Pages

Friday, March 30, 2012

Hormat

Bismillahirahmanirrahim.

Sebuah cerita lama.

Suatu masa dahulu, sewaktu saya darjah 2, saya pernah diherdik seorang guru, hanya kerana tersalah menulis angka lapan (8). Cikgu X memanggil saya ke depan untuk menulis angka lapan di hadapan semua pelajar. Lalu saya menulisnya.

Nombor lapan yang salah di atas adalah sama seperti nombor lapan yang saya tulis di atas papan hitam kelas 2 Umar, pada tahun 1996 dulu.

Bukan!! Tulis yang macam ni Izyan! 

Cikgu X megherdik saya di hadapan semua rakan kelas sambil jari telunjukkan menunjukkan kesilapan tulisan tangan saya di dalam buku tulis tersebut.

Saya menulis angka lapan silap itu perlahan-lahan di atas papan hitam.

Besar sikit. Tak nampak. Bagi semua orang tengok apa yang enti tulis~

Jelas dan tinggi suaranya. Seisi kelas terdiam melihat saya disindir Cikgu X.

Ni apa ni? Kon aiskrim?

Saya tidak mampu meneruskan. Saya hanya tunduk di hadapannya. Lalu guru tersebut menyerahkan buku tulis saya lantas mengarahkan saya untuk duduk semula.

Saya bungkam menahan perasaan.

Waktu rehat itu saya tidak ke kantin seperti rakan yang lain, tetapi hanya duduk di sebalik dinding kelas lalu menangis. Mujur, kakak kedua saya datang memujuk. Sambil menghulurkan roti sandwich, dia mengajar saya menulis angka lapan perlahan-lahan.

Saya tak menangis sebab dimarahi oleh Cikgu X atas kesilapan saya. Saya akui salah saya, tidak belajar menulis angka lapan betul-betul. *ha kau! siapa suruh ponteng tadika dulu. Kan dah!* Tapi saya menangis sebab malu. Malu diherdik guru tersebut dihadapan semua rakan-rakan saya. Padehal, saya tersalah tulis je pun. Susah sangat ke nak ajar budak 7 tahun tu menulis betul-betul. Kalau nak rotan sekalipun tak mengapalah. Asal jangan sampai nak malukan saya depan orang kawan-kawan. Nombor lapan je kot~ *eh!eh! ter'emo' sebentar~*

Kesan dari peristiwa itu, saya sangat benci subjek Matematik. BENCI! Malah saya pernah gagal dalam matematik tambahan sewaktu peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4. *ha.ha.ha. Gelak jahat* Alhamdulillah, Allah beri sedikit kesedaran, akhirnya saya hanya betul-betul menguasai Matematik Tambahan hanya 5 bulan sebelum menjelang peperiksaaan SPM. Kerja gila bukan! Fiuh~ *kesat peluh di dahi*

Kadang saya terfikir, kan lebih elok kalau cikgu tersebut ajar saya menulis angka lapan betul-betul tanpa perlu dimalukan sedemikian rupa. Mungkin saya sekarang, antara salah seorang rakyat genius matematik di Malaysia. *errr! melampau la plak budak ni~*

Bukan saya nak kata anak murid itu perlu dimanjakan, malah saya sangat setuju dengan guru yang tegas dalam menjalani tugasnya. Tetapi tegas seorang guru membetulkan kesilapan anak kecil itu biarlah kena caranya. Seperti mana seorang guru meminta diri dihormati anak muridnya, begitu juga sebaliknya. Anak-anak murid juga ada perasaan untuk dihormati. Walaupun hanyalah seorang anak hingusan. Kerana kesannya sungguh besar terhadapat diri anak tersebut. Kesan dalam perkembangan sosial, psychology dan keyakinan dalam diri anak-anak untuk membentuk masa depan dirinya. *Jangan main-main beb~*

Nota tambahan : Pengalaman dimalukan oleh cikgu X ini bukan saya seorang je yang pernah kena. Ada juga beberapa rakan lain senasib dengan saya. Di malukan hanya kerana kesilapan kecil. T-T *tsk.tsk.tsk*
Namun, walau apa pun, saya tetap berterima kasih kepada Cikgu X kerana akhirnya sehingga sekarang saya bisa menulis angka lapan bulat-bulat. Tiada lagi kon aiskrim dalam buku-buku tulisan Matematik saya. hehe.

Motif

Kalau kita seorang anak, maka hormatilah kedua ibu bapa kita.
Walaupun kita seorang ibu@bapa, maka hormatilah anak-anak kita.
Kalau kita seorang bijak sana maka maka hormatilah si bodoh yang datang kepada kita.
Kalau kita seorang yang kaya, maka hormatilah si miskin yang meminta pada kita.
Kalau kita seorang murid, maka hormati guru-guru kita.
Walaupun kita seorang guru, maka hormatilah anak murid kita.
Kalau kita seorang pesakit, maka hormatilah doktor yang merawat kita.
Walaupun kita seorang doktor, maka hormatilah pesakit-pesakit kita.
Kalau kita seorang pekerja, maka hormati bos yang mengetuai kerja kita.
Walaupun kita seorang bos, maka hormatilah pekerja yang berkhidmat bersama kita.
Kalau kita seorang isteri, maka hormatilah suami kita sebaiknya.
Walaupun kita seorang suami, maka hormatilah isteri kita.
Kalau kita seorang rakyat, maka hormatilah pemimpin kita.
Walaupun kita seorang pemimpin, maka hormatilah juga rakyat kita.

Walau siapa pun diri kita di dunia ini...
Ingatlah bahawa setiap makluk Allah di sekeliling kita ada hak untuk dihormati.

3 comments:

Cik Doktor to be said...

kak yan, blog kiter same warne ~lalala ~ hehe ^.^

ummu yusuf said...

yan, angah tak tahu plak angah pnah ajar awak tulis angka 8...hehehe

AriZ said...

nurin : haah laa..huhu~ suweet!

ummu yusuf : memang la. sebab benda ni bukan sejarah awak. haha