Pages

Monday, July 30, 2012

Ulang Tahun Pertama.



30 Julai 2011

Segala puji bagi Allah atas segala percaturan yang telah Dia tetapkan.
Setelah sekian lama tertanya-tanya siapa gerangannya,
Alhamdulillah...
Tanggal 30 Julai 2011, merungkai segala persoalan.

Maha suci Allah,
Membolak balikkan hati manusia, sebuah perancangan yang tiada tandingan.

Buat seorang lelaki yang tidak pernah terlintas di hati ini untuk dijadikan suami,
Rupanya kini, dialah lelaki yang menggenggam erat tanganku, mengatur langkah bersama menuju jalan ke Syurga.

Terima kasih Ya Allah meminjamkanku seorang lelaki biasa namun seorang suami yang luar biasa demi melengkapi hidup sebagai seorang isteri.

Terima kasih mama & abah kerana memberi kepercayaan untuk melepaskan anak manja ini melayar bahtera, mencorak warna pelangi, merencah rasa keluarga kecil sendiri.

Terima kasih umi (ibu mertua) kerana sudi berkongsikan kasih dan sayang dari seorang lelaki yang sama. Walau kadang hati kita berbelah bahagi, mencuri-curi masa si dia untuk diluangkan bersama kita.

Terima kasih adik beradik kami dan keluarga terdekat yang telah banyak mencurah tenaga, memberi sokongan luaran dan dalaman, ikhlas menghulur bantuan sejak ikatan ini masih di dalam perancangan hinggalah ke hari ini.

Terima kasih para sahabat yang tidak putus-putus menghadiahkan doa juga berkongsi rasa gembira bersama.

Alhamdulillah... Setahun telah berlalu. Moga langkah kaki ini lebih baik dari dulu.

Hari ini bukan sekadar bukti termetrainya dua hati, namun suka untuk saya ingatkan diri sendiri, bahawa hari ini adalah hari untuk saya bersyukur atas segala nikmat berkeluarga yang telah saya kecapi hari ini.

Hari ini adalah hari untuk saya berterima kasih kepada semua yang terlibat di dalam setiap episod cerita kami. 

Hari ini adalah hari untuk saya mengingati..bahawa, walau siapa pun saya hari ini, saya tetap hanyalah seorang suri di sisi Encik Suami.


Sungguh, setahun adalah usia yang terlalu mentah bagi kami menyusuri perjalanan hidup berumahtangga. Moga bahtera kami terus utuh sepanjang pelayaran. Biarpun adakalanya taufan melanda, sesekali bergoyang dihempas ombak kencang. Moga berkat doa-doa kalian menjadi pelindung sepanjang permusafiran kami membawa keluarga berlayar ke Syurga.

Moga Allah merahmati hubungan ini. Moga Allah mengekalkan rasa cinta dalam hati-hati kami keranaNya.
Moga Allah mencurahkan cahaya hidayah, sakinah, mawaddah dan Rahmah ke atas Keluarga Kecil Kita. ^^


3 comments:

nis~ said...

yannn!! hihi~happy 1st aniversary for both of u~~ smoga bahagiaaa selaluuu...insyaAllah ur nasihah n experience mashaAlah moga sentiasa kep in my mind. xsabar nk rasa bahagia like u!! hehe. semoga ur family sentiasa di dlm rahmatNya..ameen~ ^^v

love u lots,anisezzah zahidi <3

محمد حذوان بن حميدان said...

wah..x sgke dah stahun ust ariff dan k.izyan brkhwin.. pntas msa brlalu.. pstinya msa itu sgt LAMA bg antuma brdue.. mga trus kekal dlm rhmat allah hgga ke syurga..ameen

Awananology Studio said...

Allahu AKhbar.... Semoga terus bahagia, thabat dan istiqamah dalam menghadapi badai dan taufan yang cuba menenggelamkan bahtera rumahtangga antum...