Pages

Friday, January 6, 2012

Korban

Tanggungjawab menuntut pengorbanan.
Pengorbanan yang bukan calang-calang mudahnya.
Masa, tenaga, harta, perasaan, sahabat juga keluarga tercinta.
Terkadang hanya air mata mampu menterjemah betapa peritnya menelan rasa.

Jalan yang dipilih terus menuju kehadapan.
Tanpa memberi sedikitpun peluang untuk berpatah arah.
Ada juga sesekali diri diuji dengan jalan bersimpang dua.
Keliru! Harus memilih yang mana satu.
Kiri atau kanan. Yang pasti berbeza pengakhiran.
Bila malam menjelma, cahaya kian suram, jalan semakin kelam.
Langkah terhenti seketika. Meraba-raba di dalam kegelapan.
Hanya mampu berdoa agar Sang Pencipta bulan datang memberi bantuan cahaya.
Ahh..jiwa yang lemah ini selalu hampir saja ingin berputus asa.
Aku...aku buntu dipertengahan jalan.
Tersembam...menangis sendirian.

Boleh tak nak minta pintu suka-hati Doraemon, pasti saya bisa melangkah kemana-mana tanpa perlu mengorbankan masa, tenaga, harta, perasaan, sahabat mahupun keluarga tercinta.

Tanggungjawab kita mungkin tidak sama...
Pengorbanan juga pastinya juga berbeza...
Namun...pujukan buat diri.
Bersabarlah. Bersyukurlah.
Kerna tanggungjawab ini anugerah Allah.
Pengorbanan ini adalah hadiah.
Yang dicipta istimewa buat jiwa-jiwa yang kuat untuk menggalasnya.
Ya bergembiralah. Kerana Allah memilih kita sebagai insan yang berjiwa kuat itu.

Cuma yang membezakan pengorbanan kita...adalah,
Hanya dari jiwa yang ikhlas kerana Allah akan membuahkan hasil yang terbaik.
Yang akhirnya bisa dinikmati oleh seisi buana.

Nota kaki : Semoga Allah membalas segala pengorbanan yang digalas oleh jiwa-jiwa kuat ini dengan tiket masuk percuma ke Syurga. Waaaaahhh~ *mata jernih bersinar-sinar*

2 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

ameen..
PASTInya sgala pngrbanan yg btl2 ikhlas akn dbalas oleh sang PENCIPTA.. (^_^)

AriZ said...

Amin, InsyaAllah.