Pages

Tuesday, September 20, 2011

2bulan21hari


Sudah dua bulan saya biarkan blog ini diam menyepi.
Mohon maaf kepada anda yang rajin menjenguk ternanti-nantikan entri baru. Bukan tiada masa cuma hilang semua idea. Aish, sejak dah kahwin ni macam dah tak reti pula nak tulis jiwang-jiwang dalam blog lagi. haha~

Alhamdulillah, masuk hari ini sudah sebulan 21 hari saya bergelar suri di hati seorang Ariff.
Sejak 30 Julai lalu kehidupan saya berubah. Segalanya asing & baru.
Suasana yang baru, teman baru, ahli keluarga baru, tanggungjawab baru, pengalaman baru...
Jujur, walaupun saya masih kekok sehingga hari ini namum pengalaman yang saya temui hari demi hari semakin membuat diri saya rasa teruja untuk meneroka alam rumahtangga kami. Nak tahu rasa dia macam mana, cuba lah sendiri~ hehe. =)

Apa-apa pun, jutaan terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu saya menjayakan majlis kami, menyokong dan tidak putus-putus memberi kata-kata semangat untuk terus menjadi kuat. Kepada kalian yang adir ke majlis kami & juga yang mendoakan kami, terima kasih banyak-banyak. Moga Allah membalas segala amal kebaikan yang kalian lakukan. Amin. ^_____^

No comments: