“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang suka membersihkan diri.”(QS. Al Baqarah: 222)
Wahai jiwa-jiwa yang merindui Tuhanmu...Ayuh, kembalikan jiwa itu kepadaNya.
Bersihkan, sucikan, serahkan...
Saya tahu, awak rasa sesak dengan noda-noda dosa yang membelenggu...
Dan sekarang sudah terasa ada satu getaran menyeru-nyeru namamu?
Pergilah menyahut seruan itu...
Kerna Allah sedang membuka peluang lagi buatmu.
Ayuh...mulakan langkah...langkah menuju Syurga.
Pesan seorang ukhti...jika pernah terdetik sekali dalam hati untuk bertaubat atau melakukan sesuatu kebaikan kerana Allah, terus bertindak. Jangan tangguh-tangguh, mungkin itu petanda dari Allah agar kita semakin dekat denganNya. Sebab kita tak tahu bila lagi Allah akan beri peluang istimewa sebegitu.
Sebuah lagu nostalgia yang saya kira tiada lagi anak remaja sudi menadah telinga mendengarnya. Mungkin insan yang membesar di era 90-an seperti saya ini masih saja setia melayan irama lama.
Saya bukanlah peminat rock kapak, tangkap leleh dan seangkatan dengannya, namun saya merasakan bait-bait lagu zaman dulu-dulu penuh dengan ungkapan tersirat. Cantik sungguh susun, kias, bahasanya.
Lagu ini antara lagu yang saya rasakan bersifat 'kenasyidan' lebih dari sebuah nasyid. Lagu cinta yang lebih terasa getaran CINTA padaNYA berbanding lagu cinta cintun di zaman ini. Sekadar cinta si dunia. *alahai~* Dari Kekasih Kepada Kekasih -Hattan
Entah berapa kali Kucuba membohong hati ku ini Hebat dilanda Rindu padaMu Namun semua alasan Rapuh bagaikan awan berarak Yang memang tidak pernah abadi Dan terlalu cepatnya berlalu Pabila di giring angin Dan mudah pula layu Selepas ia melimpahkan Titis-titis ehsan
Kini hatiku sangat terdesak Untuk memilikiMu Agar bisa aku meneruskan Sisa-sisa hidupku ini Seperti manusia yang punya kekasih Yang punya kekasih
Nota kaki : Di sini saya sertakan satu link berkaitan TAUBAT (sila klik) yang sangat best bagi sesiapa yang masih tercari-cari erti taubat seorang hamba. *TT.TT*
Lumrah alam...
Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan.
Setiap butang 'call', pasti ada butang 'end call'.
Tapi..tapi...kenapa mesti ada si merah 'end call' itu???
Nota kaki : Rupanya menamatkan talian tidaklah semudah sekadar menekan satu butang merah. *bertabah~*
Eh..eh.bagaimana pula talian kita dengan Allah. Sila jaga kelancaran hubungan ini baik-baik sementara talian antara kita dengan Allah masih bersambungan. Jangan biar sampai terputus atau lagi parah kita yang memutuskan. *nauzubillah* Saya tak nak menyesal kat akhirat. Awak pun mesti tak nak kan?? kan?*muhasah mood*
Suatu masa dulu...di dalam sebuah kereta, ada sepasang suami isteri sedang bersembang-sembang...
Isteri : Eh, best juga kan kalau bi dapat posting Kelantan. Suami : Hmmm...Kenapa?
Isteri : Nanti boleh shopping baju, tudung, skirt, makanan...kawan Izz cakap kat Kelantan semua murah-muraaaaah.. Boleh la shopping tiap-tiap minggu. waaaahhh *mata bersinar-sinar sambil berangan* Suami : Err...ingatkan Izz nak cakap sebab ada banyak kuliah agama ke, ceramah-ceramah ke, tok guru ke apa tadi.
Isteri : heeeee~ (^^)v *senyum malu-malu kambing.*
Nota kaki : Sembang petang suami isteri buat secangkir memori.
Sudah lama ruang itu terbiar kosong.
Fikirku, setelah kaki melangkah ke alam baru nanti akan terisilah jua.
Sehari, dua hari,...
Seminggu, dua minggu...
Sebulan, dua bulan...
Setahun, dua tahun...
Tik..tok..tik..tok..
Detik demi detik,
Musim bergantian...
Sejuk, bunga, panas, luruh...
Namun,
Ruang itu masih kosong.
Warna warni bunga cinta hanya terhias indah di ruang halaman sahaja.
Cahaya pelangi sang bahagia tidak cukup untuk sampai menyinari ruang kelam itu.
Suram...
Ruang kosong ini harus diisi. Tapi harus bagaimana??
Nota kaki : Cinta manusia hanya sekadar merawat luka luaran sahaja. Tidak langsung bisa menyembuhkan barah yang dalam.