Sunday, May 1, 2011

Moral of the story...

Kita sedarkan...
Dalam hidup ni, tak semua benda yang kita buat tu betul seperti apa yang kita sangkakan.
Kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik untuk orang lain, tapi hakikatnya kita malah menyusahkan mereka.

Analoginya begini.

Kita berjanji untuk bertemu dengan bestfriend pukul 2 petang.. Sebab excited sangat, kita pun duk make up lawa-lawa dan of course la mengambil masa yang lama untuk bersiap kan~. Maklumlah, nak jumpa orang yang kita sayang ni beb! Sekali, tengok jam lagi 15 minit nak pukul 2. Tapi dalam hati kita yakin, takpe, sempat je ni..sempat.

On the way nak ke restoran tu, kita teringat yang bestfriend kita tu suka sangat kat bunga ros dan coklat.
Sebab kita kononnya nak ambil hati dia, kita pun singgah sekejap kat pasaraya belikan dia coklat. Tapi terpaksa beratur panjang nak bayar kat kaunter. Kat kedai bunga pula kita terpaksa tunggu lama sebab akak tu nak balut bunga tu dulu kasi cantik.

Sampai2 je kat meja makan, dah pukul 3.00pm. Bestfriend kita muncung je.

"Minta maaf, lambat. Jalan jem. Tapi saya ada belikan awak ceklat dan bunga fevret awak tadi."

Kawan kita senyum sikit je. Dan terus panggil pelayan order tomyam~

Dalam hati kita mesti terfikir...
Eh, dia ni tak reti bersyukur ke? Haku dah la susah2 nak datang sini dengan jem bagai, pastu siap belikan dia ceklat dengan bunga. Sikit pun tak cakap terima kasih. Aku buat semua ni pun untuk dia juga. Cubalah belajar menghargailah pengorbanan orang lain sikit weyh!



Padehal kita tak tahu pun, entah-entah kawan kita tu dah tunggu kita sejak pukul 1.30petang lagi. 
Kalau kita berada kat tempat dia tak ke rasa macam nak gigit je meja makan tu. 
Kalau awak tu lambat sebab sakit perut, boleh terima lagi beb!


Saya tak tahu kalau korang faham atau tak analogi ini. haha.
Tapi apa yang saya nak cakap sebenarnya, jangan sebab kepuasan diri kita sendiri, kita sampai menyusahkan orang lain...tu je.
  http://www.emocutez.com



p/s: Moral of the story , buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

3 comments:

Anonymous said...

awk

Mrs.Urwah said...

ya, saya?

Anonymous said...

pompuan cpt matang