Pages

Friday, October 14, 2011

Bukti


Ada suatu hari saya dan encik suami meronggeng-ronggeng di sebuah pasaraya di Seremban. Seperti biasalah orang perempuan ni memang pantang kalau terserempak dengan kedai baju, tudung, kasut, handbag dan sebagainya. Kejap-kejap minta 'stop' nak menyinggah. Sampai satu kedai baju ni, saya pun duk belek-belek la baju dengan encik suami. Pilih-pilih mana yang berkenan lalu terus ke bilik mencuba pakaian. Keluar-keluar je dari pilik persalinan encik suami sudah menghilang. *Kasihan encik suami, bosan lah tu tunggu lama-lama. huhu~*

Saya pun tanyalah kat tuan kedai tu.
Izyan : "Kak, mana suami saya eh? Handbag saya ada kat dia. hehe~"
Tuan kedai : "Laaahhh, suami ke? Ingat pakwe makwe...korang ni muda lagi."
Izyan : "haha..mestilah suami akak. Mana boleh pakwa makwe ni. hehe."


Nota kaki : Amaran kepada anda yang telah selamat bernikah, lepas ni kalau nak ke mana-mana sila jangan tinggalkan sijil nikah dalam kereta ek . Bukti penting tu. Membezakan antara kita yang halal dengan yang haram~ =P



7 comments:

Azura Yasin said...

awww! harap saya tak perlu menunggu terlalu lama.
hahahah

AriZ said...

amin...nanti ada apa2 kongsi2 la yer.huhu~

Tinta Al-Murabbi said...

hmm..did dis mean im lookin much younger than you?muahaha~~ =P

AriZ said...

alaa...tu sebab tukar spek baru je. =P

ummu dalyla said...

hehe..kalau kitorang, orang igt adik beradik ^_^

AriZ said...

haha. ada juga orang ingat kitorng adik beradik. Cuma yang tak best nya dia ingat yan kakak Ariff! huh~ +_+'

Tinta Al-Murabbi said...

see~ hi kakak yan =P