Saturday, May 28, 2011

Raacuun TV

Dalam 2-3 hari ni kecoh kat Facebook fasal group Raacuun.
Hari tu group ni bagi trial 3 hari untuk tengok TV Malaysia percuma. Adalah dalam 5-6 channels.
TV1, TV2, TV3, AstroRia, AstroPrima dan lain-lain.

Disebabkan macam tak percaya, Cik Yam dan saya pun saja-saja test 'like' group ni. Nak pula waktu tu internet sangat baik. Smooth je beb. Rasa macam tengok depan TV betul-betul. Tapi keadaan tak mengizinkan untuk melekat depan laptop lebih lama sebab, esok hari ada clinical exam Forensic&Toxicology..-_-'

Balik dari exam, kecoh lagi sekali...group Raacuun dah kenakan bayaran sebanyak USD10 kepada sesiapa yang berminat untuk tengok live streaming TV Malaysia. Ada yang bengang, ada yang kecewa, ada yang bersetuju ada yang tetap menyokong group Raacuun ni.

Tapi, ramai juga yang sanggup membayar USD10 sebulan semata-mata untuk menonton rancangan mingguan Maharaja  Lawak?~

Ehem2...*tukar nada serius kejap*
Baru hari tu Murabbi saya mengingatkan...

Ada 4 perkara yang menghalang rasa Ikhlas.
1- Nafsu.
2- Hawa.
3- Dunia.
4- Syaitan.

Nafsu ni sifatnya suka akan keseronokan, kemalasan, kerehatan, kemudahan, kesenangan, semua rasa yang best-best yang enak-enak tu semua nafsu yang punya. Jadi sebab tu, orang yang lemah dengan nafsu memilih untuk tidur lama-lama berbanding berjaga untuk study/bekerja., orang akan memilih untuk rasa bersenang-senang berbanding bersusah payah menyampaikan risalah dakwah. Orang memilih untuk rileks2 maraton movie berbanding memerah otak membaca buku ilmiah. [part mana yang paling terasa pedasnya?=P .Kalau saya, terasa kat semua part kot~ T.T ]

Hawa  ni pula maksunya keinginan kita. Disebabkan oleh hawa bersahabat baik dengan nafsu [Hawanafsu], maka terhasillah manusia yang berkeinginan terhadap keseronokan semata-mata.

Dunia pula sesuatu yang dipenuhi dengan benda-benda yang seronok. Banyak perkara dalam dunia ni Allah ciptakan untuk menguji hambanya yang beriman. Ada perempuan, ada harta, ada pangkat, ada hiburan...pendek kata, macam-macam ada~~~ "jadikan dunia ini ladang akhirat..." Kadang bila kita terlalu seronok mengejar dunia, kita terlupa yang dunia ini hanyalah lapangan sementara menuju akhirat. Berpada-padalah dengan dunia...

Kalau nafsu tu suka seronok-seronok, hawa ni pula keinginan untuk rasa seronok, dunia penuh dengan benda yang menyeronokkan, syaitan ni apa lagi..duk mengipas kita je laa supaya rasa seronok...dahsyat tuh~

"Dan perdayakanlah siapa sahaja di antara mereka yang engkau(iblis) sanggup dengan suaramu (yang memukau), kerahkanlah pasukanmu terhadap mereka, yang berkuda dan yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka pada hartadan anak-anak dan berilah janji kepada mereka. Padehal syaitan itu hanya menjanjikan tipuan belaka epada mereka." [Al-Isra' : 64]

Pengajarannya...

Ramai yang sanggu membayar USD10 untuk menonton sesuatu yang menyeronokkan, tapi berapa ramai yang sanggup hulurkan USD10 setiap bulan kepada saudara-daudara kita yang lebih memerlukan?

Ramai yang sanggup berhabis masa berjam-jam menonton sesuatu yang menyeronokkan...tapi berapa ramai yang sanggup berhabis sekurang-kurangnya 1 jam sahaja untuk duduk sebentar mendengar kuliah agama?

Saya tahu..memilih rasa susah berbanding rasa seronok tu bukanlah mudah. Sebab tu, jihad yang terbesar adalah???[eceh~] ...jihad melawan nafsu.

Selamat bermujahadah~ ^___^

--------------------------------------------------------------------------------

Mujur saya bukanlah peminat TV sangat...jadi tak ada lah rasa kecewa langsung.
[cover kot~] Eh! Tak! Betul, saya memang tak ada jiwa dengan TV sangat. Kalau anda tanya pasal Ustaz Amirul pun, saya tak pernah tahu kalau rancangan tu wujud dalam dunia ni...[hahaha. sadis kan?!]

Cik P : Kau tahu tak Asyraf Muslim dah bertunang??
Cik Yan :  *blur* Asyraf Muslim??? Siapa?
Cik P : Alaaa...yang berlakon dalam Ustaz Amirul tu??
Cik Yan : *blur* errr, Ustaz Amirul??? [Siapa tu sis? Kalau Ustaz Yusuf tu i kenal la...haha]
Cik P : Arrgh, tak payah la cakap ngan kau ni. Kau bukan tengok TV pun.
Cik Yan : heeee~


Nota kaki : Tapi tipu la kalau saya kata saya tak tengok TV langsung.. =P

4 comments:

Anonymous said...

tp ade sorang bley tgk free raacuun kat mansurah ni..

a zu ra said...

oh insaf!~

baru je semalam cakap2 pasal ni. siap plan nak share 5 org lagi, murah sikit hahah..
tp apa susah, skrg ni apa je show yg tak di upload kat youtube, ceciter ceciter. so tengok kat youtube aja udahhh :P

a zu ra said...

oppss sebelum mengundur diri, nak buat iklan sikit. yan, tengok lah nora elena! bestttt! XD
tu pun kalau awak minat novel melayu la. sbb dia citer dr novel jugak. ihik. kalau nak mintak kat aishah ye ^^

PS: lawa layout! :P

queriz said...

hehe. torrent pun banyak..kui2.

ala zura..nak ada hiburan tu tak ada salahnya..fitrah diri setiap manusia.

cuma kena pandai2 seimbangkan dengan akhirat kita ek. ;)