Sunday, October 23, 2011

Diari

Alhamdulillah, saya sudah melangkah setapak ke hadapan dalam meniti hari-hari bergelar seorang doktor. Atas segala nikmat Allah, saya sudah berada di tahun 5 pengajian.


Pelajaran dirasakan makin seronok. Sebab ada pesakit dan boleh buat eksperimen terus ke atas pesakit. Kalau sebelum ni belajar atas buku je. Faham & hafal & lupa balik~ =P Tapi tahun ni buat kami lebih terasa aura seorang doktor semakin memancar-mancar ke dalam diri. Ecewwaah! Lebih-lebih lagi bila dapat masuk ward pakai lab coat dengan stethoscope tergantung kat leher/dalam poket. dan bila pesakit panggil "ya dukturah"...alaaahaii, cair beb~ Muehehe.

Walaubagaimanapun, lumrah alam, semakin bertambah usia semakin bertambah tanggungjawab yang harus dipikul. Bila segala amanah bermain lumba lari dengan masa kadang buat saya semput mengejar semuanya. Kelas, tusyen, kelas bahasa, suami, ulangkaji, usrah, program, kawan-kawan dan lain-lain yang semuanya meminta-minta perhatian khusus, maka selalunya adakalanya saya tumbang atas katil jua. =_='

Apa-apa pun, Alhamdulillah atas segala amanah yang Allah pikulkan ke atas diri ini. Tanpa amanah-amanah hidup ini mungkin saya akan sama tergolong sebagai salah serang manusia yang terus lalai & leka dengan keseronokan hiburan dan dunia. Terima kasih Ya Allah *gaya tok mak*

Anda bagaimana? Tahun 4 kan tahun honeymoon~ ^_~

Dah lama tak menulis diari harian. Mesti rasa macam poyo je kan sebab asyik update cerita suami-isteri. Huhu~ Rilek la kak, orang lain pun kahwin juga~ =P


No comments: