Monday, December 19, 2011

5 Sebab Kenapa Saya Rahsiakan...

Semoga apa yang saya tulis pada hari ini sampai manfaatnya kepada pembaca. ^_^

Sebulan sebelum tarikh pernikahan, Saya telah bercadang untuk buat jamuan makan kecil-kecilan dengan semua ahli rumah. Adalah masak special sikit dan ajak mereka untuk makan bersama. Memandangkan kami semakin jarang berkumpul, dan alasan saya teringin nak berkumpul sama-sama maka waktu itu tiada siapa pun mengesyaki sesuatu. *Jeng-jeng* Rindu la kononnya. *Eh! Memang pun.*

Seusai makan dan bergelak tawa, saya tiba-tiba bernada serius...

"Korang..kita nak buat pengumuman sikit..." *muka dah start blushing dah time ni*

Mereka memandang pelik. Lantas ada yang mengusik. "Pengumuman nak kahwin ke yan?"

*Ok, pipi dah merah...*

"Haah..InsyaAllah kita akan nikah 30Julai ni.."

"HAaaaaa???!!! APAAA??!!" Ok, Mereka semua terperanjat, terdiam, dan terkedu. Lantas saya terus dihujani pelbagai soalan-soalan cepu emas ibarat peluru mengejar mangsa.

Begitu juga saat saya mengumumkan tarikh pernikahan saya secara umum, majoritinya terkejut besar. Tak ada angin tak ada ribut tak ada gosip..tiba-tiba je nak kahwin?? AIKS?? Biar benar.

Mungkin ramai yang terkejut, mungkin ada juga yang merajuk berkecil hati. Kenapa saya rahsiakan gosip-gosip terhanget begini dengan mereka. Padehal dah tunang hampir setahun kot. Tup tap tup tap nak kahwin baru nak cerita. *Sampai hati u tau!*

Saya minta maaf kalau ada yang berkecil hati kerana rahsia ini. *Eh, ada ke?*



Di sini saya sertakan 5 sebab kenapa saya merahsiakan pertunangan saya dengan En Suami dahulu.

1- Pertunangan kan tak elok diheboh-hebohkan. kui3.

Antara hikmahnya, bagi mengelakkan hasad dan dengki orang-orang disekeliling yang melihat mahupun mendengar. 

Mungkin ada yang menafikan. Eh, apa fasal plak nak dengki-dengki. Orang nak doakan lah supaya korang bahagia. 

Ya, Alhamdulillah ramai yang seperti anda. Tapi siapa tahu mungkin di antara 10 orang yang tahu terdapat seorang yang punya masalah hati.

Ini adalah antara hikmah yang saya tahu & faham, kenapa perlu dirahsiakan pertunangan itu. *kalau ada tersalah atau tambahan sila-sila la komen nanti ye. ^_^*

Seperti mana saranan Nabi S.a.w:  Iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.” (Hadith riwayat Ahmad ). Kita lebih diseru untuk menghebahkan tentang perkahwinan.

Namun, Tiada sebarang nas mahupun dalil yang mengharamkan.penghebahan pertunangan. Tiada salahnya untuk diberitahu akan berita gembira ini kepada orang lain kerana hukumnya adalah harus. 

Perkara ini adalah pilihan buat kita. Bergantung kepada diri individu dan keadaan. Kalau rasa nak bagi tahu sila lah. Tapi saya kan low profile gitu. Kita diam-diamkan dulu sudeh~ ;) 

2-  Saya bukan manusia popular. *huahua.*

Pernah En Tunang (sekarang En Suami) bertanya, "Nanti tak jadi fitnah ke kalau tiba-tiba ada orang lain datang meminang awak sedangkan dia tak tahu pun yang awak ni dah jadi tunangan orang?" 

Disebabkan saya ini bukan lah sepopular ustazah-ustazah pilihan, maka perkara itu tidaklah menjadi isu buat saya. Unless la kalau tiap-tiap minggu ada orang datang masuk meminang. Itu lain cerita la kot kan~ *ehem3*

3- Walaupun saya tahu saya tidak popular, tapi saya tak nak masuk MELODI  untuk mempopularkan diri.

Saya tahu orang di sekililing saya tersangat concern dan pandai bergurau. Seperti kebiasaanya perkara usik mengusik, cucuk mencucuk pasti akan berlaku bila anda mengetahui seseorang itu sedang di dalam perhubungan. In a relationship *orang putih kata~* Apatah gosip-gosip MELODI sudah pasti menjadikan ini sebagi topik terhangit di abad itu. Saya tahu benda ni berlaku sebab saya pun kadang-kadang tak terlepas dari melakukan perkara ini. Muehehe *eleleh, buat-buat tak mengaku pula u olls ni kan~*

Saya yakin, apabila rakan-rakan mencucuk, apabila cerita ini menjadi gosip Top10 MELODI Mansurah nanti pastilah kembang kempis hidung saya dibuatnya. Pasti berbunga-bungalah taman di hati ini. Tapi...Cop! Cop! Cop! Apa cer...tunang je baru kak, rilek-rilek sudah~ Nak gumbira-gumbira sangat pun, tapi kita belum halal lagi. kui3.

 Maka, disebabkan saya ingin mengelakkan hidung terkembang kempis itu, maka saya rahsiakanlah. Demi menjaga saiz hidung agar sentiasa sama dan sekata. *eerrr..boleh terima kan? huhu~*

4- Saya tak reti jawab soalan orang. 

Saya amat yakin kalau saya khabarkan pertunangan saya awal-awal, confirm orang akan berpusu-pusu tanya bila nak kahwin?? Bila nak langsung?? ngeh3

Malangnya waktu itu tidaklah dapat saya maklumkan bila tarikhnya. Sedangkan nak dapat tarikh nikah&walimah pun kira-kira sebulan lebih sebelum bernikah. huhu~ Disebabkan tidak mahu mengecewakan persoalan orang ramai nanti dengan muka blur, mata bulat terkedip-kedip, maka saya rahsiakannya buat seketika.

5- Pertunangan adalah fatrah yang menyeksakan.

Ya benar. Seksa kot. Bila ada tersalah langkah sikit, baru tersalah cakap sikit, tersalah membuat percaturan confirm terus lari-lari hempap badan atas katil, sembunyi dalam lihaf (selimut tebal) menangis sorang-sorang sambil tekup muka dengan bantal. TT_TT *Ok, dramatik sangat la plak.*

Waktu ni Syaitan kuat mengipas woo.. Macam-macam usaha syaitan buat nak rosakkan hubungan. Yelah, tak senang duduk la syaitan bila tahu ada anak adam merancang nak bina masjid. Haha.

Cara syaitan ni mudah. Bukan setakat perang dunia kedua boleh berlaku sampai rasa nak putus-putus tunang bagai, bahkan kadang-kadang dia juga membisikkan ayat-ayat Chenta bertiup masuk ke dalam taman hati kita. Jadi kadang-kadang hati boleh terlalai dengan mudah. Terhanyut dengan lambaian-lambaian dan angan-angan indah syaitan. *pergh* Ada juga sekali dua syaitan menggoda-goda sampai hati rasa berbelah bahagi. Eh, betul ke apa yang aku buat ni. Eh, mcaam mana boleh terbuat keputusan nak kahwin dengan dia plak ni. Eh, dia tu boleh ke jadi bakal suami yang baik nanti. Eh, rasa macam tak nak kahwin la plak...

Waktu-waktu sebegini la yang sangat-sangat menguji iman kita. Maka, banyakkan beristighfar, kembalikan niat, bulatkan matlamat. Moga kembali berdiri di atas jalan yang benar. 

Disebabkan kadang-kadang saya terpaksa berlawan dengan perasaan yang menyeksakan ini, maka saya rahsiakannya. *boleh plak. haha*

Apa-apa pun saya bersyukur kerana Allah telah membekalkan kesabaran yang cukup buat En Suami dan kedua-dua belah keluarga kami serta sahabat-sahabat saya di saat-saat berdepan dengan masalah-masalah yang berlaku sepanjang tempoh pertunangan kami.

Alhamdulillah juga kerana Allah menetapkan hati saya sampai ke hari ini, walaupun ada masanya berbolak balik, namun akhirnya Dia tunjukkan kami jalan-jalan menuju ke arah cahayaNYA kembali. *kueng3*

Setakat ini sebab-sebab kenapa saya merahsiakannnya. Diharap kepada anda yang masih merajuk dengan kerahsiaan ini, moga terpujuk hati itu. =)

Saya juga menulis sebab-sebab ini mungkin boleh dijadikan panduan bagi anda yang baru ingin melangkah naik ke tangga seterusnya. InsyaAllah, andai dilakukan dengan niat kerana Allah, usaha mengikut syariat Allah, Allah permudahkan. =) 

Pertunangan bukanlah tiket untuk kita terlepas dari hukum syariat. Ingat, tunang ini hanyalah satu isyarat atau tanda untuk melaksanakan pernikahan. Tiada satu pun yang halal lagi diantara kita dan si dia. Hukum hubungan kita dengan tunang masih sama seperti lelaki biasa yang bukan mahram. Haram! 

Berusahalah untuk menjaga dan tidak merosakkan iman & hati kita sebelum waktunya. ^_^
Moga selamat menuju Syurga! 

Nota kaki : Memanglah orang kata dah jadi tunang orang tu sweet...tapi saya rasa dah jadi isteri orang ni lagi sweeeeeeeett kot~ *peace2* (^,~)v

2 comments:

azr said...

kata nak sertakan 10 sebab, tp tu baru ada 5. haha..

ala kulli hal, dah selamat dah pun, so tahniah Yan, sbb berjaya menjaga perhubungan & simpan sorang2 tanpa meledak. kalau kita.... hahah :P

AriZ said...

Ala...salah tulis tu. haha.

Alhamdulillah. Kite cuba semana yang mampu. InsyaAllah,awak pun nanti bakal melalui situasi ni. *eh ke sedang dalam proses? ehem3 =P*
Meledak tak meledak yang penting tetap jaga hati & iman. ^_^