Pages

Sunday, June 5, 2011

Pengantin

Memandangkan sekarang musim orang main kahwin-kahwin, ada sedikit 'berkat' ingin dikongsi.


Ashraf & Hidayah
[gambar hiasan]


Lakonan pengantin baru KITA !

In Dakwah on June 3, 2011 at 3:27 am
Dulu kebanyakan dari kita belum kahwin. Mereka mendapat dakwah dan tarbiyyah semasa belajar. Mengenal erti Islam semula ketika single. Belajar erti iman, adab, ibadah, pergaulan, sosial dan bagaimana hidup sebagai seorang muslim mengikut Quran dan Sunnah. Kita cuba sedaya upaya untuk beramal dan praktikkan apa yang kita belajar dari murabbi-murabbi. Murabbi berada di tepi kita, bersama-sama makan minum setiap hari, menegur apa yang sepatutnya.
Kini ramai dari kita telah berpindah ke alam baru. Alam yang lebih ‘privacy’ dari sahabat-sahabat lain dan bahkan murabbi sendiri. Banyak perkara baru yang kita perlu hidup sendirian tanpa teman murabbi yang akan menunjuk itu dan ini. Sebahagian besar dari kita telah memasuki alam ‘BM’ !
Apa yang terperasan oleh sahabat yang belum ‘melangkah’ ialah lakonan-lakonan ‘kurang sopan’ dari pengantin-pengantin muda ini. Maybe ianya bukan di sengajakan dan memang ia maybe tidak diperasankan oleh pelakonnya, tapi ia di perasani oleh penontonnya.
Sejak hari pertama mereka hanya diikat oleh ‘pertunangan’, telah ada hubungan-hubungan yang kurang enak didengari dan sampai ketelinga penonton. Sedangkan movienya belum sampai ke sinema ‘panggung wayang gambar’. Telah ada perbualan telefon melebihi had, telah ada emel melebihi huruf-huruf akal dan lain-lain yang maybe juga tidak di sedari oleh pelakonnya.
Setelah hari menjadi ‘raja’, memang ada berlaku solekan dan perhiasan. Tapi ianya maybe tidak dapat dielakkan kerana desakan famili dan adat perpatih atau temenggung tua yang bertukar menjadi muda dan moden. Tetapi iklan kahwin di FB dengan gambar ala artis menghiasi laman foto FB. Ini tentunya bukan budaya kita dan budaya orang tarbiyyah. Setelah di paksa bersolek, maka siapa pula memaksa kita menjadi penghias laman majalah dunia FB? Gambar-gambar aksi kasih sayang berdua juga tidak ketinggalan.
Setelah hidup kembali normal sebagai BM, timbul pulak lakonan lain. Lakonan gelak ketawa, gurau-gurauan fizikally atau cakapan suara, dekat mendekat, panggilan manja dan lain-lain berlaku di depan penonton sahabat-sahabat lain tidak kira sesama KITA atau bukan. Gambar-gambar lebih manja menghiasi Majallah FB lagi dengan lebih banyak.
Mencemburukan orang yang belum ber’BM’ ? Bukan masalah cemburu atau tidak, tetapi ia masalah adab dan akhlaq. Maybe perkara ini tidak sempat di ajar oleh murabbi semasa belum kahwin dulu kerana belum tiba masanya. Sekarang oleh kerana ia telah berlaku dengan hits yang tinggi, maka mana-mana murabbi patut mengajar kembali tajuk “ADAB DAN IKHTILAT SETELAH BM”.
Kerana kita ada ‘tamayyuz’nya !
-----------------------------------------------------------------------------------------
Penanya tersirat tapi isinya tersurat.
Manis dibaca tapi pahit untuk ditelan.
Lembut bahasanya tapi tajam maknanya.
kan? =P
Satu peringatan untuk diri saya sendiri dan juga sesiapa yang bakal dan telah melaluinya. ;) 

Mungkin juga satu hari nanti Allah akan menguji saya untuk berdepan dengan hal-hal yang saya panjangkan ini , cuma apa yang saya pinta agar kalian yang disekeliling memahami dan sama menyokong ketegasan saya...tanpa kekuatan dari kalian, saya mungkin turut/telah menjadi salah seorang di antara pelakonnya. -_=' [Moga Allah memelihara kita semua. Amin.]
Nota kaki : Saya tak pernah keluarkan fatwa yang bersolek, ambil gambar peluk-peluk & bersayang-abang sesama suami-isteri dikhalayak ramai tu haram beb~ 'Cumanya, usahakanlah untuk kekal bersederhana dalam melaksanakannya.'. [Hati-hati melabel orang. Syadid tu bukan istilah sebarangan geng! ]


* BM = Bait Muslim

Saturday, June 4, 2011

Permataku


Sunyi...
selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

Angin...
kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...

Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...

Permataku-Mirwana

Wednesday, June 1, 2011

Far and away.

You'll feel hopeless,
when everybody is busy doing your works and things,
while you can only looking at them effortlessly. 


This long distance is truly killing me.