Friday, October 14, 2011

Doaku untukmu.



Sejak dulu lagi mama&abah dah pesan kahwin pisah-pisah ni susah. Bukan susah sikit-sikit. Susah banyak-banyak. Tapi sebab anak ketiga mama&abah ni gene degil dia melekat kuat sikit, maka bersungguh sungguh meyakinkan mama&abah bahawa anak mama&abah ni SANGGUP! dan MAMPU!

Tapi baru seminggu berlalu...Allahu Rabbi...T-T *tsk.tsk.tsk*

Alhamdulillah, Allah meminjamkan saya seorang suami yang kuat jiwanya demi memujuk diri ini agar kuat dan sabar bersama. ^_______^

Dan bila dikenang kembali, ada hikmah Allah takdirkan perkahwinan kami berbeza dari fitrah dunia rumah tangga insan biasa.

Kerna jarak ini semakin mendekatkan hati kami.
Kerna perbezaan waktu mengajar kami erti sebenar rindu.
Kerna pengorbanan ini menambah darjat kesabaran bersama.
Kerna perpisahan ini membuatkan kami untuk sentiasa mengharap dan mengadu pada Ilahi.

Moga segala yang kita lalui ini hanyalah ujian kecil sebelum melangkah ke Syurga nanti.
Uhibbuka fillah~ ^_^

2 comments:

Tinta Al-Murabbi said...

Ya Allah~ Kau dekatkan lah hati2 kami, Ya Allah~ Kau tautkan lah hati2 kami, Ya Allah~ Kau tegarkanlah hati2 kami untuk terus mencintai..

Allahumma Ameen.

queriz said...

Ameeen.