Pages

Sunday, May 1, 2011

Moral of the story...

Kita sedarkan...
Dalam hidup ni, tak semua benda yang kita buat tu betul seperti apa yang kita sangkakan.
Kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik untuk orang lain, tapi hakikatnya kita malah menyusahkan mereka.

Analoginya begini.

Kita berjanji untuk bertemu dengan bestfriend pukul 2 petang.. Sebab excited sangat, kita pun duk make up lawa-lawa dan of course la mengambil masa yang lama untuk bersiap kan~. Maklumlah, nak jumpa orang yang kita sayang ni beb! Sekali, tengok jam lagi 15 minit nak pukul 2. Tapi dalam hati kita yakin, takpe, sempat je ni..sempat.

On the way nak ke restoran tu, kita teringat yang bestfriend kita tu suka sangat kat bunga ros dan coklat.
Sebab kita kononnya nak ambil hati dia, kita pun singgah sekejap kat pasaraya belikan dia coklat. Tapi terpaksa beratur panjang nak bayar kat kaunter. Kat kedai bunga pula kita terpaksa tunggu lama sebab akak tu nak balut bunga tu dulu kasi cantik.

Sampai2 je kat meja makan, dah pukul 3.00pm. Bestfriend kita muncung je.

"Minta maaf, lambat. Jalan jem. Tapi saya ada belikan awak ceklat dan bunga fevret awak tadi."

Kawan kita senyum sikit je. Dan terus panggil pelayan order tomyam~

Dalam hati kita mesti terfikir...
Eh, dia ni tak reti bersyukur ke? Haku dah la susah2 nak datang sini dengan jem bagai, pastu siap belikan dia ceklat dengan bunga. Sikit pun tak cakap terima kasih. Aku buat semua ni pun untuk dia juga. Cubalah belajar menghargailah pengorbanan orang lain sikit weyh!



Padehal kita tak tahu pun, entah-entah kawan kita tu dah tunggu kita sejak pukul 1.30petang lagi. 
Kalau kita berada kat tempat dia tak ke rasa macam nak gigit je meja makan tu. 
Kalau awak tu lambat sebab sakit perut, boleh terima lagi beb!


Saya tak tahu kalau korang faham atau tak analogi ini. haha.
Tapi apa yang saya nak cakap sebenarnya, jangan sebab kepuasan diri kita sendiri, kita sampai menyusahkan orang lain...tu je.
  http://www.emocutez.com



p/s: Moral of the story , buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Awak..saya sayang awak.



Awak~ Saya sayang awak...

Bila saya buat something wrong somewhere..
Awak tak berlengah untuk tegur saya
sebelum saya ulangi kesilapan yang sama.
dan waktunya saya menegur kesalahan awak,
awak terima dan bersedia untuk berubah.

Saya sayang awak,
Bila kita berdua, tanpa rasa janggal.
Saling mengingatkan yang dunia ini bukanlah segalanya.
Bila kita bebas berbual cerita ukhrawi bila-bila masa sahaja.
dan akhirnya masing-masing terdiam sendiri,
muhasabah barangkali~

Saya sayang awak,
Saat kita merenung nasib masa depan kita bersama.
Kita berkongsi rasa penat dan lelah.
Betapa sukarnya memahami dan memahamkan orang di sekeliling kita.
Susah payah memikirkan cara-cara bagaimana ingin merialisasikan impian kita.
Walaupun impian kita itu mudah dasarnya.
Hanya ingin mewujudkan tarbiyah di dalam rumah.

Awak,
Perasan tak?
Walaupun kita tak sefikrah,
Tapi kita terlalu susah untuk berpisah.
Saya sendiri tak pernah sangka jodoh kita sekuat ini.

Walaupun kita sukar untuk memahami antara satu sama lain,
tapi kita sentiasa cuba untuk menerima.
Walaupun adakalanya kita payah untuk menerima,
tapi kita tetap berusaha untuk berlapang dada.

Saya harap kalaupun jalan kita ini cabangnya berbeza.
Tapi saya harap sangat...suatu hari nanti kita berdiri sebaris di atas satu saf yang sama.
Walaupun kita tak pernah jalan berpimpinan tangan waktu ini,
Tapi doa saya semoga tangan awaklah yang saya genggam sewaktu menuju Syurga nanti.















I love you..and I hope you can feel the same way too.
[awak! jom kita gi honeymoon lagi~~]




Kenapa rasa macam jiwang lebih-lebih ni.??ayyo~~
p/s: Yes! I'm in love with budak tudung pink tu. awak ingat sayang siapa haa?? =P

Friday, April 29, 2011

Akan ku Jumpa



Lampu syiling dalam musollah lissaiyyidat [surau untuk wanita] kat Masjid Al-Azhar. hebat?!

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu

Azfar - Akanku Jumpa

Dilema Wanita

Ada setengah golongan wanita ni...
Pantang betul~
Bila nampak weight scale..rasa gatal je kaki tu nak pijak.
Baru tambah 1kg
Mula la gelabah nak diet2~

*sigh*
=_='








Takpe awak..jangan risau. Musim panas dah tiba. ;)
Ruang makan untuk 1/3 je awak..1/3 je..jangan lebih2 tau!

Tuesday, April 26, 2011

A step forward.


Seberat badan yang semakin bertambah,
Seberat derap kaki nan melangkah,
Seberat hati yang merasa.

Cabaran untuk hamba yang berusaha.
Ibrah disebalik sebuah perjuangan.
Ada Syurga menanti kita.



  • Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. 
  • (QS. 9:24)










  • p/s : Saya minta maaf andai keputusan ini melukakan hati semua..