Pages

Friday, June 22, 2012

Seiring Sehaluan.



Allah, 
hilangkan rasa kecewa yang pernah menduga, 
rasa luka yang pernah mencalar, 
rasa pahit yang memeritkan.

Allah, 
lupakan air mata yang pernah mengalir kerana tulisan, lidah dan perbuatan mereka.

“Ya Allah, 
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihaniMu. 
Bertemu untuk mematuhi perintahMu.
Bersatu memikul beban dakwahMu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.
Maka, eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan akan hati-hati ini atas jalanNya yang sebenar.
Penuhkan hati ini dengan cahaya RabaniMu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati ini dengan limpahan iman/keyakinan.
dan keindahan tawakal kepadaMu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'arifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu.
Jika Engkau mentaqdirkan mati, 
maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para Syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Enkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah,
perkenankanlah permintaan ini."
Kerna kita...
Seiiring sehaluan.

Pakai tudung bukannya wajib pun~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sewaktu masih berkira-kira mahu menerima Encik Suami sebagai suami atau tidak, jujurnya persoalan yang saya kira agak keanak-anakan ini akhirnya berpusing-pusing juga dalam kepala.

Alaa...dia tu ustaz..habislah, nanti mesti suruh pakai tudung labuh dengan jubah je. +_+

Pengaruh tipikal drama Melayu la ni, ustaz-ustaz suka budak tudung labuh & jubah je~.

Bukan saya menolak tudung labuh dan jubah. Cuma untuk dipaksa-paksa itu sangat bertentangan dari jiwa saya ketika itu. Iaitu jiwa yang masih memberontak, degil dan keras pendirian. Kebeasan adalah hak mutlak setiap insan la konon~

Saya ingat pemikiran sebegitu kekal sehingga lepas berkahwin. Namun, Mahasuci Allah yang membolak balikkan hati. Entah kenapa jiwa yang dulu keras dan memberontak itu berubah serta merta. Tiada lagi rasa  lantaklah, suka hati aku! Malah, setiap kali ingin melakukan sesuatu, perkara pertama yang difikirkan adalah apa sahaja yang menyenangkan hati suami.

Kadang saya pula yang obses bertanya kepada Encik Suami.
Boleh tak Puan Isteri nak pakai fesyen yang begini atau begitu? 
Boleh tak nak pakai tudung hana tajima? belit? pusing-pusing? 
Mahu saya kekal sebegini atau lebih suka saya bertudung labuh & berjubah?

Apa sahaja asal redha di mata si dia.

Namun, Encik Suami ternyata bersahaja menerima saya seadanya. Tiada perubahan yang diminta-minta, tiada itu dan ini.

Puan Isteri...pakai lah nak pakai macam mana pun, tudung bukan nya wajib... Yang wajib tutup aurat. hehe. Aurat tu apa? Alhamdulillah, tiada yang cacat dari segi syara' tudung dan pakaian Puan Isteri sekarang. ^^

Setelah saya mendengar gurauan Encik Suami, saya kira dia tidak berapa kisah akan penampilan diri saya. Rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Encik Suami sebenarnya sangat mengambil kira setiap inci penjagaan aurat saya.

Ada juga luahan kesalnya melihat saya memakai tudung lebih pendek & kecil dari kebiasan.

Setiap kali melihat saya sudah bersiap untuk keluar rumah, Encik Suami akan menegur bertanya, jika ternampak tiada handsock tersarung di lengan. Begitu juga dengan sarung kaki.

Memanglah segan woo,
Tapi kalau bukan Suami kita yang tegur siapa lagi?? :)

Alhamdulillah, Allah menganugerakan seorang suami yang setia menjaga aurat & kehormatan diri ini.
Kalau kawan baik kita sekalipun, belum tentu dia berani buka mulut untuk menegur khilaf kita walaupun sekecil-kecil perkara.

Memelihara aurat adalah wajib bagi setiap muslim. Apatah lagi muslimah yang lebih banyak terdedah dan kuat pula mengundang fitnah di zaman ini. *mata siapa yang tak rambang tengok fesyen cumel-cumel kan?~*
Moga mujahadah kecil ini tetap dikira sebagai pahala dan istiqamah (berterusan) sampai bila-bila.


Pesan pada akhwat bujang... *ehem.ehem*
Carilah bakal suami yang bukan sekadar menginginkan si isteri yang bertudung labuh, berniqab dan berjubah semata-mata. Tetapi carilah seorang suami yang memahami dan bisa memahamkan kita tentang hakiki aurat seorang muslimah. 
InsyaAllah, kehormatan kita di dunia akan terus terjaga. Keselamatan di akhirat kelak kan terpelihara. Amin~

N.B :
Gurauannya membuat saya bertanya & mengingatkan kepada diri sendiri. Nah, aurat itu apa? 

Aurat itu adalah bahagian anggota tubuh badan seorang muslim (baik lelaki atau perempuan) yang haram dilihat oleh orang yang tidak halal melihatnya. Maka huku menutup aurat adalah wajib.

Aurat bagi seorang wanita dengan ajnabi pula adalah seluruh tubuh badan kecuali tapak tangan dan muka (mengikut pendapat jumhur ulama'). Tidak jarang, tidak ketat. Tidak menampakkan warna kulit dan tidak pula mengikut bentuk tubuh badan melainkan perhiasan yang biasa dilihat.

Pesan Syeikh Atiyyah Saqr seorang Ulama' Al-Azhar. :
Menutup lebih baik daripada membuka. Istimewa pada akhir zaman ini.



Friday, May 25, 2012

Sihat akal & jiwa.


Dah lama rasanya tak melukis potret sewaktu sesi kuliah dijalankan.*dah masuk klinikal year ni, haruslah fokus!~hihi*
Biasanya tangan ringan melakar potret bila jiwa tak keruan,
Wajah terlukis kadang menzahirkan kondisi hati di dalam.
Boleh jadi juga sebab terlalu mengantuk mendengar doktor bersyarah di depan. *uhuk2! Sila jangan tiru~*

Lukisan ini antara kenangan ketika kelas praktikal Psychiatry...
Yang bosan & sangat mengantuk di hari pertama kelas bermula,
Namun semakin membuat diri teruja sampai ke hari terakhirnya.
Di hospital ini, saya belajar untuk terus bersyukur.
Bersyukur di atas nikmat kesihatan.
Sihat yang Allah kurniakan itu,
Bukan sekadar sihat tubuh badan,
Tapi ada yang lebih penting dari itu,
Nikmat kesihatan jiwa dan akal.
Alhamdulillah.

Akal yang sihat membantu manusia berfikir waras dan memahami ilmu.
Dengan ilmu, kita membina iman & taqwa,
Dengan iman kita akhirnya membentuk amal.

Wednesday, May 23, 2012

Hati Pejuang Kebenaran.

Sesuatu perkara yang benar sunnatullah nya tetapkan berjalan di atas jalan yang benar.
Walaupun melalui jalan yang panjang dan sukar...
Mana mungkin kebenaran yang haq itu Allah murnikan dengan jalan yang dimurkaiNya?

Anehnya, kini... kita mendakwa menegakkan kebenaran..
...tapi dengan bait kalam, tulisan dan sikap-sikap tercela??


Ya,
Kebenaran itu memang pahit ditelan.
Tetapi kepahitan itu tidak perlu kau reka cipta.
Demi mengubat hati teman seperjuangan kononnya.
Hakikatnya kau peyebab hati teman semakin jauh kecewa.

Renungkan,
Pahitnya kebenaran, andai lahir dari hati pejuang yang beriman...
Yang Ikhlas, menyedarkan insan yang masih terleka dalam bayangan,
Pahitnya tidak lama terkesan. Manis pasti kan mengundang.
Natijahnya, hati-hati mereka mudah saja bisa ditawan.

Hati orang yang beriman itu sentiasa bersih & tenang...
Luluh lentur dalam sujudnya ketika berkhalwat dengan Tuhan,
Namun, berubah gagah mencatas musuh di medan perjuangan.


Thursday, May 17, 2012

Usrah Untuk Budak Tudung Labuh.


Ada orang cakap...

Alaa....Usrah tu untuk budak tudung labuh je.

Wahai kakak-kakak ku, adik-adik ku, ibu-ibu ku, makcik-makcik ku yang dirahmati Allah sekalian...
Sesungguhnya... *ececeh~*

Usrah asalanya bukan untuk mereka bertudung labuh je...tapi rupanya usrah telah berjaya melabuhkan tudung mereka.

Serius!

Pengalaman  melihat para akhawat yang berusrah sama...
Dahulu tudung mereka sekadar bersempang sini dan sana.
Kini alhamdulillah, ada yang sudah berlitup semua.
Walaupun tudung labuh bukanlah syarat yang utama,
Rupanya mereka berusaha untuk menutup aurat lebih sempurna.


Nota kaki : Usrah for all. ^__^v *peace yo*