Pages

Wasiat

Wasiat ini saya tulis buat para tetamu blog ini. Mungkin ada yang dah lama ikut dan kenal cara saya menulis. Namun mungkin juga ada tetamu yang baru saja bertandang. [berharap barangkali~]

1. Blog ini ditulis dengan perlbagai gaya penyampaian. Mengikut mood penulis. Kadang saya santai-santai, kadang saya menulis skema macam buku teks~, kadang saya berpuisi jiwang-jiwang, kadang saya tak tulis apa2 pun...

2. Saya mohon kepada tetamu yang baik hati meninggalkan komen di blog ini supaya tinggalkan komen anda bertuan. Sila lah letak sebarang nama sekalipun, asalkan bukan anonymous..[maaf, agak alergi dengan 'anonymous' itu.]

3. Saya mohon maaf atas keterlanjuran bahasa yang digunakan. Saya hanya menggunakan 'weyh' atau 'beb' dalam bentuk penulisan sahaja sebagai tanda bahawa penulisan saya tersebut berbentuk santai mengikut budaya remaja [errr..pun boleh~]. 

4. Semua gambar yang di post adalah hasil tangan saya sendiri melainkan saya meletakkan kredit ke atas pihak lain . Seperti : Gambar ihsan En.Google.

Saya halalkan anda untuk save image as mahupun copy/paste pada mana-mana laman cuma tolong kreditkan atas blog saya...bukan sobab ese nak femes..cuma mudah untuk proses rujukan. Sok kalau ado apo2 jadi, sonang ese nak jawab an~

Yang benar,
Ar.iZ