Pages

Saturday, May 7, 2011

Muhasabah Round Forensic & Toxicology.



Round Forensic & Toxicology kali ini benar-benar menginsafkan diri. Terasa setiap bait ilmu yang diterima sering sahaja mengingatkan saya yang kematian itu adalah pasti..dan sangat hampir dengan diri...

Subek Forensic ni kebanyakannya cerita pasal orang mati. Mula-mula lagi kitorang dah diajar tentang bagaimana hakikat mayat seorang manusia. Step2 yang berlaku dalam tubuh kita bermula dari badan mengejang sampailah kita reput dimamah ulat-ulat...dan cuba time study tu, tiba-tiba terbayang pula tubuh yang ulat-ulat tu makan adalah tubuh kita sendiri....T.T, masa tu baru terasa penangan dosa pahala, Syurga & Neraka...nasib kita..kalau mati dalam keadaan diri suci dari dosa.Alhamdulillah. Tapi kalau tetibe kita mati time tengah buat dosa? camne? tahu2 je ulat tengah nyum2 makan seluruh isi tubuh badan kita...tak sempat nak bertaubat?? waaaaaa~  Nauzubillah..T______________T [Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua.Amin..]

Makin lama belajar F&T makin rasa nak menangis. Saya tak tahu kalau saya seorang je yang perasan atau orang lain pun sama. Atau mungkin saya yang feeling terlebih...T.T

ok..fine~ masuk cerita lain.



Khamis hari tu, giliran group saya pergi ke Hospital Kecemasan Mansurah untuk ambil report kes forensic dan kes toxicology. Walaupun hanya beberapa jam bertapak di dalam Hospital Kecemasan tetapi ada beberapa perkara yang berlaku  telah memberi kesan di dalam jiwa ini.

Episod 1

Kebetulan waktu kumpulan saya sampai, ada seorang remaja perempuan berada dalam wad toxicology di bawah kes antihistamine poisoning (keracunan pil antihistamine). Remaja perempuan tersebut telah menelan pil antihistamine melebihi kadar had yang dibenarkan sehingga dia mengalami keracunan dalam badan. Waktu kitorang masuk dalam wad tu, doktor tengah buat activated charcoal treatment [kira macam rawatan untuk menyingkirkan keracunan ubat yang remaja ni telan dari badan dia la~]. Pesakit terbaring lesu ditemani seorang ahli keluarganya. Seperti biasa, ini adalah salah satu kes percubaan membunuh diri.

Sebagai seorang remaja [eceehh~] wanita, hati saya terasa sayu melihat anak remaja yang baru berusia 18tahun terbaring keletihan...Saya yang tengok pun dah rasa terseksa, si pesakit yang mengalaminya apatah lagi. Ya Allah, beban apakah yang ditanggung remaja ini sampai dia sanggup mengambil jalan yang sangat memeritkan..

Dan peristiwa ini memuhasabahkan diri agar sentiasa hidup bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri. Alhamdulillah, ujian yang saya tanggung mungkin jauh lebih kecil berbanding anak muda ini. Sehingga saya masih mampu untuk bersabar walau sering ditemani air mata mencurah. Sedangankan dia, mungkin telah mengalami tekanan hidup yang sangat mendesak sehingga dia lebih rela memilih mati berbanding terus berusaha untuk hidup.

Alhamdulillah..walhamdulillah, walhamdulillah.

Semoga Allah memberi hidayah dan memberi kekutan buat remaja ini untuk meneruskan hidupnya.

Episod 2

Lepas habis round ward disamping memenuhkan cop doktor dalam logbook, tiba-tiba doktor kitorang dapat panggilan kes seorang pesakit strangulation(kes cekik). Selaku budak-budak medic yang suka menyibuk, kitorng pun sibuk la nak mengendeng-ngendeng ikut doktor pi tengok kes tu dalam ER (bilik kecemasan). Bila kaki saya melangkah masuk je dalam bilik tu, saya melihat kelibat seorang kanak-kanak terbaring tidak bermaya di atas katil. Agak terkejut juga waktu tu. Yelah, saya ingatkan orang dewasa, rupanya kanak-kanak dalam linkungan usia setahun mungkin. Ibu mangsa yang ditempatkan di dalam bilik menunggu sedang menangis kebimbangan, hanya ayah dan pakcik sedara mangsa [i guess~] yang turut berada dalam ER tu. Masih berdiri di sudut katil berdoa agar anaknya yang sudah pucat kebiruan itu kembali sedar memberi respon.

Suasana dalam bilik cukup tegang. Beberapa orang doktor masih cuba melakukan CPR ke atas anak kecil itu. Namun setelah beberapa minit berlalu, mangsa masih gagal memberi sebarang respon...dan akhirnya doktor terpaksa memberhentikan usaha mereka lalu mengesahkan kematian mangsa. "Inalillahi wainnailaihi rajiun." saya berbisik dalam hati.

Ayah mangsa terus meraung meratap kematian anak keciknya. dan apabila dibuka pintu bilik menunggu, doktor memangil si ibu untuk menatap wajah anaknya buat kali terakhir...berlari kecil lah si ibu mememeluk tubuh anaknya di atas katil. Wajah anak itu sudah basah dengan air mata si ibu yang tak berhenti-henti bercucuran. Sesekali si ibu mencium anaknya...bibirnya tidak berhenti menyeru-nyeru si anak mengharap panggilannya disahut.. "Ya ibni...ya ibni..yallah..ya ibni...Allah...Allahh..ya ibni..ya habibi..ya ibni"

Airmata saya bergenang...tapi masih mampu ditahan. Hati siapa yang tak luluh melihat sayu seorang ibu meratap pemergian anaknya tiba-tiba tak tersangka.. Akhirnya, cepat-cepat saya melangkah keluar dari bilik. Takut-takut saya pun meraung sama dalam bilik tu. Syahdu kot~~~

Rupanya itu bukan kes mati dikecik, menurut doktor ini adalah salah satu kes pembunuhan di mana mangsa digantung sehingga mati. Waktu ahli keluarga mangsa membawanya ke hospital pun mangsa sudah berada dalam keadaan cardiac arrest...dan doktor memang tak boleh nak buat-apa-apa lagi sebenarnya..

Ya Allah...sekali lagi hati saya terusik. Anak kecil yang masih tidak berdosa diperlakukan sedahsyat itu...kejam sangat tau!! T___________T.

Berbahagialah anak itu di Syurga.

* ya ibni = wahai anakku..
*ya habibi = wahai sayangku.
-------------------------------------------------------------------------

Kedua-dua peristiwa ini semakin meyakinkan diri bahawa ajal dan maut itu sentiasa di tangan Allah. Walau kita mencuba pelbagai cara untuk mati tetapi jika Allah menetapkan belum sampai waktu ajal kita, bermakna kita akan tetap bernafas bernyawa. Tapi kalau Allah kata matilah si fulan maka mati lah si fulan itu. Tanpa mengira masa, usia, jantina, pangkat, darjat..walau siapapun kita...seperti yang telah Allah takdirkan waktunya, ajal kita akan tetap tiba tanpa terawal atau terlewat walau sesaat pun.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati....
[3:185] 
dan kematian itu adalah pasti.

Namun, adakah kita telah benar-benar bersedia untuk berhadapat dengan ajal kita atau masih leka diulit bahagianya syurga dunia? 
Apakah amalan kita kini sudah cukup banyak sehingga mampu memberatkan timbangan kita di akhirat kelak?
Apakah buku kebaikan kita sudah penuh untuk dipersembahkan dihadapan Allah? 
Adakah sahabat baik kita sudah diperhiasakan indah untuk menemani kita di dalam kubur nanti? 
Apakah kita yakin, kaki ini bakal melangkah ke 
SYURGA atau NERAKA???

"Ya Allah, jadikan kami tetamu SyurgaMU Ya Allah"








....ada rasa berdebar tak nak selak buku forensic???...silalah rasa berdebar...silalah~

p/s : saya masih belajar untuk cuba menerangkan bahasa medical ke dalam bahasa ibunda kita...jadi saya mohon maaf kalau istilah yang digunakan dalam bahasa melayu jauh tersasar dari makna sebenar.=P

2 comments:

Anonymous said...

nice~

AriZ said...

moga ada pengajaran yang boleh diambil.

thanks. ;)