Pages

Sunday, May 29, 2011

Positif

Tolong beritahu saya,

Bolehkah dengan membayangkan sesuatu yang positif

maka kita akan mendapat natijah yang positif??

Oh ya, tak lupa, pastikan usahanya juga 100% positif.









- Begin with the end in mind -  
The7 Habits of Highly Effective People.

Anugerah Ilahi

Dalylah dan daddy...[kredit untuk along yang upload gambar ni kat FB]

Anak-anak adalah anugerah Ilahi...
Semoga anugerah ini menjadikan kita hamba yang sentiasa bersyukurlah. ^_^
dan semakin mendekatkan kita dengan Sang Pencipta.

..maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?? - Ar-Rahman


Ada ke wanteh kata dagu saya macam dagu kak mah??
Tak sama langsung la wanteh~!!!
Dagu saya asli tau.
kihkihkih
=P

nota kaki : 
Tiba-tiba terasa tak sabar nak ada anak sendiri boleh?~ ha.ha.ha.

Kita insan biasa.


Aku takut andai hakikatnya
aku hanyalah seorang insan yang hipokrit.

Hipokrit di hadapan manusia yang membaca.
Hipokrit pada diri sendiri yang menulis.
Hipokrit pada jiwa-jiwa yang menilai.

Hatiku semakin resah gelisah.
Bila aku mulai terasa 
Aku hanyalah seorang hamba
yang hipokrit di hadapan Allah.


"Setiap manusia adalah orang-orang yang melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang-orang yang bertaubat"

Setiap jiwa yang menderita..
Muhasabah diri adalah kunci pintu hati.
Jangan berputus asa dengan janji Tuhan.
Moga taubat kita sentiasa diterimaNya.


dan anda, rasa macam mana??


Nota kaki  yang panjang:
Saya ni hanyalah seorang insan biasa sahaja.
Saya kadang terbang di atas..kadang terjelepuk di bawah.
Tolong jangan mendongakkan kepala anda untuk melihat saya.
Sebab anda tidak akan berhasil melihat apa-apa.
Tetapi sila lah pandang ke bawah,
dan anda akan nampak saya melambai-lambai dari atas tanah.
Itulah diri saya...

Saturday, May 28, 2011

Raacuun TV

Dalam 2-3 hari ni kecoh kat Facebook fasal group Raacuun.
Hari tu group ni bagi trial 3 hari untuk tengok TV Malaysia percuma. Adalah dalam 5-6 channels.
TV1, TV2, TV3, AstroRia, AstroPrima dan lain-lain.

Disebabkan macam tak percaya, Cik Yam dan saya pun saja-saja test 'like' group ni. Nak pula waktu tu internet sangat baik. Smooth je beb. Rasa macam tengok depan TV betul-betul. Tapi keadaan tak mengizinkan untuk melekat depan laptop lebih lama sebab, esok hari ada clinical exam Forensic&Toxicology..-_-'

Balik dari exam, kecoh lagi sekali...group Raacuun dah kenakan bayaran sebanyak USD10 kepada sesiapa yang berminat untuk tengok live streaming TV Malaysia. Ada yang bengang, ada yang kecewa, ada yang bersetuju ada yang tetap menyokong group Raacuun ni.

Tapi, ramai juga yang sanggup membayar USD10 sebulan semata-mata untuk menonton rancangan mingguan Maharaja  Lawak?~

Ehem2...*tukar nada serius kejap*
Baru hari tu Murabbi saya mengingatkan...

Ada 4 perkara yang menghalang rasa Ikhlas.
1- Nafsu.
2- Hawa.
3- Dunia.
4- Syaitan.

Nafsu ni sifatnya suka akan keseronokan, kemalasan, kerehatan, kemudahan, kesenangan, semua rasa yang best-best yang enak-enak tu semua nafsu yang punya. Jadi sebab tu, orang yang lemah dengan nafsu memilih untuk tidur lama-lama berbanding berjaga untuk study/bekerja., orang akan memilih untuk rasa bersenang-senang berbanding bersusah payah menyampaikan risalah dakwah. Orang memilih untuk rileks2 maraton movie berbanding memerah otak membaca buku ilmiah. [part mana yang paling terasa pedasnya?=P .Kalau saya, terasa kat semua part kot~ T.T ]

Hawa  ni pula maksunya keinginan kita. Disebabkan oleh hawa bersahabat baik dengan nafsu [Hawanafsu], maka terhasillah manusia yang berkeinginan terhadap keseronokan semata-mata.

Dunia pula sesuatu yang dipenuhi dengan benda-benda yang seronok. Banyak perkara dalam dunia ni Allah ciptakan untuk menguji hambanya yang beriman. Ada perempuan, ada harta, ada pangkat, ada hiburan...pendek kata, macam-macam ada~~~ "jadikan dunia ini ladang akhirat..." Kadang bila kita terlalu seronok mengejar dunia, kita terlupa yang dunia ini hanyalah lapangan sementara menuju akhirat. Berpada-padalah dengan dunia...

Kalau nafsu tu suka seronok-seronok, hawa ni pula keinginan untuk rasa seronok, dunia penuh dengan benda yang menyeronokkan, syaitan ni apa lagi..duk mengipas kita je laa supaya rasa seronok...dahsyat tuh~

"Dan perdayakanlah siapa sahaja di antara mereka yang engkau(iblis) sanggup dengan suaramu (yang memukau), kerahkanlah pasukanmu terhadap mereka, yang berkuda dan yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka pada hartadan anak-anak dan berilah janji kepada mereka. Padehal syaitan itu hanya menjanjikan tipuan belaka epada mereka." [Al-Isra' : 64]

Pengajarannya...

Ramai yang sanggu membayar USD10 untuk menonton sesuatu yang menyeronokkan, tapi berapa ramai yang sanggup hulurkan USD10 setiap bulan kepada saudara-daudara kita yang lebih memerlukan?

Ramai yang sanggup berhabis masa berjam-jam menonton sesuatu yang menyeronokkan...tapi berapa ramai yang sanggup berhabis sekurang-kurangnya 1 jam sahaja untuk duduk sebentar mendengar kuliah agama?

Saya tahu..memilih rasa susah berbanding rasa seronok tu bukanlah mudah. Sebab tu, jihad yang terbesar adalah???[eceh~] ...jihad melawan nafsu.

Selamat bermujahadah~ ^___^

--------------------------------------------------------------------------------

Mujur saya bukanlah peminat TV sangat...jadi tak ada lah rasa kecewa langsung.
[cover kot~] Eh! Tak! Betul, saya memang tak ada jiwa dengan TV sangat. Kalau anda tanya pasal Ustaz Amirul pun, saya tak pernah tahu kalau rancangan tu wujud dalam dunia ni...[hahaha. sadis kan?!]

Cik P : Kau tahu tak Asyraf Muslim dah bertunang??
Cik Yan :  *blur* Asyraf Muslim??? Siapa?
Cik P : Alaaa...yang berlakon dalam Ustaz Amirul tu??
Cik Yan : *blur* errr, Ustaz Amirul??? [Siapa tu sis? Kalau Ustaz Yusuf tu i kenal la...haha]
Cik P : Arrgh, tak payah la cakap ngan kau ni. Kau bukan tengok TV pun.
Cik Yan : heeee~


Nota kaki : Tapi tipu la kalau saya kata saya tak tengok TV langsung.. =P

Thursday, May 26, 2011

Ustaz saya...

Untungnya cuti-cuti Malaysia tahun ni.
Saya dah tak payah gelabah gelabah fikir 
macam mana nak start enjin, 
nak reverse
nak balance jalan, 
tengok cermin belakang, 
tengok cermin sisi kiri, 
tengok cermin sisi kanan...
Sebab sekarang..
Saya dah ada driver tetap...
Ehem2.
Uztaz tu beb..
InsyaAllah, masuk kereta je confirm dia suruh baca doa naik kenderaan. kuat-kuat~

Perkenalkan ustaz saya..
Jeng..jeng..jeng






























Ustak Yusuf nak pergi jemaah kat surau ni. Cepat siap. Siapa lambat, tinggal!!!
Vrooommm...

Nota kaki : Ni yang buat mamayan makin tak sabar nak pi kejar kapal terbang ni. =P

Wednesday, May 25, 2011

ikim.fm

Study sambil layan radio ikim.fm [online~]....

Mengingatkan saya ketika zaman sekolah-sekolah..study dalam bilik sorang-sorang, hanya bertemankan siaran ikim.fm. Zaman dulu mana reti layan online kat laptop ni. Masa tu dengar guna radio 'bosar gabak' kepunyaan kakak sulung saya je.

Punyalah nak kata pendengar setia tu kan...sampai boleh hafal semua iklan dalam ikim.fm tu..haha [padehal, masa tu ikim.fm sangat lame kot...iklan&hadith yang sama je dia duk ulang-ulang. Tapi sekarang, alhamdulillah, dah makin bervariasi dan inovasi. ^__^]

Nostalgia beb. Sangat nostalgia~

Saya selalu dipesan, salah satu proses tazkiyyatun nafs [pembersihan jiwa] adalah dengan melakukan perkara yang boleh mengingatkan kita dengan Allah. Bukankah mendengar yang baik-baik itu juga salah satu cara untuk kita sentiasa mengingati Allah? ;)

Korang, kalau bosan-bosan study atau buat kerja tu, bolehlah layari http://www.jalinanukhuwah.com/ikim.fm/, 














p/s : Saya tak pasti kalau rancangan 'IKIM bersama FELDA' yang berkumandang setiap petang tu masih ada lagi atau tidak. haha.

Monday, May 23, 2011

1 gambar 2 cerita.

[AMARAN:Entri marahkan diri sendiri dan orang-orang yang lemah. Entri ini sangat sarkastik. Mohon maaf]

I'm tired of being what you want me to be
Feeling so faithless, lost under the surface
I don't know what you're expecting of me
Put under the pressure of walking in your shoes
Numb - LP




------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita 1

Kita harus keluar dari penjara NAFSU...
Nafsu malas, nafsu makan, nafsu tidur, nafsu maksiat dan segala jenis nafsu duniawi.
Nafsu yang tidak pernah leka memujuk kita untuk selalu tunduk dan patuh.


Kalau nafsu bekerja setiap masa memujuk rayu hati kita,
kenapa kita tidak juga berjihad setiap masa melawan serangannya?
Bukankah sebesar-besar Jihad adalah jihad melawan nafsu?
Sudah!! Sudah!
Jangan biarkan nafsu merantai hati kita lagi..


p/s : sudah agak lama saya tinggalkan zaman LP... =P
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cerita 2


Jujur, saya akui..
Saya hanyalah seorang manusia biasa...
Manusia yang punya kelemahan dan limitasi dalam sesuatu perkara.
dan kelemahan saya tidak memungkinkan saya untuk melampaui limit tersebut.
Maaf...saya tidak mampu meraikan hati anda dan semua.




Perkara paling mudah yang anda minta adalah perkara paling sukar untuk saya penuhi. 
Kerana perkara itu adalah salah satu kelemahan diri ini...

p/s: Saya tak mampu untuk jelaskan pada semua, tapi...kalau lah semua pun mengerti...=_='

Wednesday, May 18, 2011

Penantian 3 hari berfikir dalam keadaan otak yang tersangatlah 'blur',
dan persoalan itu terjawab juga akhirnya.



Yan : Awak..kite tak dapat kot nak ikut awak kot gi 'sana'...ermm.
Yam : Kenapa?
Yan : ...kite dah kira dah...kite tak cukup bajet la tahun ni. Lagipun....bla.bla.bla..
Yam : Takpelah...belum rezeki kau.
Yan : :( Nanti kat sana awak doakan kita banyak-banyak tau. 
Yam : InsyaAllah...
Yan : Jeles!
























Alhamdulillah, walaupun peluang keemasan yang sangat-sangat di tunggu ini terpaksa saya lepaskan lagi sekali. Yakinlah rezeki Allah tu Maha Luas. Kalau bukan pada perkara ini, mungkin pada perkara yang lain. ^__^

+_+

dan..tanggal 18/5/2011.
telah genaplah 3 hari berlalu.
dan penentunya adalah..adalah hari ini..
dan saya...saya masih dalam kesamaran...


























dan...arghhh! kenapa blur sangat ni??? *_*

Tuesday, May 17, 2011

1 day left.
Saya tak boleh nak fikir apa-apa. Serabut mungkin.
Sebab ada exam round Forensic & Toxicology hari Khamis ni.
eh, tapi bukan sepatutnya wanita ni multitasking ke? kui3

Tiba-tiba, doktor baru bagi tahu dalam kelas tadi.
Tarikh exam ditunda pada 21/7/2011. Yakni hari Sabtu. Bukan lagi pada hari khamis.
Oh Yeah?! Suka-suka hati je kan orang arab ni. huhu~
Baru terasa lapang sikit sesak dalam dada ni.

Balik rumah dan tidur dan terjaga.
Alamak!! ESOK HARI YANG KE-3.
dan saya masih blur...=_='
















Saya mimpi budak emo dan bolat dan buncit.errr~....tak nak la boncit?? T_T

Monday, May 16, 2011

Dilema

Masih diulit dilema.

Mahu terus merajuk membawa diri.

atau

'just follow the flow'

Masa diberi,
3 hari untuk menilai diri..
sempat ke??

http://www.emocutez.com











p/s : Dia ajak honeymoon ke suatu tempat yang paling indah di dunia. 
Kalaulah kita boleh pergi berdua sama-sama...T_T

Saturday, May 14, 2011

Satu Tubuh.

Mencapai kebahagiaan di atas kekecewaan insan lain.
Menggapai kejayaan di atas kegagalan insan lain.
Menuju ketenangan di atas kegelisahan insan lain.

Umpamanya, kita sedang mendaki puncak dengan memijak belakang pendaki yang lain.

Bukankah sepatutnya kita ini diibaratkan satu tubuh.
Sakit awak, sakitlah saya.
Bahagia awak, bahagialah saya.
Tenang awak, tenanglah saya.
dan sebaliknya?


Mungkin kita masih belum cukup berkasih sayang. 
Sampai belum terasa betapa pentingnya kebersamaan kita semua..











Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Perumpamaan orang Mukmin dalam berkasih sayang ibarat satu tubuh, jika ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuh akan demam dan kurang tidur.”
 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

p/s :
Buat awak & saya.
Marilah kita  buangkan perasaan keakuan,
dan belajar untuk hidup dengan penuh rasa kekitaan...

Wednesday, May 11, 2011

....

Aku perhati gelagat mereka.
Abu baca tulisan mereka.
Aku dengar bicara mereka.
Lalu aku diam menghadam.
Menilai banding kefahaman sesama kita
Di manakah titik perbezaannya?
Aku ingin sekali menyemai benih persamaan.








p/s: Kematangan seseorang tidak dipengaruhi berapa tua usia si dia,
mungkin ilmu & pengalaman antara penyumbang utama..

Tuesday, May 10, 2011

Green Tea.

Saya syak lepas ni makin ramailah yang mengamalkan minuman green tea
berbanding kopi, teh O, nescafe dll.
Selain mampu mengekalkan kesihatan yang baik, 
menurut beberapa kajian green tea juga turut berhasil mengurangkan berat badan. 
Yang lebih utama lagi, 
green tea tidak memerlukan sebarang penambahan gula...
Bukankah ini adalah satu langkah penjimatan yang agak baik??~ hoho.
Almaklumlah..harga gula kan dah naik..=P







p/s : Alhamdulillah, tak sia-sia saya paksa kamu minum green tea selama ni...
makin 'selim' la kita nampaknya. kui3. 
(hari ni kamu dah minum Green tea belum??? =P)

Monday, May 9, 2011

Prinsip Keseimbangan

Setiap hari yang berlalu.

Bebanan hidup sudah semakin bertambah. 

Kaki kini terasa berat mengatur melangkah.

hrmm....

mungkin dah sampai masanya untuk kurangkan berat badan...
http://www.emocutez.com













Prinsip keseimbangan hidup :

Semakin bertambah beban <=> Semakin berkurang berat badan.

Saturday, May 7, 2011

Each Tear











There's something that I want to say,
But I feel I don't know how.
Until I just can't hold it one more day,
So I think I let it out.

You're on my mind more than I may show
You're in my heart more than you may know
And the last thing that I want,
Is for you to fall apart.
Your future will be clearer,
I want you to remember.

In each tear
there's a lesson, (there's a lesson)
Makes you wiser than before (wiser)
Makes you stronger than you know (stronger)
In each tear (each tear)
Brings you closer to your dreams
No mistake, no heartbreak
Can take away what you're ment to be...


We can't change the things,
That we done, that's in our past.
But fighting won't get us anywhere,
So if you want, then here's my hand...

Every night there is one thing I do
I bow my head and I pray for you (pray for you)
And the last thing that I want (that I want)
Is for you to fall apart
Your future will be clearer
I want you to remember

In each tear
there's a lesson, (there's a lesson)
Makes you wiser than before (wiser)
Makes you stronger than you know (stronger)
In each tear (each tear)
Brings you closer to your dreams
No mistake, no heartbreak
Can take away what you're meant to be 

Each Tear-Mary J Blige








...missing the old me

Muhasabah Round Forensic & Toxicology.



Round Forensic & Toxicology kali ini benar-benar menginsafkan diri. Terasa setiap bait ilmu yang diterima sering sahaja mengingatkan saya yang kematian itu adalah pasti..dan sangat hampir dengan diri...

Subek Forensic ni kebanyakannya cerita pasal orang mati. Mula-mula lagi kitorang dah diajar tentang bagaimana hakikat mayat seorang manusia. Step2 yang berlaku dalam tubuh kita bermula dari badan mengejang sampailah kita reput dimamah ulat-ulat...dan cuba time study tu, tiba-tiba terbayang pula tubuh yang ulat-ulat tu makan adalah tubuh kita sendiri....T.T, masa tu baru terasa penangan dosa pahala, Syurga & Neraka...nasib kita..kalau mati dalam keadaan diri suci dari dosa.Alhamdulillah. Tapi kalau tetibe kita mati time tengah buat dosa? camne? tahu2 je ulat tengah nyum2 makan seluruh isi tubuh badan kita...tak sempat nak bertaubat?? waaaaaa~  Nauzubillah..T______________T [Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua.Amin..]

Makin lama belajar F&T makin rasa nak menangis. Saya tak tahu kalau saya seorang je yang perasan atau orang lain pun sama. Atau mungkin saya yang feeling terlebih...T.T

ok..fine~ masuk cerita lain.



Khamis hari tu, giliran group saya pergi ke Hospital Kecemasan Mansurah untuk ambil report kes forensic dan kes toxicology. Walaupun hanya beberapa jam bertapak di dalam Hospital Kecemasan tetapi ada beberapa perkara yang berlaku  telah memberi kesan di dalam jiwa ini.

Episod 1

Kebetulan waktu kumpulan saya sampai, ada seorang remaja perempuan berada dalam wad toxicology di bawah kes antihistamine poisoning (keracunan pil antihistamine). Remaja perempuan tersebut telah menelan pil antihistamine melebihi kadar had yang dibenarkan sehingga dia mengalami keracunan dalam badan. Waktu kitorang masuk dalam wad tu, doktor tengah buat activated charcoal treatment [kira macam rawatan untuk menyingkirkan keracunan ubat yang remaja ni telan dari badan dia la~]. Pesakit terbaring lesu ditemani seorang ahli keluarganya. Seperti biasa, ini adalah salah satu kes percubaan membunuh diri.

Sebagai seorang remaja [eceehh~] wanita, hati saya terasa sayu melihat anak remaja yang baru berusia 18tahun terbaring keletihan...Saya yang tengok pun dah rasa terseksa, si pesakit yang mengalaminya apatah lagi. Ya Allah, beban apakah yang ditanggung remaja ini sampai dia sanggup mengambil jalan yang sangat memeritkan..

Dan peristiwa ini memuhasabahkan diri agar sentiasa hidup bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri. Alhamdulillah, ujian yang saya tanggung mungkin jauh lebih kecil berbanding anak muda ini. Sehingga saya masih mampu untuk bersabar walau sering ditemani air mata mencurah. Sedangankan dia, mungkin telah mengalami tekanan hidup yang sangat mendesak sehingga dia lebih rela memilih mati berbanding terus berusaha untuk hidup.

Alhamdulillah..walhamdulillah, walhamdulillah.

Semoga Allah memberi hidayah dan memberi kekutan buat remaja ini untuk meneruskan hidupnya.

Episod 2

Lepas habis round ward disamping memenuhkan cop doktor dalam logbook, tiba-tiba doktor kitorang dapat panggilan kes seorang pesakit strangulation(kes cekik). Selaku budak-budak medic yang suka menyibuk, kitorng pun sibuk la nak mengendeng-ngendeng ikut doktor pi tengok kes tu dalam ER (bilik kecemasan). Bila kaki saya melangkah masuk je dalam bilik tu, saya melihat kelibat seorang kanak-kanak terbaring tidak bermaya di atas katil. Agak terkejut juga waktu tu. Yelah, saya ingatkan orang dewasa, rupanya kanak-kanak dalam linkungan usia setahun mungkin. Ibu mangsa yang ditempatkan di dalam bilik menunggu sedang menangis kebimbangan, hanya ayah dan pakcik sedara mangsa [i guess~] yang turut berada dalam ER tu. Masih berdiri di sudut katil berdoa agar anaknya yang sudah pucat kebiruan itu kembali sedar memberi respon.

Suasana dalam bilik cukup tegang. Beberapa orang doktor masih cuba melakukan CPR ke atas anak kecil itu. Namun setelah beberapa minit berlalu, mangsa masih gagal memberi sebarang respon...dan akhirnya doktor terpaksa memberhentikan usaha mereka lalu mengesahkan kematian mangsa. "Inalillahi wainnailaihi rajiun." saya berbisik dalam hati.

Ayah mangsa terus meraung meratap kematian anak keciknya. dan apabila dibuka pintu bilik menunggu, doktor memangil si ibu untuk menatap wajah anaknya buat kali terakhir...berlari kecil lah si ibu mememeluk tubuh anaknya di atas katil. Wajah anak itu sudah basah dengan air mata si ibu yang tak berhenti-henti bercucuran. Sesekali si ibu mencium anaknya...bibirnya tidak berhenti menyeru-nyeru si anak mengharap panggilannya disahut.. "Ya ibni...ya ibni..yallah..ya ibni...Allah...Allahh..ya ibni..ya habibi..ya ibni"

Airmata saya bergenang...tapi masih mampu ditahan. Hati siapa yang tak luluh melihat sayu seorang ibu meratap pemergian anaknya tiba-tiba tak tersangka.. Akhirnya, cepat-cepat saya melangkah keluar dari bilik. Takut-takut saya pun meraung sama dalam bilik tu. Syahdu kot~~~

Rupanya itu bukan kes mati dikecik, menurut doktor ini adalah salah satu kes pembunuhan di mana mangsa digantung sehingga mati. Waktu ahli keluarga mangsa membawanya ke hospital pun mangsa sudah berada dalam keadaan cardiac arrest...dan doktor memang tak boleh nak buat-apa-apa lagi sebenarnya..

Ya Allah...sekali lagi hati saya terusik. Anak kecil yang masih tidak berdosa diperlakukan sedahsyat itu...kejam sangat tau!! T___________T.

Berbahagialah anak itu di Syurga.

* ya ibni = wahai anakku..
*ya habibi = wahai sayangku.
-------------------------------------------------------------------------

Kedua-dua peristiwa ini semakin meyakinkan diri bahawa ajal dan maut itu sentiasa di tangan Allah. Walau kita mencuba pelbagai cara untuk mati tetapi jika Allah menetapkan belum sampai waktu ajal kita, bermakna kita akan tetap bernafas bernyawa. Tapi kalau Allah kata matilah si fulan maka mati lah si fulan itu. Tanpa mengira masa, usia, jantina, pangkat, darjat..walau siapapun kita...seperti yang telah Allah takdirkan waktunya, ajal kita akan tetap tiba tanpa terawal atau terlewat walau sesaat pun.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati....
[3:185] 
dan kematian itu adalah pasti.

Namun, adakah kita telah benar-benar bersedia untuk berhadapat dengan ajal kita atau masih leka diulit bahagianya syurga dunia? 
Apakah amalan kita kini sudah cukup banyak sehingga mampu memberatkan timbangan kita di akhirat kelak?
Apakah buku kebaikan kita sudah penuh untuk dipersembahkan dihadapan Allah? 
Adakah sahabat baik kita sudah diperhiasakan indah untuk menemani kita di dalam kubur nanti? 
Apakah kita yakin, kaki ini bakal melangkah ke 
SYURGA atau NERAKA???

"Ya Allah, jadikan kami tetamu SyurgaMU Ya Allah"








....ada rasa berdebar tak nak selak buku forensic???...silalah rasa berdebar...silalah~

p/s : saya masih belajar untuk cuba menerangkan bahasa medical ke dalam bahasa ibunda kita...jadi saya mohon maaf kalau istilah yang digunakan dalam bahasa melayu jauh tersasar dari makna sebenar.=P

Wednesday, May 4, 2011

blur

DOP SERO??
KETGI??

Apakah maksud perkataan-perkataan dia atas??

haaiishhh~ awok ni bukannye paham bebeno benda2 yang kome cakap ni.
Sape paham, sila angkat tangan macam saya~~~~ =P

Minta maaf la..saya ni, loghat  nogoghi sombilan pun tak lopeh2 laie...
Apatah lagi bahasa negeri yang lain. 
Bahasa Arab lebih-lebih lagi.
*sadis2*
T.T


Tapi sebenarnya,
Penting juga untuk kita belajar bahasa selain dari bahasa lidah kita.
Bila fasih banyak bahasa,
Lebih mudah untuk kita masuk dalam sesuatu kelompok.
Lebih mudah untuk kita dapatkan tarbiyah.
Lebih mudah untuk kita sampaikan tarbiyah.

Dakwah kita bukan khusus untuk orang senegeri je kan? ;)


Mungkin inilah sebahagian tanda kekuasaan Allah, seperti mana dalam firmannya;






  • Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui. (QS. 30:22)

  • Fatrah Alam Baru




    Memandangkan cuti sekolah bakal menjelma tidak lama lagi,
    bermakna pesta kenduri kahwin juga akan bermula.
    Nasi minyak! Nasi minyak! Nasi minyak~
    Hoooreeey!!!!
    http://www.emocutez.com
    Ramai yang dah mula post undangan perkahwinan kat blog, FB dan lain-lain.
    Tahniah wa mubarak 3alaikum.
    Saya doakan sahabat-sahabat yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi,
    semoga rumah tangga kalian sentiasa dalam Rahmah Ilahi.
    Jadikan perkahwinan ini wasilah kita menuju Syurga ukhrawi. 




    Yam : Laa...nape pengantin perempuan tu muka sedih?
    Yan : eerrkkk~

    Monday, May 2, 2011

    Mohon doa~

    JADUAL PEPERIKSAAN TAHUN 4 KONVENSIONAL 10/11

    FORENSIC AND TOXICOLOGY
    1
    END ROUND EXAM (mcq)
    19/5/2011
    KHAMIS

    2
    PRAKTICAL EXAM
    27/5/2011
    JUMAAT


    PUBLIC HEALTH AND COMMUNITY MEDICINE 
    1
    ESSAY PAPER 1
    15/6/2011
    RABU
    10 PAGI
    2
    ESSAY PAPER 2
    18/6/2011
    SABTU
    10 PAGI
    3
    MCQ
    19/6/2011
    AHAD
    2 PTG
    4
    ORAL
    23/6/2011
    KHAMIS
    8 PAGI

    ENT 
    1
    ESSAY
    29/6/2011
    RABU
    10 PAGI
    2
    ORAL AND CLINICAL
    2/7/2011
    SABTU
    8 PAGI

    OPHTALMOLOGY
    1
    ESSAY
    12/7/2011
    SELASA
    10 PAGI
    2
    ORAL AND CLINICAL
    14/7/2011
    KHAMIS
    8 PAGI

    FORENSIC AND TOXICOLOGY
    1
    ESSAY PAPER 1
    21/7/2011
    KHAMIS
    10 PAGI
    2
    ESSAY PAPER 2
    26/7/2011
    SELASA
    10 PAGI
    3
    ORAL
    27/7/2011
    RABU
    8 PAGI




    Harap-harap jadual ni fix..tak tukar-rukar sampai 5-6 kali macam tahun lepas. 
    Saya harap tahun ni Universiti Mansurah lebih sistematik. 
    Saya harap doktor baik hati bagi soalan mudah2 yang kitorang semua boleh jawab.

    Tolong doakan saya..
    Bila tengok jadual final je mula la rasa nak gi usha tiket flight. T-T . 
    Hey! Budak2 montel, here mamayan come! 
    [sabau la kak. bawa2 bersabau!]