Pages

Wednesday, March 21, 2012

Seronok kak?

Kawan-kawan yang bujang selalu tanya... (meminta tips barangkali. kui3)

Seronok tak dah kahwin??

Saya tersengeh...

Eleehh.. Mesti lah seronok kan? Sebab awak dah kahwin.

Senyum lagi.

Seronok! Tapi waktu jadi bujang dulu pun seronok juga~ 

Eh? Maksud awak?

Waktu bujang tu seronok dia lain, lepas dah kahwin ni lain pula seronoknya. Pendek kata, apa pun status kita...kita ENJOY!!~ ^_^

Kena la enjoy & happy macam Encik Yusuf ni!!~ 


Siapa kata kahwin tu seronok?? Ni dah kena duk jauh-jauh ni..tak seronok pun~~~ *sob.sob.sob* T.T

Pada saya, bukanlah di atas status seseorang, keseronokan hidup itu diukur, tapi atas diri kita mencorakkannya. 

Bujang ke, dah kahwin ke, janda, duda, terlajak trang tang tang, andartu...walau siapa pun anda...kalau hidup untuk mencari Redha Allah, mestilah SERONOK!!!

Nota kaki
: Alhamdulillah, walaupun terpisah jauh...tetap merasai keseronokan itu dengan cara kami tersendiri. ^^

Wednesday, March 14, 2012

Time to Forget


Di pantai ini, 
Aku buangkan masa lalu,
Biar ia hilang dihempas ombak,
Biar berlalu ditiup angin bayu,
Biar berterbangan mengikut camar liar.
Pantai Dumyat ,
11.02.2010.

p/s : I am exhausted from effort to forget..so please, do not remind me any...



Monday, February 27, 2012

Lampu usang


Lampu usang ini perlu dinyalakan kembali.
Agar cahayanya bisa membantu, 
menyuluh insan di kala malam gelita.
Tapi..di mana suisnya harus aku petik?

Nota kaki : Bumi Syria yang kian meruncing. Mari doakan saudara kita yang diseksa oleh manusia syiah berhati kejam itu. *qunut nazilah*

Dari Kekasih Kepada Kekasih


Bismillahirrahmanirrahim,

Allah ta’ala berfirman,
إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang suka membersihkan diri.” (QS. Al Baqarah: 222)
Wahai jiwa-jiwa yang merindui Tuhanmu...Ayuh, kembalikan jiwa itu kepadaNya.
Bersihkan, sucikan, serahkan...
Saya tahu, awak rasa sesak dengan noda-noda dosa yang membelenggu...
Dan sekarang sudah terasa ada satu getaran menyeru-nyeru namamu?
Pergilah menyahut seruan itu...
Kerna Allah sedang membuka peluang lagi buatmu.
Ayuh...mulakan langkah...langkah menuju Syurga.
Pesan seorang ukhti...jika pernah terdetik sekali dalam hati untuk bertaubat atau melakukan sesuatu kebaikan kerana Allah, terus bertindak. Jangan tangguh-tangguh, mungkin itu petanda dari Allah agar kita semakin dekat denganNya. Sebab kita tak tahu bila lagi Allah akan beri peluang istimewa sebegitu.



Sebuah lagu nostalgia yang saya kira tiada lagi anak remaja sudi menadah telinga mendengarnya. Mungkin insan yang membesar di era 90-an seperti saya ini masih saja setia melayan irama lama.

Saya bukanlah peminat rock kapak, tangkap leleh dan seangkatan dengannya, namun saya merasakan bait-bait lagu zaman dulu-dulu penuh dengan ungkapan tersirat. Cantik sungguh susun, kias, bahasanya.

Lagu ini antara lagu yang saya rasakan bersifat 'kenasyidan' lebih dari sebuah nasyid. Lagu cinta yang lebih terasa getaran CINTA padaNYA berbanding lagu cinta cintun di zaman ini. Sekadar cinta si dunia. *alahai~*

Dari Kekasih Kepada Kekasih -Hattan

Entah berapa kali
Kucuba membohong hati ku ini
Hebat dilanda
Rindu padaMu
Namun semua alasan
Rapuh bagaikan awan berarak
Yang memang tidak pernah abadi
Dan terlalu cepatnya berlalu
Pabila di giring angin
Dan mudah pula layu
Selepas ia melimpahkan
Titis-titis ehsan

Kini hatiku sangat terdesak
Untuk memilikiMu
Agar bisa aku meneruskan
Sisa-sisa hidupku ini
Seperti manusia yang punya kekasih
Yang punya kekasih



Nota kaki : Di sini saya sertakan satu link berkaitan TAUBAT (sila klik) yang sangat best bagi sesiapa yang masih tercari-cari erti taubat seorang hamba. *TT.TT*

End call

Gambar ihsan En.Google.

Lumrah alam...
Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan.
Setiap butang 'call', pasti ada butang 'end call'.


Tapi..tapi...kenapa mesti ada si merah 'end call' itu???

Nota kaki : Rupanya menamatkan talian tidaklah semudah sekadar menekan satu butang merah. *bertabah~*

Eh..eh.bagaimana pula talian kita dengan Allah. Sila jaga kelancaran hubungan ini baik-baik sementara talian antara kita dengan Allah masih bersambungan. Jangan biar sampai terputus atau lagi parah kita yang memutuskan. *nauzubillah* Saya tak nak menyesal kat akhirat. Awak pun mesti tak nak kan?? kan?*muhasah mood*