Pages

Thursday, October 27, 2011

Pesan Pesanan

Sebaik sahaja saya mengumumkan tarikh pernikahan saya 3 bulan yang lalu, ramai yang mengucapkan tahniah, mendoakan juga turut berkongsi nasihat. *terharu*

Namun, di hati ini sering terngiang-ngiang akan pesanan dari dua orang senior saya (mereka sudah dulu makan garam. =P)

Ruqayyah : Perkahwinan ini formulanya SABAR. Jadi nak tak nak memang kita kena banyak-banyak SABAR, SABAR dan teruskan BERSABAR. :)

Kak Aqilah : Macam mana kita nak kekalkan hubungan baik & cinta antara kita dengan suami sejak mula pernikahan sampai ke Syurga? Satu je. Kekalkan hubungan baik & cinta kita dengan Allah. Kalau untuk diri akak, walau sibuk macam mana pun, akan akan make sure untuk cuba selesaikan mutabaah amal. Macam solat jemaah, solat sunat, puasa, sedeqah, maathurat, zikir dan lain-lain tu..cuba juga sebaik mungkin untuk laksanakan walaupun kadang kita tak sempat pun nak buat semuanya. Yelah, bila tanggungjawab lebih banyak dari masa...kadang, amalan-amalan kecil tu kita tak mampu pun nak buat pun. Tapi kita sebagai isteri terutamanya kena kuatkan diri juga untuk buat. Kerana amalan-amalan itu lah yang akan menjadi bekalan kita untuk terus kekal kuat bertahan merempuh alam baru ini. Jangan pula nanti diri kita menjadi asbab yang menyebabkan suami kita lalai & leka. 


Kadang saya ingat tetapi banyak kali juga saya terlupa. T___T
Tolong ingatkan saya bila lalai atau melalaikan anda. Tolong tiup angin semangat supaya saya tak terus terleka dan melekan anda dengan keindahan Syurga Dunia yang sementara ini.
*muhasabah2! Peringatan untuk anda yang bujang juga!! =P*

2 comments:

Awananology Studio said...

YUP! Sememangnya peringatan utk saya yg masih bujang... :)

AriZ said...

haaa...memang sangat sesuai la tu untuk kamu.