Pages

Saturday, January 23, 2010

Hanya Satu

Hanya satu pintaku
Tuk memandang langit biru
Dalam dekap seorang ibu
Hanya satu pintaku
Tuk bercanda dan tertawa
Di pangkuan seorang ayah
Apabila ini
Hanya sebuah mimpi
Ku selalu berharap
dan tak pernah terbangun
Hanya satu pintaku
Tuk memandang langit biru
Di pangkuan ayah dan ibu
Apabila ini
Hanya sebuah mimpi
Ku selalu berharap
dan tak pernah terbangun
Hanya satu pintaku
Tuk memandang langit biru
Dalam dekap ayah dan ibu


Walaupun usia kita semakin menginjak dewasa…
Walau kita sentiasa dikelilingi teman yang datang silih berganti…
Walau kita sudah memiliki bahagia disamping insan tersayang…
Namun, ada ketikanya…dengan tiba-tiba...
Terdetik rasa rindu yang amat sangat pada belaian seorang ibu…
Ada masanya, kita terlalu mendambakan dakapan seorang ayah…

Sayangnya…
Waktu itu…kita tak mampu untuk mendapatkan belaian dan dakapan mereka…
Mungkin kerana jarak dan masa kita yang bebeza…
atau mungkin alam kita dan mereka kini tidak lagi sama…
....T_T....
Berdolah untuk mereka...
Moga doa kita menjadi pengikat rindu dan kasih kita pada mereka...
Moga dengan doa kita yang sekerat cuma itu...
akan terdetik pada hati mereka untuk terus mendoakan kita...
Ingat, doa ibu bapa adalah tangkal buat seorang anak...
----------------------------------------------------------------------------
Pernah suatu masa, saya sms mama mengadu saya tiba-tiba rasa sedih dan rindu yang amat sangat…dan sms yang mama balas kemudiaannya membuat air mata saya mengalir macam empangan pecah…rasa menyesal dan sebal kerana menghantar sms yang agak manja dan mengada-ngada tu pada mama…
Seperti biasa, mama memujuk agar saya terus kuat dan bertahan…namun, di akhir ayatnya, mama juga meluahkan betapa dia juga terlalu rindu pada kami adik beradik…
Rupa-rupanya, serindu-rindu kita pada mereka, mereka lebih lagi rasa rindu pada kita…Malah mungkin hati mereka lebih sakit dek melihatkan rumah yang selama ini riuh denga suara kita, kini menjadi sunyi dan sepi hanya tinggal mereka berdua…siapa pun tak akan mengerti perasaan itu~
Sementara kita masih punya masa…sebelum terlambat...gembirakanlah hati mereka.. Luangkanlah masa kepada mereka walau kita hanya mampu bertanyakan khabar mereka disebalik corong telefon…
Moga kita semua menjadi anak yang soleh...agar kelak, doa kita buat ibu bapa kita dimakbulkan Allah...kerana, ada 3 perkara yang akan dibawa seseorang itu ketika mati; Amal ibadah, sedeqah jariah, doa anak-anak yang soleh.

p/s: yer!!! saya memang budak ‘homesick’...

1 comment:

narnil said...

wuuutwuuut
rndu dorang gak..
rndu nk gather ramai2 satu family..
cepatlaa awk balik thn ni ekk :)
insyaAllah :) kami kat sini semua doakan yg terbaik utk awk..