Pages

Friday, December 16, 2011

Wanita Kasihan a.k.a Sabariyah.

Wanita Kasihan : Dr, suis elektrik kat rumah kami rosak lah. Asyik tendang je. 
Tuan Rumah : Oh ye ke?
Wanita Kasihan : Ya. Kami rasa sebab kami guna heater (pemanas bilik) kot. Sebab tu dia tendang. Lagipun suis tu dah lama.
Tuan Rumah : Jadi, jangan lah guna heater. *tersenyum-senyum, muka tak ada perasaan*
Wanita Kasihan (*dalam hati) : APAKAH???!! (Syaitan tengah kipas-kipas bara kat dada ni. Saya tahu itu!)
Wanita Kasihan (sebenar) : Tapi Dr, tak logik la kalau tak pasang heater musim sejuk ni. Kami kesejukan yang amat. *Mata bulat berkaca-kaca, buat muka kasihan*
Tuan Rumah : Hrmm... *blur...so what?*
Wanita Kasihan : Mungkin Dr. boleh panggil orang untuk betulkan? *cuba membantu dengan memberi cadangan yang bernas*
Tuan Rumah : Baiklah. Nanti saya panggilkan.
Wanita Kasihan : Terima kasih Dr.

Episod ini sudah berlaku kira-kira seminggu yang lalu dari tarikh entri ini disiarkan. Wanita Kasihan menunggu orang datang untuk membaiki suis elektrik dirumahnya. Namun sehingga ke saat ini masih belum muncul mana-mana ammu (pakcik) hadir untuk membaiki. Maka Wanita Kasihan terasa sangat ingin bertukar menjadi Wanita Hulk. *green mode*

Fuuhh..Fuhhh..Kita serang dia..Fuuhh..Fuhhh *Syaitan tengah hembus-hembus la tuh*

Seperti yang kebanyakan pelajar Mesir sedia maklum. Bernjanji dengan sesetengah orang arab ibarat melakar nama di atas pasir. Janji hanya tinggal janji berlalu dengan masa. Sebagaimana nama di atas pasir itu akan hilang berlalu mengikut ombak.

5 minit itu maksudnya 5 jam lagi. Esok maksudnya minggu depan. Jadi kalau 'nanti' tu bermaksud 'NEVER'. Jadi, tak perlulah buat-buat tak faham pula ye. haha.

Kadang..nak sabar pun macam tak boleh nak sabar dah ni.

S.A.B.A.R..

*Argghhhhh....*

BERSABAR la..

*Grrrr...*

FASOBRUN JAMEEL. (Maka bersabar itu indah. ^_^)

*waaa...tarik nafas dalam-dalam*

Hrmm..baiklah..

"...........................Dan Allah menyukai orang2 yang sabar"
(Ali Imran : 146)

Saya yang baru sedikit teruji dengan sikap orang arab yang semacam ini saja sudah acap kali mengeluh. Kadang mengamuk, merungut, mencemuh, me..me..me..banyak lagi me... Sungguh! Siapa je yang boleh tahan dengan perangai arab ni kan? *grrr* 

Tapi hari ini terdetik di hati. Bagaimana agaknya tahap kesabaran Rasulullah berdepan dengan sikap arab jahiliyyah dahulu? Setakat apa yang saya depani sekarang hanyalah secebis sikap kurang baik dari seorang muslim. Sedangkan Rasulullah berdepan dengan sikap jahat orang arab jahiliyyah. Lagi la pulak. Aduih. Mesti lah lagi hebat dan susah kan? Dengan helah mereka lagi, dengan fitnah, caci, maki, marah, mungkir janji tu apatah lagi. 

Tapi unik lah, Rasulullah tetap menjadi model seorang yang PENYABAR untuk kita sehingga kini. Sampai kan tidak ada sesiapa pun dalam dunia ini yang boleh dibandingkan sabarnya dengan sabar Rasulullah. Sedangkan Rasulullah bukannya malaikat, yang dilahirkan tanpa perasaan dan emosi. Kalau nak diikutkan sama je macam kita. Seorang manusia normal dan sempurna. Tapi Rasulullah masih sabar..bersabar dan terus bersabar. 

Bahkan dalam peristiwa dakwah Rasulullah dengan penduduk Taif, Rasulullah masih mendoakan kebaikan lagi untuk kaumnya yang jahil (buat jahat kat Rasululah pula tu -_-') : "Ya Allah, ampunilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui."

Waaahhh~ MasyaAllah. Kagum nya. *Mata bulat bersinar-sinar*

Waduh-waduh...Baiklah, saya mendoakan agar tuan rumah saya yang saya kasihi ini terus diberi hidayah oleh Allah dan dilembutkan hatinya untuk tolong panggilkan seorang tukang baiki elektrik datang ke rumah kami. Sungguh! Saya sudah tidak tahan untuk study dan tidur dalam kesejukan sepanjang musim sejuk ini. *sob.sob.sob* T_T

Nota kaki : Saya rindu dengan Dalyla (anak along saya). Dulu waktu dia baby, kami panggil dia Sabariyah dengan harapan supaya dia menjadi seorang yang penyabar. Yelah, dia tu kalau menangis nak susu memang tahap tak boleh sabar punya! 

4 comments:

Azura Yasin said...

wahhh dah lovey dover nampak blog dia skrg! hehe

thanks Yan for the entry. somehow kita pun skrg memang tgh cuba bersabar. tp kadang2 tertewas jgk kan T.T

panggil je electrician sendiri. nak harap Mama mmg sampai ke sudah tak jalan. bebudak ni selalu guna service Mr. Hady. have you heard of him? cuba tanya classmate awak, sbb dia selalu je buat kerja utk budak Msia esp GMN.

Azura Yasin said...

*dovey :P

محمد حذوان بن حميدان said...

kehidupan ni sgt2 mnyuruh kita brsabar.. mga kta dpt mghayati slh 1 sft trpuji Rasulullah ini.. ameen

AriZ said...

azr : Tengah melatih diri untuk jejiwang sekejap. muehehe.

InsyaAllah, sama2 bina kesabaran. Btw hidup dengan orang arab ni memang teruji sangat-sangat kot. *grrrr*

Baik, nanti kite tanya classmate kite. Tq zura. :)

Hazwan : InsyaAllah, sama-sama menghayati dan mempraktikkan dalam diri sendiri.