun. Tapi tak tahu la, mungkin pesakit tu duk gelak dalam hati je kot. Hehe.

Monotonous speech - Nada suara pesakit sama je. Kalau dia cerita dari A-Z, tak ada naik turun. Sama je. (Cuba bayangkan macam mana tone suara lecturer yang mengajar paling mengantuk dalam kelas. Huhu~)

Terdapat beberapa lagi clinical manifestation bagi penyakit ini. Tapi cukup lah sebut yang general je dulu. Nanti korang pening pula.

Rawatan

Medication 
1. Anticholinergic drug (banyak side effects)
2. Leva-Dopa (banyak side effects)
3. Leva-Dopa + Carbi Dopa (Buat masa sekarang ini yang terbaik dan kurang side effects)
4. Dopamin agonist.
5. Amantadine hydrochloride.

Pemedahan
1.Pallidectomy
2.Thalamotomy.

---------------------------------------------------------------------------

Tarbiyah dari pakcik Parkinson.

Dalam wad no 1, Department Neurology ada seorang pakcik Parkinson. Keadaan dia sebiji macam apa yang saya cerita kat atas. Kesian je tengok dia. Tangan menggigil-gigil, terbongkok-bongok, muka emotionless. Bila nak bergerak pun perlahan-lahan je. Tapi dia baik. Tak pernah marah-marah dan senang je nak bagi kerjasama dengan student yang datang nak belajar. Alfu salam buat pakcik tersebut.

Ada suatu hari saya masuk ke dalam wad 1. Ingat nak buat test kat pakcik tu, tapi tengok dia tengah siap-siap nak solat. Dia bentang sejadah kat tengah-tengah wad, mengadap kiblat, angkat takbir dan solat. Oh, baru perasan waktu tu, baru je lepas azan Zuhur.

Dengan rasa susah payah pakcik tu angkat takbir, rukuk, sujud, duduk diantara dua sujud dan seterusnya. Walaupun tidaklah sempurna mana keadaan solatnya tapi terselit rasa kagum dalam hati. Subhanallah, pakcik ni, walaupun rasa susah nak bergerak, sakit, dengan tremors yang mengganggu pergerakan solatnya dia tetap istiqamah dan berusaha untuk tunaikan solat. Walaupun tak dapat nak berjemaah di masjid  tapi paling tidak dia cuba untuk solat diawal waktu.

Bayangkanlah nak pergi ambil wudhu' kat toilet yang berada di hujung wad dalam keadaan jalan yang tersangatlah perlahan. Mesti mengambil masa yang agak lama kan. Tapi memang respect kot dengan pakcik ni.

Tetiba insaf sendiri...Kalau pakcik yang sakit tu boleh menjaga solat dia dengan baik, solat di awal waktu tanpa banyak songeh dan hal. Kenapa tidak kita?? Mari kita baiki lagi solat dan amalan-amalan yang lain untuk jadi lebih baik. Pakcik ni dah membuktikan bahawa kekurangan atau kelemahan diri bukanlah satu alasan untuk kita meninggalkan kewajipan. Apatah lagi kita yang sihat dan tegap ini.

Wednesday, November 2, 2011

Peluang kedua.

Gambar Ihsan En.Google.

Seperti mana Sayyid Qutb menjelaskan waktu dhuha di dalam Tafsir Fi Zilalil Quran :

Apabila Allah hendak mengadakan satu frem bagi mengungkapkan perasaan kasih sayang, rahmat yang tenang, kerelaan yang menyeluruh dan kerinduan yang halus ini maka Dia telah memilih waktu pagi yang terang cemerlang dan malam yang sunyi itu sebagai frem yang amat sesuai dengannya. Itulah dua waktu yang paling jernih hening dan bening dari waktu-waktu siang dan malam. Itulah dua waktu yang merangsangkan manusia melepaskan menungan-menungan dan pengamatan-pengamatannya, merangsang jiwanya berhubung dengan alam buana dan dengan Allah Penciptanya dan mengarahkannya supaya bertawajjuh kepada Allah dengan tasbih-tasbih dan dengan melahirkan perasaan yang gembira dan jernih. Allah telah menggambarkan dua waktu itu dengan kata-kata yang sesuai.



Allah memberi peluang kedua kepada kita iaitu waktu Dhuha bagi mereka yang terlepas peluang bertemu Allah di 2/3 malam bertahajjud padaNya. 

Seperti juga Allah membuka tawaran kedua iaitu bulan Zulhijjah bagi hambanya yang terlepas merebut sebanyak-banyak pahala di bulan Ramadhan yang lalu.

Hari ini sudah masuk 6 Zulhijjah...bagaimana dengan hari-hari kita yang lalu? *muhasabah2*


Rasulullah saw bersabda :
“Tidak ada hari-hari di mana amal soleh lebih disukai oleh Allah Azza wa Jalla dari pada hari-hari ini, yakni hari pertama hingga kesepuluh Zulhijjah.”
Para shahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, meskipun dibandingkan dengan berjihad fi sabilillah?”
Baginda menjawab, “Memang, meskipun dibandingkan dengan berjihad fi sabilillah, kecuali seorang yang pergi membawa nyawa dan hartanya, kemudian tidak satu pun di antara keduanya itu yang kembali (mati syahid).”
 (HR Jamaah kecuali Muslim dan Nasai’e)



Nota kaki : Peluang kedua adalah tawaran terhebat bagi orang-orang yang mengambil pengajaran & manfaat. Kita bagaimana? *wink2*